Menyedari bahawa terlalu banyak kes makhamah dan tuduhan yang membayangi kerjaya politiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu menunggu begitu lama untuk bersara dari politik. Mahkamah telah membuktikan bahawa kes sodomi I telah mencemar moralnya di mata dunia dan khususnya di mata rakyat Malaysia. "Public Confident" terhadap moral DSAI terlalu rendah setelah kes sodomi I dan II diikuti dengan bayangan video Sex dan bayangan tuduhan billion ringgit dalam akaun di bawah kawalan pihaknya.
DSAI tidak perlu menunggu keputusan PRU13 dan menghabiskan peluangnya menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kendatipun dia menjawat jawatan Perdana Menteri, isu skandal yang membebaninya kini tidak mungkin jatuh atau gugur dengan sendirinya. Ianya pasti diungkit sehinggalah dia sekalipun terlepas peluang menjadi Pedana Menteri melalui PRU13.
Dalam politik tiada setiakawan selama-lamanya. Tiada juga musuh selama-lamanya. Ramalan politik bahawa DSAI hanya mampu bertahan dua tahun sekalipun dia menjadi PM tidak boleh dipandang ringan dan remeh.




