Translate

Monday, February 15, 2010

KONFRANTASI POLITIK: PAKATAN PEMBANGKANG MENANTI UNTUK DITALQINKAN

 

Pakatan Pembangkang PKR, DAP dan PAS selama ini sudah dilebel dengan jolokan "marriage of convenient". Hakikatnya, ianya lebih kelihatan sebagai "living together" tanpa nikah kerana Pakatan Rakyatpun tidak pernah wujud sebagai badan yang sah. Seperti biasa, sedikit pertelingkahan akan mejurus ke arah membawa diri menentukan halatuju masing-masing.

Beberapa siri Konvensyen Pakatan Pembangkang lebih kepada menyerlahkan perbezaan ideologi masing-masing berbanding menyembunyikannya di bawah hamparan permaidani. Sambutan yang meriah sekalipun, tidak menentukan kejayaan satu pakatan kepada Konvensyen itu kerana "silent protest" dan skiptisma idelogi turut mengisi dan menguasai suasana. Silent protest inilah pembunuh Pakatan Pembangkang sebenarnya, walaupun mereka berpura-pura menolak menafikannya atau menolak hakikat sebenar. Jika dahulu Pakatan Pembangkang mengatakan BN "in the stage of denial" kini Pakatan Pembangkang bernafas dalam dunia politik  in the BIGGEST STAGE OF DENIAL.

Misalnya: Konvensyen Pakatan Pembangkang di Sabah December, 2009, bagai "Tayangan Perdana". Bersesak-sesak. Tetapi "silent protest" juga turut bersesak-sesak mengisi setiap ruang lingkup bangunan The Atlantis. Juru pidato yang PKR Sabah hanyal mampu mengetengahkan Tuan Haji Ansari Abdullah, seorang tokoh yang menonjol. Selepas Konvensyen itu, konfrantasi PKR berlanjutan dalam keadaan yang lebih dasyat. Now, sebahagian pemimpin PKR sendiri mengakui, jika Pilihanraya diadakan di Sabah bila-bila dalam masa terdekat PKR akan dapat KOSONG KERUSI. "iya Bah..PKR ini anu bah!!" itulah perkataan yang biasa kita dengar di mulut para sympathizers PKR dan itulah gambaran terkikisnya keyakinan terhadap perjuangan PKR di Sabah.

Tren, norma dan budaya politik PKR, memanglah ia pengamal "konfrontasi politik" yang tegar. Pengasas budaya konfrontasi politik ini none other than Dato Seri Anwar bin Ibrahim sendiri. Budaya ini telah menular dengan cepat bagai swine flu dalam Pakatan pembangkang Akibatnya dunia dan rakyat Malaysia khasnya menyaksikan pergolakan dalam Pakatan Pembangakang tidak terkawal.

DAP menguatkan genggamannya. Dalam diam-diam ia terus menerus memacakkan fahaman dan ideologinya di kalangan ahli-ahli dan sympathizers DAP, kendatipun terpaksa mengorbankan hati dan perasaan rakan-rakan Pakatan Pembangkang. Istilah setiakawan memang tiada dalam kamus DAP.

PKR pula, sebagai pemegang amanah no 1 konfrantasi politik, terus bergolak dan berkonfrontasi samada sesama sendiri atau dengan rakan-rakan dalam Pakatan Pembangkang malah dengan kerajaan. Manakala PAS terus kembali bergerak dengan membersikah ideologi politiknya yang telah tercemar dan terpalit dengan kotoran selama bergerak bersama DAP dan PKR dalam Pakatan.

Renunglah sejauh jauh renungan. Apakah bentuk kerajaan Malaysia yang ingin dijaja Pakatan Pembangkang!. Pastinya budaya konfrantasi dan negara berkonfrontasi menggamit renungan yang membuat anda berkerut dahi. Tidak mustahil dalam masa terdekat anda akan mendengar bacaan talqin untuk Pakatan Rakyat yang tidak sempat lahir.

Konon mencontohi Khlifah Bani Umaiyyah Umar Abdul Aziz.. Its a "Bad dream"

Sedikit suntingan: Khalifah Umar Abdul Aziz

Nama : Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam
Nama Ibu : Laila binti 'Asim bin Umar bin Al-Khatab
T/Lahir : 61H
Umur : 39 tahun
Tarikh M/Dunia : 101H
Jawatan : Khalifah Ke 6 Bani Umaiyyah
Tarikh Lantikan : Safar 99H @ 717M
Lama Berkhidmat : 2 tahun 5 bulan

Khalifah Umar b Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangan adalah menyamai keadilan di zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim sebelumnya.....
 
 Ke mana perginya ungkapan LGE yang konon akan mencontohi dan "inspired"  pemerintahan  Khalifah Umar Abdul Aziz?. Masih ada lagi puak-puak yang berketuk seperti ayam betina mendapat telur sebiji?
 
Bila para politikus DAP mula menggunakan "surah dari Kitab Suci Al-Quran ul Karim", ramailah puak-puak ayam betina yang berketuk bahawa sudah sampai saat dan ketikanya ikatan silaturrahim dengan DAP diperketat. Mereka bangga kerana keluarbiasaan dan keajaiban telah berlaku. Extra ordinary telah terjadi kerana puak-puak DAP sudah melangkah memasuki mesjid dan mampu menghafal dan berhujah menggunakan surah, malah fasih melaungkan surah-surah itu dalam kempen pilihanraya dan rapat umum. Konon harimau sudah tidak lagi mengaum!

Teresa Kok (DAP) yang menganggap dirinya senior exco Selangor mula menggunakan wang rakyat untuk menggantikan penanda jalan yang bertulisan jawi. Azan dituntut dan dibantah agar tidak dilaungkan dengan pembesar suara, dilayan seperti utusan membawa ufti. Semuanya ghairah dilakukan tanpa menjaga perasan Melayu dan bumiputera Islam kerana menyedari bahawa ada ayam-ayam betina yang mampu berketuk mempertahankan bahawa diperut mereka sedang mengandungkan telur-telur yang bakal menetas sebagai anak-anak ayam betina!

Kisah ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai dari PKR yang menyertai program takbir raya dan berlagak seperti dia Islam lengkap dengan pakaian Melayu bersongkok disanjung-sanjung sebagai satu rahmat. Namun rahmat itu sehingga kini tidak menjelma. Ketua Pemuda Kebangsaan DAP yang menghina Islam dan Ustaz Redwan Tee Abdullah dalam blognya dengan mudah menafikan tidak menghina Islam setelah mengaku dia tiada kaitan dengan blog yang menjadi kontrovasial masa itu. Mudah bagi mereka menafikan kerana ayam-ayam betina melindungi mereka.

Bila LGE, sebagai KM dan Setiausaha Agung DAP mula mengaum sempena menyambut era Perayaan Xong Xi Fa Chai tahun Harimau dengan membatalkan perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang, kita sudah dapat mengesahkan bahawa wadah Khalifah Umar Abdul Aziz yang dicanangkannya hanyalah retorik dan muslihat politik.Bila LGE mengatakan Utusan Malaysia berbohong, saya hanya mengatakan Surat Resmi membatalkan Perarakan Maulidur Rasul TIDAK BERBOHONG. LGE lah yang memutar belit kenyataan dan memesongkan fahaman orang ramai antara perhimpunan dan perarakan. Barangkali perkataan possession dan gathering dia boleh BUKA MATA.

Perkembangan ini mengingatkan SL mengenai ungkapan seorang Islamic Scholar yang agung, Ustaz Haji Ahmed Deedat (Allahyarham) yang mengatakan , lebih kurang, "....ia ibarat pemacing yang terlalu geli dan jijik memegang cacing. Oleh kerana cacing itulah yang digemari ikan dan mudah diragut ikan, maka kegelian dan kejijikan itu dipersetankan saja asalkan ikan terus meragut pancing........".

Apakah ayam-ayam betina ini bersikap sedemikian? Malang bagi negara ini kerana ayam-ayam betina hanya mahir berketuk.

NOTE: Firman Allah Ta'ala- Bismillah ir Rahman ir Rahim.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Sunday, February 14, 2010

"PAKATAN RAKYAT KARAM, PKR TENGGELAM"

 
Where Is The Beef? Do you still have the number? Siapa berguru siapa ilmu Putar Alam? 

Bila Pengerusi PKR Pulau Pinang Mansor Othman mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa tiga hingga empat Ahli Parlimen parti itu akan keluar dan sedang dipikat Barisan Nasional, seakan reinforce bahawa "I have the numbers" itu satu pendustaan politik yang tiada tolok bandingannya dalam sejarah politik Malaysia.

Pakatan Rakyat kini kelihatan "karam". Manakala PKR diancam phenomena "tenggelam".  Itulah yang menjadi topik hangat di merata pelusuk dan kedai-kedai kopi. Satu demi satu pimpinan PKR mula meninggalkan parti itu. Alasan mereka hampir sama. "hilang kepercayaan kepada pimpinan dan parti tergelincir dari ideolgi sebenar. Manakala matlamat serta objektif perjuangan semata-mata tertumpu ke arah "merampas" pangkat sedang pejuangan untuk kesepaduan dan kesejahteraan rakyat dikesampingkan terlalu jauh dan terlalu kabur". Wajah DSAI pula di cemari Sodomi II. Entah apa lagi "bala" yang terpaksa ditempuhi?

Guan Ink semakin terserlah memutar alam dengan mengatakan Perarakan Maulidur Rasul tidak di batalkan sedangkan surat resmi menyatakan demikian. Kalau surat resmi itu salah, bilakah pula guan ink membelasah pegawainya?.

Datuk Zaharin Md. Hasyim pula dituduh meninggalkan PKR sebab "projek". Umum mengetahui bahawa mereka yang "gian dan gila projek" tidak akan berganjak tetapi akan terus-terusan menyokong kerana mengharap habuan demi habuan!. So, jika Zaharin tetap berpatah arang, apakah dia species yang mengharap habuan?-Anda tahu jawabnya...Dan apakah semua dan yang bakal meninggalkan PKR adalah kerana "tak dapat PROJEK???"

Dunia sudah dan sedang menyaksikan putar alam politik dua insan bernama DSAI dan Guan Ink. Kuasa asing yang ingin melihat dan berbuat sesuatu supaya kestabilan politik dan ekonomi sesebuah negara termasuk negara kita amat cenderung menjadikan insan dan keadaan "putar alam" ini sebagai "gula-gula gerakan mereka". Kuasa asing smemangnya ingin melihat Malaysia goyah agar dapat memasukkan dan "mentusukkan" "jarum-jarum" penjajahan yang bertopengkan "international aid" dan "internation assistances". Kita perlu bijak mengenalpasti dan menganalisa antara baru dengan permata. Kita memiliki sejarah menolak bantuan asing!

Rakyat Malaysia yang cintakan kemakmuran, kedamaian dan harmoni yang teguh dan kukuh, perlu siap siaga menghadapi riak atau wave baru pertembungan ideologi dunia. Negara kita yang yang kita bina atas fundamental perpaduan masyarakat majmuk ini akan terus digugat dan diancam. Tersilap langkah, pemikiran dan minda kita akan terbeli dan dikuasai oleh mereka yang memutar belit fakta dan memutar alam.

Hidup 1Malaysia.

RELATED....
-MIM-Anwar Bakal Gagal

SIAPA: Setiausaha Politik Ditahan Bersama Wang Tunai RM2 juta?

 
Perbuatan, "I say nothing," "I see nothing" dan "I hear nothing" menyebabkan jenayah dan rasuah berleluasa. Kenapa jenayah berat meningkat di Pulau Pinang?.

BUTTERWORTH: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang setiausaha politik kepada menteri kanan bersama longgokan wang tunai lebih RM2 juta.

Wang tunai itu ditemui dalam longgokan wang RM5, RM10, RM50 dan RM100. Difahamkan pegawai SPRM dari Putrajaya yang menyerbu sebuah pangsapuri di Teluk Air Tawar pukul 3.30 petang kelmarin, turut merampas kenderaan pacuan empat roda yang didaftarkan di bawah nama sebuah syarikat yang berpangkalan di Pulau Tikus dekat sini.

Turut disita ialah sebuah kereta BMW yang didaftarkan di bawah nama individu dari Sarawak. Tidak dapat dipastikan dari mana suspek memperoleh wang tunai sebanyak itu dan tujuan menyimpannya.

Sebelum ini, akuan bank suspek telah dibekukan bagi tujuan siasatan SPRM.

Pada 13 Disember lalu, The Star melaporkan bahawa SPRM menyiasat seorang setiausaha politik yang dikatakan mengumpulkan berjuta-juta ringgit nilai hartanah dalam tempoh yang singkat. Pegawai penyiasat juga memperoleh arahan untuk menahan dan membekukan beberapa hartanah termasuk kereta dan rumah mewah bagi membantu siasatan di awah Akta Pengubahan Wang Haram.

Laporan itu turut menyebut, suruhanjaya itu menyita sekurang-kurangnya empat kereta mewah dan empat rumah mewah yang dipercayai milik setiausaha politik berkenaan yang berusia 30-an. Selain itu, SPRM turut menyiasat pembelian beberapa hartanah di sekitar Lembah Klang yang dikatakan sebagai balasan meluluskan beberapa projek bernilai jutaan ringgit.

Laporan yang memetik sumber itu memberitahu, pegawai penyiasat turut mengenal pasti beberapa individu berkaitan kes terbabit dan akan memanggil mereka membantu siasatan tidak lama lagi. Sumber itu memberitahu, satu pasukan khas dari ibu pejabat SPRM Putrajaya mula menyiasat kes berkenaan selepas mendapat maklumat bahawa setiausaha politik itu hidup mewah di luar kemampuannya.

Difahamkan bahawa siasatan berkenaan di antara kes-kes berprofail tinggi yang sedang dibongkar hasil maklumat dan laporan daripada orang ramai. Dalam pada, menurut sumber itu, pegawai kanan menteri itu mula dijejaki selepas dakwaan bahawa dia memiliki hartanah hasil peranannya sebagai orang tengah dalam projek-projek bernilai jutaan ringgit.

Suspek dipercayai membeli kesemua hartanah menggunakan proksi. Pengarah SPRM negeri, Latifah Md Yatim tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan tangkapan tersebut.
-MYSTAR 

 RELATED....
Baca Pendedahan di sini,,,,,

Saturday, February 13, 2010

KENAPA 50 MP AUSTRALIA MENDESAK SODOMI II DIGUGURKAN?

50 MP Aussie menyokong Sodomi II digugurkan kerana undang-undang mereka menghalalkan homoseksual atau Sodomi. Jadi pihak yang cuba menguggurkan Sodomi II itu, adakah mereka pro menghalalkan Sodomi atau homoseksual?

50 Ahli-ahli parliament Australia mendesak kerajaan Malaysia supaya mengguggurkan dakwaan ke atas kes Sodomi II DSAI sedangkan proses perbicaraan/pengadilan di Mahkamah sedang berjalan. ISUNYA ialah seolah-olah kerajaan Australia tidak menhormati dan sengaja tidak memahami kedaulatan undang-undang Negara dan Mahkamah Di Malaysia.

Ramai yang menyedari bahawa undang-undang Australia telah meluluskan dan menghalalkan homosexsual atau sodomi melalui Toonen v. Australia sejak tahun 1994. Kerana itu MP Australia menyokong dan menandatangani desakan supaya Sodomi II digugurkan. Ini bermakna MP Australia itu meminta supaya Malaysia juga menghalalkan Sodomi II dan homosesual. dan mengikuti jejak Australia Namun ada juga di antara kita yang masih belum terbaca undang-undang homoseksual Australia itu. Oleh itu SL paparkan sedikit sedutan dari undang-undang homoseksual Australia yang disebutkan itu:-

Toonen v. Australia was a landmark human rights complaint brought before the United Nations Human Rights Committee (UNHRC) by Tasmanian resident Nicholas Toonen in 1994. The case resulted in the repeal of Australia's last sodomy laws when the Committee held that sexual orientation was included in the treaty’s antidiscrimination provisions as a protected status. BACA DI SINI

Persoalan yang terbentang di hadapan kita kini ialah samada DSAI telah melakukan sodomi terhadap Saiful Bukhari Azlan. Sodomi II BUKAN persoalan Undang Undang menghalal-haramkan Sodomi atau homoseksual oleh Australia dan MP mereka. Mereka yang menyokong homoseksual dan sodomi barangkali ghairah dengan sokongan 50 MP Australia itu. Tapi bagi mereka yang faham tentang hukum Allah SWT mengenai homoseksual tentunya meluat dengan skongan 50 MP Aussie itu.

"Putar Belit dan Putar Alam Chauvinis, Diktator Berat Sebelah, Pemimpin Tak Ada Kelas dan Bersifat Komunis"

PUTAR BELIT DAN PUTAR ALAM-Lim Nafi Dakwaan Tiada Perarakan Maulidur Rasul Tahun Ini

PULAU PINANG: Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini menafikan dakwaan kononnya tiada perarakan Maulidur Rasul di negeri ini pada tahun ini, malahan pelbagai program telah diatur selama empat hari berturut-turut mulai 25 Feb sempena sambutan itu.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri tidak pernah membuat sebarang pengumuman mengenai perkara itu.

"Kami terkejut dengan kenyataan palsu itu dan kerajaan negeri serta Jabatan Agama Islam sebenarnya telah merancang mengenai pelbagai program sempena sambutan ini tiga bulan lepas," katanya kepada pemberita di sini hari ini. ikuti PUTAR BELIT dan PUTAR ALAM di sini

Bila Datuk Zaharin Mohd Hashim keluar Parti dan menuduh LGE Chauvinist, Diktator dan bersikap komunis , di sokong pula oleh Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng yang mengatakan bahawa LGR pemimpin yang tiada kelas dan berat sebelah. Namun skil putar belit dan putar alam LGE semakin menyerlah dia terus memberi alasan bahawa (Putar belit dan putar alam II) Datuk Zahrain Mohamad Hashim keluar parti kerana tak dapat projek.

Surat resmi berikut mengesahkan PUTAR BELIT DAN PUTAR ALAM. Jadi apapun yang LGE kata mengenai Zahari adalah puter belit dan putar alam. LGE belum terhantuk sebab itulah dia belum terngadah. Tebing Pakatan Rakyat dah pecah go 1ink. Go 1inlk, Lihat lah dengan kepala mata plus kepala hotak surat di bawah ini, Nak belit nak putar, rakyat mampu berfikir dengan bijaksana..
 
GOONEINK ! Dah baca? Klik image lebih jelas. Knapa? tak caya lagi kee? Barangkali Go One Ink tak tahu membezakan antara perarakan dan perhimpunan. Dia BUKAN rakyat Malaysia kee yg tak reti Bahasa Malaysia?
RELATED......

TEO BENG HOCK DAN BAKRI: DUA-DUA PUN MANUSIA JUGA.

 
Jika pada kematian Teo Beng Hock dilakukan bakar lilin, demonstrasi dan ramai blogger memaparkan cerita mengenai Teo Beng Hock. Rata-rata memberi ulasan yang berbagai-bagai. Kenapa bila sampai ke bab Bakri yang dilanggar ADUN Sekincan, Ng Sue Lim, tidak ramai yang mengambil kisah dan tampil meyuarakan supaya keadilan ditegakkan?. Bakri pun manusia juga. Undang-undang mesti ditegakkan TANPA mengenal, memilih bulu dan warna kulit. Berilah sokongan moral. Go for Justice for Bakri. Go and show solidarity. Copy and Paste di sini.

SUPPORT JUSTICE FOR BAKRI. JANGAN BERDIAM DIRI.

Siasatan secara menyeluruh  dan professional perlu segera dilaksanakan. Kenapa Ng Sue Lim, ADUN Sekincan  terbabas dan melanggar Bakri. Benarkah dia mabuk? Tegakkan keadilan dan  hak Bakri dan anggota keluarganya. Tegakkan undang-undang. Jangan biarkan pesalah berdolak dalih dan terlepas. Hari ini Bakri, esuk lusa mungkin anda atau ahli keluarga anda.

YB SKINCAN CONFIRM MABUK.