Sedikit suntingan: Khalifah Umar Abdul Aziz
Nama : Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam
Nama Ibu : Laila binti 'Asim bin Umar bin Al-Khatab
T/Lahir : 61H
Umur : 39 tahun
Tarikh M/Dunia : 101H
Jawatan : Khalifah Ke 6 Bani Umaiyyah
Tarikh Lantikan : Safar 99H @ 717M
Lama Berkhidmat : 2 tahun 5 bulan
Khalifah Umar b Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangan adalah menyamai keadilan di zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim sebelumnya.....
Ke mana perginya ungkapan LGE yang konon akan mencontohi dan "inspired" pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz?. Masih ada lagi puak-puak yang berketuk seperti ayam betina mendapat telur sebiji?
Bila para politikus DAP mula menggunakan "surah dari Kitab Suci Al-Quran ul Karim", ramailah puak-puak ayam betina yang berketuk bahawa sudah sampai saat dan ketikanya ikatan silaturrahim dengan DAP diperketat. Mereka bangga kerana keluarbiasaan dan keajaiban telah berlaku. Extra ordinary telah terjadi kerana puak-puak DAP sudah melangkah memasuki mesjid dan mampu menghafal dan berhujah menggunakan surah, malah fasih melaungkan surah-surah itu dalam kempen pilihanraya dan rapat umum. Konon harimau sudah tidak lagi mengaum!
Teresa Kok (DAP) yang menganggap dirinya senior exco Selangor mula menggunakan wang rakyat untuk menggantikan penanda jalan yang bertulisan jawi. Azan dituntut dan dibantah agar tidak dilaungkan dengan pembesar suara, dilayan seperti utusan membawa ufti. Semuanya ghairah dilakukan tanpa menjaga perasan Melayu dan bumiputera Islam kerana menyedari bahawa ada ayam-ayam betina yang mampu berketuk mempertahankan bahawa diperut mereka sedang mengandungkan telur-telur yang bakal menetas sebagai anak-anak ayam betina!
Kisah ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai dari PKR yang menyertai program takbir raya dan berlagak seperti dia Islam lengkap dengan pakaian Melayu bersongkok disanjung-sanjung sebagai satu rahmat. Namun rahmat itu sehingga kini tidak menjelma. Ketua Pemuda Kebangsaan DAP yang menghina Islam dan Ustaz Redwan Tee Abdullah dalam blognya dengan mudah menafikan tidak menghina Islam setelah mengaku dia tiada kaitan dengan blog yang menjadi kontrovasial masa itu. Mudah bagi mereka menafikan kerana ayam-ayam betina melindungi mereka.
Bila LGE, sebagai KM dan Setiausaha Agung DAP mula mengaum sempena menyambut era Perayaan Xong Xi Fa Chai tahun Harimau dengan membatalkan perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang, kita sudah dapat mengesahkan bahawa wadah Khalifah Umar Abdul Aziz yang dicanangkannya hanyalah retorik dan muslihat politik.Bila LGE mengatakan Utusan Malaysia berbohong, saya hanya mengatakan Surat Resmi membatalkan Perarakan Maulidur Rasul TIDAK BERBOHONG. LGE lah yang memutar belit kenyataan dan memesongkan fahaman orang ramai antara perhimpunan dan perarakan. Barangkali perkataan possession dan gathering dia boleh BUKA MATA.
Perkembangan ini mengingatkan SL mengenai ungkapan seorang Islamic Scholar yang agung, Ustaz Haji Ahmed Deedat (Allahyarham) yang mengatakan , lebih kurang, "....ia ibarat pemacing yang terlalu geli dan jijik memegang cacing. Oleh kerana cacing itulah yang digemari ikan dan mudah diragut ikan, maka kegelian dan kejijikan itu dipersetankan saja asalkan ikan terus meragut pancing........".
Apakah ayam-ayam betina ini bersikap sedemikian? Malang bagi negara ini kerana ayam-ayam betina hanya mahir berketuk.
NOTE: Firman Allah Ta'ala- Bismillah ir Rahman ir Rahim.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

1 comment:
Salam SL.
DAP sanggup pakai kepiah asalkan PAS undi mereka dan berkempen dengan doa-doa dan surah meraka untuk memikat Islam. Pkpknya DAP akan kuat untuk berupaya memijak dan memenggal kepala Melayu dan PAS bila sampai waktunya.
Post a Comment