Translate

Tuesday, February 16, 2010

Pakatan Pembangkang: Kegugguran.

Selepas Gerai-Gerai Bumiputera di robohkan, apakah kawasan Jeti Nelayan di Telok Tempoyak ini bakal dirampas dari masyarakat Nelayan?

Kemelut dalam Pakatan Pembangkang hanya akan berakhir dengan kegugguran Pakatan Rakyat yang belum lahir. Kisah diancam keguguran ini sudah berkisar di seluruh pelusuk tanah air. Time bom sedang memercik dan bakal meletup. Silent protes yang terhimpun dari pendustaan dan pembohongan luar biasa dalam sejarah politik tanah air sudah menggunung. Benarlah bahawa mereka mampu membohongi rakyat sekali dua kali atau beberapa kali tetapi bukan selama-lamanya.

Selama ini rakyat dibohongi. Segala bentuk muslihat dan putar belit diperguna bagi menutupi bangkai gajah. Orang yang digunakan sebagai Pakar Bohong pula tidak berani menghadapi keadilan. Mana RPK yang melaungkan keadilan? Mereka tidak berani mendepati kenyataan malah tergamak menggunakan hukum hakam Islam dalam menutupi khilap dan kezaliman.
 Barangkali Singapore-George Town jadi Twin City akan mengajar mereka yang leka bahawa pakatan mereka sudah tidak lagi diperlukan?. Gambar ehsan PenangWasabi

LGE kini bolehlah dianugerahkan pingat TPB-Tokoh Putar Belit kerana berselindung atas nama Khalifah Umar Abdul Aziz bagi memerintah Pulau Pinang. Sebaliknya apa yang dilakukannya ialah berat sebelah, diktator, chauvinist, dan menzalimi penduduk Pulau Pinang. Bermula dari masyarakat India di Kg Buah Pala, Gerai-gerai perniagaan Melayu dan pribumi yang kurang berkeupayaan dan miskin pula dirobohkan. Berat sebelah kerana gerai perniagaan yang serupa orang-orang Cina DAP tidak dirobohkan. Apakah pula nasib yang bakal menimpa Jeti Nelayan Telok Tempoyak dan warga nelayan di kawasan itu yang menjadi impian mereka yang tamak duniawi untuk mengumpul harta karun?
 
Kepada Para Pemimpin utama PAS dan pemimpin grassroot PAS, mereka yang berdemonstrasi ini bukan rakyat kee? Tak nampak kee kepiah mereka?

Anehnya setiap kali kezaliman dilakukan LGE dan pemimpin Pakatan Pembangkang, TGNA lah yang diperguna sebagai perisai bagi menjawab tomahan dan kemarahan rakyat dan pemimpin lain dalam Pakatan Pembangkang sendiri. Kenapa TGNA? Sanggupkah PAS melihat TGNA diperguna sebagai perisai oleh raja putar belit dan TPB yang melakukan kezaliman ke atas rakyat Pulau Pinang? Atau sememangnya PAS sudah pasrah kepada DAP atas tanggapan bahawa DAP adalah rakan setia, sehidup semati dan sejati sampai kiamat dalam Pakatan Pembangkang? Kalo PAS ingat UMNO meninggalkan PAS, lupakah PAS yang ditinggalkan DAP dalam Barisan Alternatif? Ingatlah Politik bukan Tuhan dan Bukan juga kitab suci yang tidak boleh diubah!

Lihatlah bila Datuk Zaharin Mohamed Hashim (DZMH) meninggalkan Pakatan Pembangkang, selain LGE yang menuduh DZMH tamakkan projek RM40 Juta, TGNA pula mencabar supaya DZMH meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada PRK. Apa ini? Bukan TGNA hanya kelihatan seperti orang tua yang hanya dicucuk hidungnya oleh DAP? Kenapa PAS dan penyokong PAS membiarkan semua ini? Mana pejuang PAS yang mahu mempertahakan maruah Tok Guru Mursyidur Am PAS? Tidakkah PAS menyedari bahawa walau sejuta kali TGNA mencabar demikian dia tidak akan memberi apa-apa kesan kerana Zaharin tahu dan faham haknya di sisi undang-undang. Orang PAS tidak faham kah ini? Mana Mafuz?, Mana Tantawi? Dan mana Abang Mat, pemegang mohor gelaran Al Juburi?

Inilah yang saya katakan bahawa kebencian senyap rakyat semakin menggunung dalam diam. Apabila sampai saat dan waktunya tiba, kebencian yang meluap-luap ini akan mengajar mereka yang leka dan sanggup menggelincirkan perjuangannya kerana politik, kerana konon menjaga hati kawan yang belum tentu menganggap kita rakan.

Penilaian saya, jika keadaan ini berterusan, tidak syak lagi Pakatan Pembangkang akan kegugguran dan tidak dapat melihat Pakatan Rakyat Malaysia sebagai anak yang diharapkan akan lahir di bumi bertuah ini.
-noreen PJ
Teluk Tempoyak

4 comments:

MPP said...

Pas selamanya akan jadi pencacai kepada kafir DAP jika mereka masih bersekongkol didalam PR.

Tua nyanyuk Nik Aziz akan tetap dijadikan pencuci taik yang diberakkan oleh Anwar dan Lim GE.

Anak X-PKR said...

Salam Noreen PJ and Sl,

Selagi PAS membiarkan dirinya dipengaruhi Anwar dan PKR selagi itu imej PAS akan tercemar.

PAS yang tercemar akan dihukum penyokong sendiri.

UMNO Pernah dihukum penyokongnya.. Apa ada pada PKR dan PAS..pada DAP bin PAP samadan PKR atau PAS hanyalah alat yang menguntungkannya. Bila sampai Bab dia rugi..ke lobang perigi buta lah korang.

Nuwar, sedialah ke penjara.

YANG GAMBI said...

Salam SL, bukan setakat gugur sahaja, akan terus karam bersama Anwar di penjara Sungai Buluh........

eXception said...

PAS hanya pertahan maruah DAP... Biar la nasib melayu ke dalam longkang, biarlah Islam dikambus dalam lobang... Janji dapat undi kafir...

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan