Translate

Sunday, February 14, 2010

"PAKATAN RAKYAT KARAM, PKR TENGGELAM"

 
Where Is The Beef? Do you still have the number? Siapa berguru siapa ilmu Putar Alam? 

Bila Pengerusi PKR Pulau Pinang Mansor Othman mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa tiga hingga empat Ahli Parlimen parti itu akan keluar dan sedang dipikat Barisan Nasional, seakan reinforce bahawa "I have the numbers" itu satu pendustaan politik yang tiada tolok bandingannya dalam sejarah politik Malaysia.

Pakatan Rakyat kini kelihatan "karam". Manakala PKR diancam phenomena "tenggelam".  Itulah yang menjadi topik hangat di merata pelusuk dan kedai-kedai kopi. Satu demi satu pimpinan PKR mula meninggalkan parti itu. Alasan mereka hampir sama. "hilang kepercayaan kepada pimpinan dan parti tergelincir dari ideolgi sebenar. Manakala matlamat serta objektif perjuangan semata-mata tertumpu ke arah "merampas" pangkat sedang pejuangan untuk kesepaduan dan kesejahteraan rakyat dikesampingkan terlalu jauh dan terlalu kabur". Wajah DSAI pula di cemari Sodomi II. Entah apa lagi "bala" yang terpaksa ditempuhi?

Guan Ink semakin terserlah memutar alam dengan mengatakan Perarakan Maulidur Rasul tidak di batalkan sedangkan surat resmi menyatakan demikian. Kalau surat resmi itu salah, bilakah pula guan ink membelasah pegawainya?.

Datuk Zaharin Md. Hasyim pula dituduh meninggalkan PKR sebab "projek". Umum mengetahui bahawa mereka yang "gian dan gila projek" tidak akan berganjak tetapi akan terus-terusan menyokong kerana mengharap habuan demi habuan!. So, jika Zaharin tetap berpatah arang, apakah dia species yang mengharap habuan?-Anda tahu jawabnya...Dan apakah semua dan yang bakal meninggalkan PKR adalah kerana "tak dapat PROJEK???"

Dunia sudah dan sedang menyaksikan putar alam politik dua insan bernama DSAI dan Guan Ink. Kuasa asing yang ingin melihat dan berbuat sesuatu supaya kestabilan politik dan ekonomi sesebuah negara termasuk negara kita amat cenderung menjadikan insan dan keadaan "putar alam" ini sebagai "gula-gula gerakan mereka". Kuasa asing smemangnya ingin melihat Malaysia goyah agar dapat memasukkan dan "mentusukkan" "jarum-jarum" penjajahan yang bertopengkan "international aid" dan "internation assistances". Kita perlu bijak mengenalpasti dan menganalisa antara baru dengan permata. Kita memiliki sejarah menolak bantuan asing!

Rakyat Malaysia yang cintakan kemakmuran, kedamaian dan harmoni yang teguh dan kukuh, perlu siap siaga menghadapi riak atau wave baru pertembungan ideologi dunia. Negara kita yang yang kita bina atas fundamental perpaduan masyarakat majmuk ini akan terus digugat dan diancam. Tersilap langkah, pemikiran dan minda kita akan terbeli dan dikuasai oleh mereka yang memutar belit fakta dan memutar alam.

Hidup 1Malaysia.

RELATED....
-MIM-Anwar Bakal Gagal

2 comments:

MPP said...

Makin kelam nampaknya impian Nuar untuk bertahta di singgahsana Putrajaya.

Silap haribulan, terpaksa merengkok di penjara. Kekekeke...

YANG GAMBI said...

Salam SL, gelombang kemaksiatan dan kemungkaran pakatan rakyatakan menenggelamkan kapal-kapal mereka sendiri...........