Translate

Saturday, February 20, 2010

DITANGGUNG HALAL: IDELOGI POLITIK PAS GERHANA

  
Tidakkah anda melihat gerhana ini dan mengambil iktibar dainya mengenai kekuasaan Allah SWT?. Don't Takebeer, Take Wudhu"

"Kita gunakan pemimpin kita yang pakar surah dan pakar mentelaah hukum & agama. Kita bakar semangat Melayu, India dan Cina dengan menggunakan PKR dan DSAI dan kita pakai DUIT DAP untuk menjahanamkan UBN"

Dengan berbekalkan senjata ampuh ini, pendokong Pakatan Pembangkang semakin angkuh dan sombong. Kealpaan mereka telah membutakan mata dan mata hati mereka lalu melihat bahawa (25%) ugama suku, bangsa suku, politik suku dan 75% aka tiga suku yang lainnya dicap dengan brand Pakatan Pembangkang "Ditanggung Halal" dan apa-apa gagasan UBN "Ditanggung Haram".

Hatta, merobohkan permis perniagaan Melayu di Penang dicop "Ditanggung Halal" dan merobohkan permis perniagaan kaum Cina DAP pula "Ditanggung Haram". Malah Najib makan ubi kayu dilihat pendokong Pakatan Pembangkang sebagai "buta kemiskinan", sedangkan menghancurkan permis perniagaan Melayu di Pulau Pinang dianggap pebersihan yang dibuat UMNO ke arah permodenan DAP. Gerhana sungguh ideolgi politik PAS dalam soal ini.

Sebaran am PKR sudah diyakini DAP akan menjadi perisai yang ampuh mempertahankan idelogi dan amanat DAP. Dunia sudah faham dengan keadaan ini. Sebaran am PAS sudah  tinggal suku idelogi sebenar PAS. Barangkali karma dari tuduhan dan fitnah liar "agama suku, bangsa suku yang selama ini menjadi azimat dan amanat yang digenggam.

Harakah sudah mula dikuasai oleh mantan Ketua Editor Suara Keadilan, lidah resmi PKR. DAP sudah maklum dengan sebenar-benar maklum bahawa fanatik PAS sudah mengecop "Media Masa Arus Perdana" dengan "ditanggung Haram". Dengan kepekaan DAP melihat advantagenya, makan Harakah mesti disusupi dengan idelogi DAP. Kerana itulah Mantan Ketua Editor  Suara Keadilan menjadi utusan dan kader teristimewa yang mendapat tempat dalam Harakah. Lihatlah bagaimana Harakah mengerhanakan Ideologi politik PAS!. Harakah sudah jadi perisai yang teguh bagi DAP. WCM sudah "ditanggung halal" dalam Harakah!

Ideologi Politik PAS sudah cuba disapu di bawah "carpet". Senakin ketara dalam siri Konvensyen Pakatan Pembangkang yang didoinasi DAP di seluruh negara. Dunia tahu bahawa ianya bakal dinafikan dan dilupakan sepenjang zaman kerana DAP sesungguhnya sedar dengan sebenar-benar sedar bahawa menyembunyikan ideologi PAS di bawah "carpet" sudah diterima "ditanggung halal" noelh mereka yang menjadi pengamal tegar PR.

Tian Chua, laksamana perang DAP dalam PKR, sebagai strategist politik PKR dan Ketua Penerangan PKR sudah awal-awal menyatakan bahawa "PAS boleh mempolitikan dan menggunakan isu hudud, dan kerajaan Islam. PKR dan PR tidak menentang kerana itu meramaikan dan menjadi syiar Melayu menerima cop "ditanggung halal" ciptaan DAP. Ideologi Tian Chua SAMA DENGAN ideolgi Mohd. Nizar Jamaluddin,  kaki racing Toyota Camry yang meminta  ditunjukkan "mana-mana dalam manuscript PAS hendak menubuhkan kerajaan Islam. Pokoknya jangan sama sekali hudud dan negara Islam direalisasikan kerana matlamat DAP ialah Hudud dan Kerajaan Islam itu tetap dan selamanya "ditanggung haram". Over my dead body adalah ideologi DAP. Bulan di dada Karpal hanya madah berhelah. Adakah madah berhelah adalah induktrinasi "ditanggung hahal"?

Erdogan, liberalisasi, Takebeer, kalimah Allah, rampas kuasa, impot gay, impot sodomi, bogel , roboh Melayu ETC... Memurtadkan idelogi PAS sudah menjadi sasaran dan 'main goal' DAP. Impian untuk ianya dicop "ditanggung halal" semakin rancak menyusupi setiap ruang lingkup dunia PAS. Di mana nisan idelogi politik dan semangat jihad PAS bakal ditemui?

Ideolgi PAS kini semakin gerhana dan semakin menuju kemalapan di tangan Pakatan Pembangkang. Karpal Singh selalu mengingatkan PAS bahawa PAS BUKAN dominan , bukan boss, dalam Pakatan Rakyat. Seolah-olah KS menyuruh PAS untuk "bercermin". Jika dibiarkan segala-gala produk Pakatan Pembangkang dicop mereka "ditanggung halal", lambat laun Negara Republik akan menjadi kenyataan dan "ditanggung halal". Tidak hairan jika Negara Islam dan hudud dipaksakan untuk dicop "ditanggung haram" oleh puak-puak yang pakar "disguise" sebagai rakan sejati dan kesepakatan ini! Dasar musang berbulu ayam.
PAS, "don't takebeer, take wudhu"!

No comments: