Translate

Saturday, February 20, 2010

PKR: Hari ini dapat satu bekas MP, esuknya hilang satu real MP!?

"Dapat satu hari ini , hilang satu keesukan harinya. Berapa untung ruginya?"

Judging dari kenyataan Setiausaha Agung dan Timbalan Presiden PKR mengenai tindakan Jawatankuasa Desiplin PR ke atas YB Zulkifli Noordin, MP Bandar Kulim Baharu, nampaknya tidak banyak pilihan kepada YB Zul melainkan terpaksa meninggalkan PKR. Anwar sendiri membayangkan bahawa YB Zul akan terpaksa disingkir atau dipecat dari PKR kerana kritikannya terhadap LGE dan pemimpin PR yang lain amat serius dan pedas.

Datuk Kalakau Untol pula sudah semakin jelas akan diterima menyertai PKR pada 28 Februari, 2010.

Pada keesukan harinya, setelah kalakau diterima ke PKR, 1 Mac, 2010, YB Zul akan diminta membela diri dihadapan JK Tatatertib PR. Kelihatan JK itu seakan hanya bermeysuarat hanya sebagai formaliti sahaja. Keputusannya sudahpun diisyaratkan DSAI dan pemimpin senior dalam PR dan PAS. DAP tak payah ditaksir. DAP memang mahukan Zul terus saja dipecat atau disingkir. Zul dianggap DAP seperti duri dalam daging PR..

Jika berlaku demikian bermakna PKR akan mendapat satu bekas MP tetapi akan kehilangan satu real MP. Untung ruginya, biarlah anda yang membuat perkiraan.

2 comments:

eXception said...

Sanggup ke disingkirkan YB Zul? Ataupun lepas dipujuk dan dirayu oleh CIFUT BABI dan setelah di gosok-gosok sket... YB Zul terus mengalah? YB Zul tak gentlement mcm Zahrain... Aku lebih salute Zahrain yang terus resign dan keluar parti... Setelah mengetahui kepincangan parti tsb...

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Hashim said...

Eh Leh....pilih komen...buat blog mesti berani...... kenapa nak lari dari kenyataan....bagi le idea camna nak hapuskan rasuah dalam umno...hancur umno kerana rasuah.