Translate

Saturday, February 20, 2010

PAS Tak setuju: TGHH-Capurtangan Asing Cemari Kedaulatan Negara

 
Tuan Guru Haji Hadi Awang, Presiden PAS.

Semasa kebetulan berada di Pantai Rusila, THHH menjadi "suddenly a hero" apabila menyelamatkan seorang lelaki dewasa yang lemas digulung ombak ganas di situ. TTGHH menyelamatkanya walaupun TGHH sendiri memakai kain pelikat.

Kini, ditenggah-tengah ramai pihak berbangga dan mengagung-agungkan kehadiran pakar-pakar asing membantu pasukan pembelaan Sodomi II di samping desakan 50 MP Australia yang mendesak Sodomi II digugurkan, TGHH, Presiden PAS mengeluarkan satu kenyataan bahawa:-
"Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia, saya mahu negara kita menjadi sebuah negara yang berdaulat dan tidak perlulah kepada campur tangan asing apatah lagi dari negara-negara Barat, negara bukan Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan himpunan pemuda Islam Kuala Terengganu di Kuala Ibai dekat sini. [di sini]
Penyataan TGHH ini sekurang-kurangnya memberi isyarat kepada pihak yang lain yang selama ini sering membelakangkan PAS dalam merangka gerakan politik mereka. Sekurang-kurangnya menjadi lampu amaran kepada penyokong PAS bahawa idelogi PAS bukan semata-mata permainan politik, tetapi asas dan fundamental ideologi parti dan patriotisma terhadap negara perlu diletakkan ke tempatnya yang sebenar.

Kita perlu mengambil iktibar dari keputusan sesetengah pihak yang menggunakan khidmat asing, misalnya dalam kes inkues kematian Teo Beng Hock di mana kredibiliti Pakar Forensi yang kononnya bertaraf dunia dan diagung-agungkan, tetapi akhirnya kita dapati etikanya dipertikai.

Kadang-kadang ada perang yang sukar kita hadapi. Perang itu adalah melawan diri kita sendiri.

RELATED....
Pemuda PAS Perak Sokong Pembinaan Kolej Tahfiz Di Perak 

No comments: