Translate

Friday, August 31, 2012

"Bangsat" dan "Kepala Otak"

Sedang SL melayari beberapa blog lewat malam ini, seorang sahabat yang mendokong perjuangan PAS yang melayari lama FB tiba-tiba bingkas dan bangun dan berkata..... "Bangsat"

Lalu SL bertanya. Kenapa dengan you Jah? Whats wrong Jah (hajah)?

Dia berdiri dan memusingkan notebooknya ke arah SL. Tiba-tiba wajahnya bertukar menjadi merah dan bergenang airmata di kelopak matanya.

SL terus bertanya dan mendesak . Whats wronggg? sambil melihat posting di FBnya..

Dia menjawab "Kepala otak dia" sambil airmatanya mula menitis di pipinya. SL lihat gambar Bendera Republik yang terpampang di notebooknya. Gambar bendera republik semasa demonstrasi perayaan Janji Demokrasi Hari Kemerdekaan yang dianjurkan oleh pihak Pakatan Pembangkang di Dataran Merdeka...

SL lihat dia amat kecewa....

SL fikir, bukan sedikit mereka di luar sana yang kecewa seperti kekecewaa rakan baik SL. Memang bangsat kata hati SL.. Kami terus beredar meninggalkan cafe itu bagai terhalau.

Setibanya SL di rumah, SL tulis kisah ini. Memang "bangsat" memang kerja "Kepala otak" yang GILA.

Wednesday, August 15, 2012

DILEMMA...

Bumburing, Lajim dan Maijol. Gelanggang politik kini terbentang di hadapan anda.
Keadaan politik Sabah kembali tenang tanpa kehadiran DS Najib Tun Razak, tanpa kehadiran DS Anwar Ibrahim dan tanpa kehadiran pemimpin pusat. Sabah kembali tenang terutama menjelang tibanya Shawal.

Ayam-ayam tambatan baru Anwar, Dt. Lajim, Dt. Wilfred dan Dt. Maijol kini dibebaskan ke galanggang politik masing-masing dan kini bebas menentukan hala tuju dan strategi masing-masing. Mereka kini sepatutnya sudah mula merasakan bahang politik tanpa penyertaan politikus luar yang sering mereka anggap sebagai pemegang kunci pintu gerbang "perang" politik tanahair.

Bumburing akan mengatur sendiri gerak tindakan politinya. Kemungkinan besar dia akan terpaksa menghadapi tentangannya yakni sahabat lamanya, Dt Wilfred Madius Tangau, orang yang pernah berkorban politik semata-mata memberi laluan kepadanya mengosongkan MP Tuaran pada PRU12. Dalam PRU13, kemungkinan besar berlaku Wilfred VS Wilfred, orang Tuaran kata. Namun, hakikat politik sememangnya demikian. Tiada rakan politik selamanya dan tiada musuh politik selamanya.

Tuan Haji Ansari Abdullah dan Datuk Kalakau Untul di Tuaran tidak kurang pengaruhnya. Mereka kini berada dalam satu kapal dengan Bumburing. Jika melihat kepada perjuangan dan kekananan dalam politik Tuaran, nampak jelas Bumburing hanyalah layak dijadikan pendayung, bukan sebagai Nahkoda. Penekanan yang berlebihan terhadap Bumburing oleh Anwar dan Pemimpin PR Pusat hanyalah akan mengundang dilema yang lebih besar dalam kontek politik pembangkang di Tuaran. Mungkin Anwar sedikit terlanjur dan keterlaluan menyatakan bahawa penyertaan Bumburing menyokong PR merupakan "turning point" bagi politik Sabah malah politik tanahair. Bagi penduduk Tuaran, ianya hanyalah perkara biasa yang sudah lama diduga.

Lajim juga akan terpaksa menghadapi tentangannya yang terdiri dari mantan anak-anak buahnya yang telah bertungkus lumus memenangkannya pada PRU12. Lajim juga terpaksa menghadapi cabaran dari Cabang PKR yang sedia wujud untuk masing-masing terpaksa melakukan pengorbanan politik jika pucuk pimpinan PR mahu Lajim diketengahkan sebagai calon MP bagi Beaufort pada PRU13.

Maijol pula terpaksa berhadapan dengan Dt. Dr. Maximus Ongkili, pemimpin kanan PBS dan seorang menteri penuh dalam Kerajaan Persekutuan. Dalam masa yang sama, Maijol terpaksa melepasi Anthony Biri Mandiau (PKR), satu-satunya calon PKR dalam PRU12 yang berjaya memperolehi undi yang agak banyak berbanding mana-mana calon PKR yang lain. Itupun jika Maijol dipilih sebagai calon MP bagi kawasan Parlimen Marudu.

Maijol terpaksa terkial-kial di kawasan Marudu. Tentangannya pada PRU13 bukan calang-calang. Timbalan Presiden PBS dan seorang Menteri Penuh dalam Kabinet Persekutuan, Dr Maximus Ongkili. Semasa kemuncak kekuatan BN, Dr. Max pernah ditentang Dr. Jeffrey Kitingan tapi Dr.J. kecundang. Maijol juga terpaksa memohon ehsan Anthony Mandiau dan DT. George Sangkin, mantan MP semasa PBS yang menyertai PKR, yang masing-masing menaruh harapan untuk mewakili kawasan itu 

Anwar semasa kedatangannya ke Sabah menyambut penyertaan ketiga-tiga pemimpin di atas, bagai berpesta sebuah kemenangan besar. Bertaburan janji manis dilemparkannya pada semua perjumpaan umum yang dihadirinya. Bagaimanapun setelah kepulangannya ke Kuala Lumpur, janji yang dilemparkannya mula diragui rakyat Sabah dan ramai yang menganggapnya sekadar gula-gula pilihanraya yang "mustahil" dapat dipenuhinya. 

Alaun warga emas RM650.00, RM100.00 bagi anak yang baru lahir sehingga berumur 18 tahun, Pendidikan PERCUMA dari sekolah rendah hingga ke peringkat universiti, Gaji mimima RM1,100.00, bantuan kematian RM1,000.00, 20% royalti minyak dan menilai semula perjanjian 20 Perkara. Bagaimanapun kali ini, dia tidak menyebut soal autonomi untuk Sabah dan Sarawak seperti yang pernah dilaung-laungkannya sebelum ini.

Too good to be true. Itulah perkataan yang biasa diungkapkan di Sabah selepas Anwar menaburkan janji-janjinya. Sesetengah yang fanatik dan terpesona dengan "kata-kata" manis Anwar condong kepada memberikan Anwar peluang. "Bagilah dia satu term lepas itu jika dia tidak tunai janjinya kita akan jatuhkan dia balik".. Begitulah pendapat sebahagian. Mereka fikir kerajaan itu macam beli baju raya. Beli baru raya kali ini, raya depan beli yang lain pula.....

Di kawasan-kawasan yang dikuasai BN (UMNO) di Sabah, kedatangan Anwar menyebabkan mereka lebih firm, lebih bersatu dan lebih kental. Termasuklah kawasan Beaufort yang suatu waktu dulu diwakili Lajim. "Lajim menyertai perjuangan PR bukan masalah UMNO..itu masalah peribadinya"

Bagi golongan muda di Beaufort, pemergian Lajim merupakan satu rahmat kerana Lajim telah lama menduduki politik Beaufort yakni sejak Berjaya, PBS dan UMNO. Kali ini golongan muda berpeluang menggalas kepimpinan politik Beaufort yang anggap dikuasai Lajim yang sudah bergelar veteran. Bukankah golongan muda menjadi favorite pada alap politik baru masa kini?

Dalam apa jua keadaan, kedatangan Anwar ke Sabah TIDAK dapat dilihat sebagi berupaya menyatukan penduduk Sabah terutamanya rakyat Sabah KDM. PBS, UPKO dan PBRS yang menjadi tonggak KDM masih firm mendokong kerajaan BN. Masih ramai yang menyatakan bahawa politik yang dibawa Anwar ke Sabah hanya mempromosi perpecahan perpaduan kaum di Sabah yang terdiri dari 32 ethnik yang sudah lama terjalin. 

Benarlah seperti kata Dr. J bahawa dia tidak sanggup diperalat orang KL untuk politiknya semasa dia membakar Jambatan dengan PKR. Kerana itulah setakat ini barisan calon-calon PR bagi PRU13 tidak dapat dinyatakan dan impian 1215, one to one fight, tidak dapat direalisasikan. Malah ada pihak yang menyatakan bahawa pada saat PR mengumumkan calon-calonnya bagi PRU13, pada saat itu juga lah akan terserlah perpecahan yang lebih besar di antara parti-parti pembangkang di Sabah. Seterusnya penentangan pembangkang terhadap Anwar akan berlaku.

Parti-parti pembangkang dan pemimpinnya di Sabah mempunyai agenda masing-masing. Mereka juga mempunyai penyokong dan pendokong yang seimbang. Penyokong-penyokong ini pula lebih fanatik terhadap idelogi yang dibawa oleh organisasi dan pemimpin-pemimpin merekan masing-masing. Apakah mudah bagi pimpinan parti pembangkang ini untuk mengikut telunjuk Anwar, Lim Kit Siang atau Haji Hadi Awang?

Antara mereka ada yang saling meragui. DAP menuduh STAR sebagai Parti yang hanya berupaya memenangkan BN. Timbalan Presiden (kouta Islam) SAPP, Amde Sidek sudah bertegang leher dengan Timbalan Presiden STAR, Awang Ahmad Shah Datuk Haji Awang Sahari tentang kelayakan bertanding di kawasan tertentu. Ini berlaku apakala Ande menyatakan jumlah kawasan yang hendak ditandingi SAPP sebagai parti yang berkonsepkan multiracial dan mengenepikan Parti yang "berkonsepkan komunal" seperti STAR. Pada saat itu, Awang Ahmad Shah menyatakan bahawa perundingan dengan SAPP hanya membuang masa jika pengaruh STAR diketepikan semata-mata sifatnya sebagai parti bercorak "komunal". 

Setetengan pemimpin akar umbi pembangkang yang lain pula menganggap STAR sebagai "pelacur politik" setelah Dr. J mengesyorkan agar parti-parti dari Semenanjung Malaysia memberikan peluang kepada UBF (United Borneo Front) untuk bertanding di Sabah tanpa gangguan parti-parti dari Semenanjung Malaysia. Selepas itu katanya, mereka akan bersatu selepas PRU13. Tentu sekali kewujudan PPS (Parti Pembaharuan Sabah) yang diketuai Bumburing dan Lajim menjadi saingan kepada UBF jika tidak memberi tamparan kepada STAR dan Kelab USNO.

Gambaran ini, hanya sekelumit dilemma dan masalah ketidak seragaman pembangkang di Sabah. Individual right dan hak bertanding adalah hak masing-masing yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia. Hak menentukan siapa yang layak memimpin dalam pembangkang BUKAN hak Ketua Umum PR merangkap Ketua Pembangkang dalam Parlimen Malaysia iaitu Anwar Ibrahim. Pada saat Anwar menguatkan genggamannya, SL fikir, pada saat itu juga dia akan terpaksa menghadapi tentangan baru dari parti-parti pembangkang Sabah selain terpaksa menentang BN.

Monday, August 13, 2012

Mampukah Bumburing Mengganti Peranan Jeffrey?

Politik Jeffrey dan Bumburing pernah dan masih dibayangi Pairin.
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan pernah memenangi kerusi DUN Bingkor, Keningau atas tiket Parti Bersatu Sabah (PBS). Datuk Wilfred Mojilip Bumburing juga pernah memenangi Kerusi DUN Tamparuli atas tiket PBS. Kedua-dua mereka memenagi kerusi itu ketika mereka di bawah pimpinan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Presiden PBS.

Bumburing kalah  pada PRU10 di DUN  Tamparuli, di tangan Calon PBS, Edward Linggu setelah Bumburing meninggalkan PBS dan menyertai UPKO.  Jeffrey juga kalah di DUN Bingkur di tangan Justin Gunka BN (UPKO). Kedua-dua mereka kalah setelah membelakangkan kepimpinan Huguan Siau, TS Joseph Pairin Kitingan. 

Friday, August 10, 2012

Melayu Tidak Berupaya Menyatukan Melayu!

Asal Bukan UMNO kah yang mampu
menyatukan Melayu?
Kumpulan yang inginkan Melayu berpecah sudah pasti merekayasa persepsi bahawa parti siasah yang memperjuangkan agama, bangsa dan tanahair, UMNO, tidak berupaya menyatupadukan Bangsa Melayu. 

Mereka sanggup MENGESAHKAN sendiri bahawa Parti Melayu, UMNO, tidak berupaya menyatukan Bangsa Melayu semata-mata cuba meyakinkan umum dengan persepsi ciptaan mereka bagi melemahkan Melayu. 

Apakah mereka yang memperalat Melayu untuk melemahkan Melayu pula yang berkemampuan menyatukan Melayu? Sampai begini lemahkah  Bangsa Melayu ini sehingga tidak mampu lagi berfikir. Daif, sehingga hanya mampu "copy and paste" idea mereka yang mahu melihat Melayu berpecah dan lemah untuk dihidangkan kepada Bangsa mereka, bangsa Melayu?

DAP memang besikap chauvinist dan lahir sebagai parti yang rasis, dulu kini dan selamanya.  Tetapi DAP, melalui PR, mudah memperalat Melayu sehingga Melayu menjadi pak turut mengatakan Parti UMNO dan orang Melayu pula yang bersikap rasis. Ini jelas sebagai strategi "pecah dan perintah". Dalam keadaan inipun yang dilebel sebagai pengamal "pecah dan perintah ialah UMNO! dan yang menuduh perbuatan ini ialah orang Melayu.

Orang lain yang berbuat perkara  "porno" tiba-tiba UMNO yang porno sehingga wujud istilah UMNOPORNO!!. Seakan-akan orang Melayu mempercayai bahawa UMNO lah yang sebenarnya porno!!. Orang lain yang mahu memecah belahkan perpaduan Melayu, tiba-tiba UMNO pula yang dituduh pengamal "pecah dan perintah"!!.

Apakah benar MELAYU SUDAH LAYU? dan orang Melayu juga sudah sedia menerima hakikat kelayuan Melayu ini?

“take care of this properly” -Nalla

Take care of this properly. Bila ditanya mengenai benda ini, dia hanya menjawab "icecream" (klik link di sini untuk membaca ceritanya).

Maijol Mahap: Keluar BN Kerana Nak Bertanding

Maijol Mahap
Anwar akan ke Kota Marudu 12 Ogos ini menyambut penyertaan Maijol Mahap ke Pakatan Pembangkang dari BN (UPKO). Maijol pernah dilantik kerajaan sebagai Senator dan dia adalah Naib Presiden BN (UPKO).

Presiden UPKO, Tan Sri Bernard Giluk Dompok, pernah menyuarakan pandangannya bahawa sistem kouta dalam BN menyebabkan sebahagian pemimpin parti dalam komponen BN menyertai parti lawan bagi merealisasikan niat mereka untuk bertanding.

Sejak menyertai Komponen BN 14 tahun yang lalu, Maijol Mahap memang dalam diam menyimpan niat untuk dicalonkan di tanah tumpah darahnya, Kota Marudu. Beberapa usahanya menemui rakyat di Kota Marudu selama berada dalam BN adalah menifitasi dari niatnya untuk bertanding.

Monday, August 6, 2012

Pembangkang di Sabah “Crowding Out”.


CROWDING OUT.
Ahli Parliament BN yang meninggalkan BN pada penggal selepas PRU12 baru empat orang, Datuk Lajim Haji Okin (UMNO), Wilfred Mojilip Bumburing (UPKO), Datuk Chua Soon Bui (SAPP) dan Eric Mojimbun (SAPP).

Yang Berhormat pembangkang sudah keluar dari pakatan pembangkang ialah 13 orang iaitu enam dari PKR (Parti Keadilan Rakyat), lima anggota dewan undangan negeri PKR jadi Bebas, satu dari DAP dan satu dari PAS keluar (parti).

Kemasukan Lajim dan Bumburing ke “parti baru” di Sabah yang condong kepada pakatan pembangkang sama sekali BUKAN lagi sesuatu yang melumpuhkan Kerajaan Barisan Nasional khasnya di Sabah. Keluarnya mereka bukan juga satu kejutan atau renjatan politik di Sabah. Mereka sudah lama disebut-sebut untuk TIDAK lagi diberi peluang bertanding sebagai calon BN dalam PRU13 kerana mereka dianggap sebagai “winnable candidate”.

Tuesday, July 31, 2012

Perjuangan Nasioanal: Professionalisma, Kesetiaan dan kesabaran.


Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Presiden KDCA-Kadazan Dusun Cultural Association; DSP Salleh Tun Said, Presiden USBO-United Sabah Bajau Organisation, dan DSP Haji Lajim Haji Okin, Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS)
Pairin, Salleh dan Lajim adalah ketua suku kaum bumiputera di Sabah. Pairin adalah Presiden Kadazan Dusun Cultural Association-KDCA; Salleh adalah Presiden United Sabah Bajau Organisation-USBO; Lajim adalah Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah-PBBS .

Ketiga-tiga pemimpin adalah ahli politik dan pernah menyertai sekurang-kurangnya tiga parti politik. Pairin (Berjaya, Bebas, dan PBS) Salleh (USNO, Berjaya, PBS dan UMNO), Lajim (Berjaya, PBS, UMNO dan PR).

Kekerapan pertukaran kerajaan di Sabah, dari USNO, BERJAYA, PBS dan BN, menyebabkan ramai pemimpin politik pernah menyertai beberapa parti politik di Sabah. Soal melompat parti atau "katak politik" sudah menjadi isu lumrah politik di Sabah. Jika melompat Parti itu satu jenayah, maka hampir semua ahli politik di Sabah adalah “penjenayah”.

Lajim yang melompat Parti dari UMNO Ke Pembangkang yang condong kepada Pakatan Rakyat memanglah sesuatu perkara yang dianggap PERKARA BIASA di Sabah. Jika Lajim dikatakan sebagai induvidu yang akan menguburkan BN di Puterajaya, itu adalah satu perkara lucu atau bahan ketawa rakyat Sabah. Pemergian Lajim “is no big deal”. Pemimpin datang dan pergi. Yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti.

Salleh dan Pairin sudah mengharungi ujian politik yang besar dan getir. Manakala Lajim hanya popular dengan “politik tumpang tuah” dalam kerajaan. Barangkali, inilah masanya Lajim diuji melalui pembangkang. Ini kali lah!

Salleh, bersama-sama pemimpin kanan USBO, TS Pandikar Amin Hj Mulia, Datu Datuk Amir Kahal Tun Mustapha pernah digugurkan sebagai calon BN dalam PRU12 dan tidak diberikan apa-apa peranan penting selepas itu. Dia hanya dilantik Pengerusi Perbadangan Kraftangan Malaysia. Dalam keadaan itu sekalipun, Salleh tidak bertindak menyunsung atau menungkah arus politik Nasional. Salleh tetap bersama kerajaan BN di samping dapat mengawal perasaan dan keadaan “panas” yang menguji suku kaum yang di ketuainya melalui USBO. Professionalisma, Kesetiaan kepada Parti BN dan Kesabaran Salleh dan pemimpin USBO berbaloi sehinggalah Pandikar dilantik Speaker Dewan Rakyat. Salleh pula dilantik sebagai Penasihat Sains dan Tekhnologi kepada Kerajaan Negeri yang bertaraf Menteri. Dia akhirnya dilantik Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.

Pairin bersama-sama pemimpin PBS pernah meninggalkan BN. Khusairi Talib (Kini YB dan Ketua UMNO di UMNO Bahagian Negeri Perak) menyifatkan tindakan PBS meninggalkan BN suatu masa dulu sebagai “MEMBELA MARUAH”. Beberapa ujian politik telah dilalui Pairin sehingga hampir kecundang di MP Pensiangan di tangan Tan Sri Joseph Kurup (BN). Bagaimanapun, Pairin akhirnya menyertai BN semula . Pairin percaya bahawa hubungan Kerajaan Pusat-Kerajaan Negeri perlu dirapatkan melalui pendekatan 3C-consultation, communication and cooperation demi memerlihara keutuhan dan perhubungan nasional. Professionalisma, Kesetiaan dan kesabaran Pairin sudah teruji dan ternyata “lulus” sehingga kini beliau dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kerja Raya dan Komunikasi Negeri Sabah.

Professionalisma, Kesetiaan dan kesabaran seperti yang dimiliki Pairin dan Salleh TIADA pada Lajim. Dia melompat dari Berjaya ke PBS kerana Harris Salleh (Ketua Menteri semasa era BERJAYA) tidak memilih beliau sebagai calon DUN Klias dalam PRU. Lajim juga menyimpan luka dengan PBS yang tidak melantiknya sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah kouta Islam setelah penyandang jawatan itu, Datuk Ahmad Baharom DSP Haji Abu Bakar Titingan, kalah dalam PRU. Luka itu dibalasnya dengan melompat ke UMNO bersama Datuk Roben Balang (ADUN Kemabong) dan Haji Zaini Isa (YB dilantik)sehingga membawa kerajaan PBS rebah.

Lajim pula, hanya dengan ura-ura bahawa dia tidak akan dicalonkan dalam PRU13, dia bertindak meninggalkan BN-UMNO. Nyata berbeza Professionalisma, Kesetiaan dan kesabarannya dengan Salleh. Salleh telah menggenggam setianya kepada perjuangan Partinya UMNO-BN walaupun telah tidak dicalonkan bersama pemimpin kanan USBOnya Pandikar Amin dan Datu Amir Kahar pada PRU12.

Apakah justifikasi  Pembangkang dan DSAI yang dapat diketengahkan sebagai menyokong bahawa Pemimpin seperti Lajim akan mengubur BN di Puterajaya? Bagi Rakyat Sabah, Lajim yang pergi hanyalah perkara yang normal dan biasa. Tiada perkara yang LUAR BIASA ATAU BIG DEAL dengan pemergian Lajim. Malah Rakyat Sabah tidak akan hairan jika dalam PRU13, Lajim dan kuncu-kuncunya akan menjadi hambatan kepada perjuangan Pakatan Rakyat jika tidak menjadi tentangan dan saingannya

RELATED.
-Sabah BN leaders' exit, polls delay likely.