Translate

Tuesday, August 5, 2008

TURUN HARGA MINYAK: MIER MINTA KERAJAAN TUNGGU DULU

Berita Harian Online 5 August.

Read....

KUALA LUMPUR: Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menyarankan kerajaan menunggu sedikit masa lagi sebelum menurunkan harga runcit petrol dan menetapkan harga bahan api itu berdasarkan purata harga pasaran bulanan minyak mentah dunia.

Pengarah Eksekutif MEIR, Profesor Emeritus, Datuk Dr Mohamed Arif Abdul Kareem

“Harga runcit akan mengalami naik turun dan ini tentunya akan memberi masalah kepada pengguna. Untuk menurunkan harga (petrol) memang mudah, tetapi sukar untuk menaikkannya semula. “Saya fikir harga minyak mentah dunia mampu terus turun bawah AS$100 setong. Kenaikan sebahagian besar dicetuskan aktiviti spekulasi,” katanya.

*************************************************************

SENJA LIZA
Kerajaan tidak perlu bertindak tergesa-gesa semata-mata kerana ingin mengimbangi tuntutan Pakatan Rakyat yang dicanangkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim. Menurunkan harga atas sifat demikian seolah-olah menjadi "pak tunduk" kepada tuntutan DSAI dan dilihat sebagai persaingan menggoda pengundi di Permatang Pauh; BUKAN kewajaran membela nasib rakyat Malaysia secara keseluruhan. Harga Minyak mentah dunia kini sudahpun mencecah USD120.89 setong dan petunjuk awal menandakan ianya akan menurun. Menurunkan harga minyak memang mudah. Tetapi menurunkan harga barangan amat sukar. Kalau tidak berhati-hati, penurunan minyak nanti hanya memberi kesan yang sedikit dan relatif terhadap inflasi. Dengan itu, objektifn menurunkan harga minyak tidak tercapai.

Ingatlah, hanya tindakan yang disertai dengan nawaitu yang baik dan bersih sahaja akan diberi rahmat oleh Allah Subhana Wataallah.

Usaha spekulator menaikkan harga minyak ini dilihat sebagai memperkukuhkan ekonomi mereka secara peribadi. Nilai matawang USD diperkotak katik di pasaran dunia. Setelah merundumnya ekonomi Amerika di tangan mereka, hampir pasti bahawa ekonomi dunia mampu goyah di telapak tangan mereka. Para spekulator tentunya telah memperolehi keuntungan besar hasil dari kenaikan harga minyak dan telahpun mencairkan stok minyak mentah mereka.
Kini mereka mengalihkan pandangan ke atas aktiviti membeli emas dan "perdagangan matawang USD" setelah taktik dan misi spekulasi komoditi minyak sudah selesai. Kita lihat harga emas jatuh dan duit mereka semakin banyak seperti harta karun. Pasti mereka membeli emas dan berniaga tunai USD dan membiayai program dunia atas nama "financing" bagi menaikkan permintaan terhadap USD. Dengan demikian nilai dollar akan beransur pulih.

Nilai matawang USD akan beransur naik dan spekulator akan bertambah kaya raya lagi pada episod kali ini. Mereka akan kaya raya lagi di atas derita dan titik peluh rakyat seluruh dunia termasuk rakyat Malaysia dan komuniti saya di Blue Mountain dengan sekadar menggunakan taktik kotor dan harta karun accomulated in their cruel hands.

Kini, kita harus sedar bahawa "modal insan" dan "kekuasaan otak dan pemikiran" mampu menggoncang, menakluki dan menguasai ekonomi dunia samada atas muslihat jahat atau kebijaksanaan yang songsang. Para spekulator yang didokong organisasi pro Zionist seperti AIPAC dan Nymex akan terus merangka dan merencana kaedah menakluki ekonomi dunia. Namun, kita masih terkial-kial membuat keputusan samada "turun atau tak turun:-

1. Harga Minyak
2. Kerajaan BN pada 16 September
3. Pak Lah menjelang 2010 dan
4. perubahan kepimpinan Wanita UMNO menjelang December 2008 atau mid-2009.

Sesungguhnya, penantian itu satu penyeksaan dan penawar. Keperkasaan minda akan terus tercabar dan teruji dalam meniti hari-hari mendatang ,"it's a long roads" dan perjalanan yang beranjau.

No comments: