Translate

Tuesday, April 21, 2009

Amarah Perjuangan Pakatan.

1. Di Perak, DAP dan Ngeh sedang sebok “menarik hidung” Speaker DUN, V. Sivakumar mengarahkannya menurut kehendak DAP. Ngeh sedang sebok sebab kerajaan BN akan mengambil-alih Sidang. Dia mesti sebok dengan usaha-usaha menghalang. V.Sivakumar sudah gagal menghalangnya. Dia mesti sebok menjadi wira walaupun belatinya tinggal kurang dari “simple majoriti”. Dia mahu juga menghalang. Kalau gagal tittle EXCOnya dan rakan-rakan akan gugur.
.
(Gambar: YB. Karpal Singh, Pengerusi DAP, mengatakan bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim telah banyak melakukan "kebinasaan dan harus meletakkan jawatan)
.
2. Di Selangor Eli baharu saja kembali dari “naik hajjah” dari Kelantan. Dia menemui Tuan Guru YAB Nik Azizi Nik Mat sebagai tanda kesyukuran kerana dilepaskan dari dosa “berbogel” dan melakukan “perbuatan orang dewasa di luar pagar”. Eli juga adalah “ikon” DAP yang memakai bintang “mata lebam”, lambang PKR. Jambangan bunga dari Ronnie Liu (DAP) barangkali masih tersimpan di kamar sepinya dalam “jar”. Barangkali, airnya barangkali sudah mula ditawan nyamuk Aides.
.
(Gambar: YB Elizabeth Wong, Exco Pelancongan dan ADUN Bukit Lanjan Selangor. Dia sudah "naik hajjah di Kelantan, Serambi Mekah").

3. Di Pulau Pinang, khasnya di Penanti, Lim Guan Eng sedang mengatur skel silat dan langkah pahlawannya, memberi amaran yang amarah, bahawa calon PKR hendak calon yang tidak seperti UMNO yang mempertahan hak Bumiputera dan Melayu. Guan Eng mahu Calon yang menggantikan Fairus mestilah ikut telunjuk Ketua Menteri DAP. DSAI sudah mula kecut. Dulu Karpal Singh, Singh Is King” dan “Celaka” sudah petah menegaskan bahawa Pakatan Rakyat perlu kepimpinan baru dan dinamik @ Pro DAP, yang lain dari Anwar Ibrahim. Katanya Anwar sudah banyak melakukan “kebinasaan” di Negara ini. Guan Eng Menolak Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Hasyim sebagai calon menggantikan Fairus. Dia, Zahrain, dituduh Guan Eng bersikap seperti menyebelahi UMNO. Apakah DSAI akan bertarung habis-habisan dengan “reformasinya” dalam Pakatan Rakyat sendiri yang sudah mula menampakkan menolakan ideanya dan ideologinya? Atau Anwar hanya berguna dan berfaedah kepada DAP pada musim pilihanraya sahaja sebagai “pemecah belah” undi Melayu dan tukang “rrrrooobahhh?
.
(Gambar: YB Zulkifli Nordin, Seorang Peguam, Lulusan Victoria Uni, New Zealand, juga Ahli Parliment, PKR, orang pilihanya tidak mendapat peluang menjadi EXCO. Apakah kerana tidak mendapat dokongan DAP?).
.
4. Di Sabah DAP nampak menguatkan genggaman. Mereka ke hulu ke hilir “posing” di hadapan bangunan-bangunan dan parit-parit yang masih dalam pelaksanaan atau bermasalah kerana tekanan ekonomi. Mereka bertindak sendiri sendiri, seolah-oleh PKR tidak wujud di bumi Negeri Di Bawah Bayu ini. Mereka juga tidak risau malah perlu lupakan SAPP yang lebih condong kepada kepimpinan PKR dan menjadi saingan mereka. Gambar posing DAP ini banyak kelihatan dalam blog http://www.sabahkini.net/. Atau barangkali DAP tidak tahu Pejabat Perhubungan PKR Negeri kerana Ketua Perhubungannyanya barangkali ada di Permatang Pauh atau berada di mana-mana kerana “perlu menegaskan sesuatu” atau merencana wacana mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Dato Seri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak. Sedang PKR Sabah yang diketuai DSAI berantakan dan tidak mampu ditadbirnya. Di Penang saja DSAI sudah dicabar. Karpal juga sudah mencabarnya. Orang-orang setianya juga dicabar dan diketepikan di Selangor demi ELI, “ikon” DAP. Di mana sebenarnya Pejabat Perhubungan PKR Sabah?..

5. Apakah keadaan ini meyakinkan kita sebagai rakyat Malaysia yang inginkan keharmonian, kesinambungan kemajuan dan pembangunan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang terpacu laju pemodennanya di Asia Tenggara? Apakah bukan kerana “krisis” politik yang diterjah DSAI dalam Negara ini melalui pekikan “Makhal Shakti” (bukan Sangkakala) menyahkan pelaburan. Manakala tiupan “Malaysian Malaysia” menyebabkan keharmonian yang terbina sejak 51 tahun lebih, goyah dan ekonomi Negara menjadi ‘perlahan”?

6. Media asing juga dijadikan medan bagi melepaskan “geram” kerana kegagalan segala gagasan 916, dan gagasan ke Puterajaya dan seumpamanya. Bermacam isu-isu yang sonsang dalam media antarabangsa. Kembalinya “Mahathirisma, Korupsi, Kroni, Kapal Selam”, “Altantuya” dan seumpamanaya menjadi hiasan dada akhbar antarabangsa. Apakah mereka lebih tahu dari kita yang berada di tanahair yang kita cintai ini mengenai hal dan kejadian sebenar atau “Penjajah yang teringin sangat untuk kembali” di bumi Malaysia ini setelah peluang terbuka melalui DSAI. Dalam masa yang sama DSAI dan orang-orangnya menafikan bahawa dia bersekongkol dengan orang tertentu di peringkat antarabangsa dan Barat.

7. Hatta dari keadaan ini maka kita harus melihat sejarah dan kejadian yang nyata dalam Negara kita sendiri. Lihatlah kejayaan kita dan sekeliling kita. Apakah kejayaan kita selama ini adalah hasil dari pekikan “rrrobbbahah” atau "refomasi" sambil merosakkan harta awam?. Apakah usaha kita untuk mempertahankan jambatan harmoni ini perlu dipersoal. Apakah kita telah menghalang rakyat kita untuk maju? Apakah kita perlu dan terlalu perlu mempersoal hak sedangkan kita telah menunjukkan perkongsian kuasa yang nyata. Apakah amaran yang amarah dari Guan Eng di Penanti satu perkongsian kuasa yang luhur?. Apakah pengongkongan V. Sivakumar di Perak satu sanjungan kepada Masyarakat Malaysia berketurunan India. Apakah mereka hanya mempercayai pemimpin yang hanya mengikut telunjuk mereka dan mengenepikan soal-soal nasional dan Negara Malaysia?. Keinsafan dan masa akan menjawabnya.
.
Baca lagi yang ini........

7 comments:

Datu Sulaiman said...

Saudara Liza,
YB Zulkifli mana boleh jadi exco sebab beliau adalah MP ? Tiada title ADUN dilantik sana...

Malaysian said...

Datu Sulaiman. Terima kasih. Ini sebagai tambahan...
Dari orang DAP: Controversial PKR MP Zulkifli Nordin (pic) has continued to be a thorn to the party - and to the DAP, a major partner of the Pakatan Rakyat. He has been let off the hook by the PKR despite aggressively trying to break into the Bar Council forum on religious conversion. He was given a show cause letter by the party on Sept 7 last year but he refused to apologise for his actions.

Senjaliza said...

Terima kasih Malaysian dan Datu Sulaiman atas teguran. Saya faham bahawa YB Zulkifli mahukan orang lain dan BUKAN Eli yang ternyata membawa masalah dalam PKR. Namun cadangannya tidak mendapat backing dari ADUN-ADUN DAP yang menganggap beliau sebagai "DURI DALAM DAGING DAP DAN Pakatan Rakyat. Menurut rumor dia bersedia meninggalkan PKR dan menyertai BN... Betulkah berita ini..?

Malaysian said...

Komen org DAP kepada MP. Zulkifli Nordin (JN) semasa membuat cubaan supaya di amend kedudukan Islam dalam Perlembagaan. Ini menunjukkan dia tidak disenangi DAP.Malah PKR seperti Sivarasa juga tidak senang dengan JN...
"Bottom line for PR - choose your candidates well. Learn from this".

zm.azami said...

Asalam Liza,

Tahniah liza, blog yang menarik, izinkan saya jadi ur followers yg ke 29, dan ur blog saya add kat my blog list, untuk memerima berita-berita terkini dari blog liza,

Bagi saya masalah yang melanda bangsa melayu bermula apabila TDM menerima dan melonjakkan DSAI menjadi gergasi dalam UMNO. lepas tu TDM sendiri bersengketa dengan DSAI.. itu lah kesilapan terbesar TDM.. kerana DSAI adalah anak didik TDM. dan DSAI mempergunakan segala yang ada untuk kepentingan politiknya..

Amat malang bangsa melayu, kerana kesilapan pemimpin-pemimpinya..

Senjaliza said...

Saudara zm.azami, Dipersilakan dengan hormatnya. Terima kasih.

Pengguna said...

pemimpin pkr ramai yang tidak bersedia untuk menjadi pemimpin. That why apabila terlantik jadi pemimpin,mereka menghadapi budaya kejutaan. Pada umumnya ramai dikalangan mereka tidak dapat mengurus impak budaya kejutaan (kerana kebaru-baruan)dan sebagai hela untuk melarikan diri dari impak "kebaru-baruan" atau "kampungan"; mereka memutuskan untuk bermain politik secara tidak beretika sepanjang masa. Menggaggu ketenteramaan adalah hobi mereka dengan memastikan momentum politiking sentiasa berterusan. Pemimpin kling dan pemimpin pelampau dari pkr yang lain sudah ada tanda-tanda dipengakhir permainan wayang kulit kerana satu persatu masalah moral mereka terkeluar kesan daripada perbuatan terkutuk mereka sendiri.