Translate

Monday, June 1, 2009

BILA ENGGANG LALU RANTING PATAH

Untuk Semua..frm: senjaliza

Bila saja kurang 50% pengundi turun mengundi pada pilihanraya DUN Penanti, Barisan Nasional di persalahkan. Biasanya, bila ada rombongan menggunakan bas besar memasuki kawasan pilihanraya, ianya dihalang kerana itu jenayah BN. Di PRK Penanti, bila bus-bus meninggalkan kawasan itu mereka juga dihalang, terutama oleh Angkatan Muda PKR, kerana itu jenayah BN. Bila bayi yang tak bernyawa lagi ditinggalkan berbungkus surat khabar di perhentian bas atau di luar pagar rumah, BN dipersalahkan. Perbuatan Ah Long merantai leher pelanggan mereka yang gagal melunaskan hutang juga salah BN. Bila Pulau Batu Putih terlepas dari milik Malaysia, Salah BN. tidak hantar barisan peguam yang berwibawa. Konon. Cheng Peng tak dibenar balik Malaysia salah BN. Nanti andainya Cheng Peng Balik Malaysia, salah BN. lagi lah pula!. RPK berjaya lepas ke Brisbane, salah BN. Bila RPK kena tangkap di Malaysia salah BN; Bila suami terlupa beli susu anak jua salah BN sebab si suami lalai "minum kopi o di kaki lima". Serba-serbi salah BN. JAHAT sungguh BN ini, barangkali kerana itulah BN mendapat jolokan atau dijolok dengan "Babi Negara!". "Makan politik, minum politik, cakap politik, tidur politik, bernafas politik, bloggingpun politik!! (aah).

Semua ini terjadi adalah kerana politik dan sikap "gila talak", BUKAN kerana prinsip perjuangan yang berlandaskan kepada pegangan hukum Islam atau patriotisma terhadap Malaysia atau Malaysian Malaysia atau 1Malaysia. Tindakan-tindakan seperti itu bagaikan tindakan manusia yang "mengambil alih kuasa Allah subhanawataala, kuasa Tuhan".

Etika "bila ranting patah, engganglah yang lalu" sering tidak menjurus kepada kesefahaman dan keserasian perpaduan yang jitu. Apatah lagi untuk keharmonian dan kesejahteraan ummah, kemakmuran negara, yang sering kita semua impikan. Misi Malaysia ke puncak pentas pembangunan dunia sebagai 1Malaysia sering diketepikan. Tindakan serba serbi menyalakan BN itu adalah tindakan "cari gaduh!".

Apakah "tarbiyah" seperti ini yang kita kehendaki untuk dijadikan asas "pendidikan" ke atas generasi kita agar mampu memenangkan kita dan bakal memberikan kita kuasa. dan menjadikan kita Perdana Menteri? Apakah bentuk negara yang kita kehendaki?

2 comments:

SOLYMONE said...

Liza,
Dalam situasi politik yang kini telah menjadi 'complex', kalau bukan salah Kerajaan yang memerintah (BN); siapa lagi?

Dalam kontek ' Political Governance and its Accountability' ini lah norma nya.
Baik dan buruk nya harus di tanggung.

Atau lebih jelas lagi; satu 'Occupational Hazard' yang mesti dibendung oleh agensi yang diamanahkan untuk memegang kuasa.

Salam

Anonymous said...

Kak Liza, kami tiada cara lagi, kecuali memburuk-burukan BN, semua yang buruk kami kumpulkan dan sesakkan ke dalam guni BN. Bagi kami apa sahaja yang boleh mempengaaruhi rakyat kami gunakan. Misal pengundian di DUN Penanti, pengundi yang keluar mengundi hanya 46.16%, jumlah keseluruhan hanya 6065 pengundi, jika BN ikut bertanding, maka kemungkinan peratusan akan melepasi 82%, kemungkinan kami kalah.