Translate

Thursday, June 4, 2009

Dasar Tutup Pintu, Dasar Tutup Pintu Hati dan Dasar Terbuka: Fasa I

Dasar Tutup Pintu Hati-Kuncinya selalu direbut syaitan supaya kta tidak bisa keluar bagi mencari dan menyibarkan kebenaran.

Dasar Tutup Pintu Negara Cina dalam sejarahnya mengakibatkan beberapa siri Perang Candu yang merugikan negara itu. Sistem Komunisma yang telah membelenggu ekonomi Cina berabad lamanya telah banyak mengajar rakyatnya untuk mengenali erti kemajuan, progress dan determinasi untuk bersaing merebut peluang untuk maju apabila sahaja peluang terbuka dan untuk berjaya.

Bila sistem dan amalan bercorak kapitalis mengalir dalam sistem mereka, mereka telah bersedia malah bagai mendapat ulam setelah pucuk baru sahaja dipetik. Yuppies-Young Urban Professional tumbuh bagai cendawan di musim hujan. Mengiringi kejayaan Cina itu, ialah perubahan dari kekuatan kuasa ketenteraan yang sedia ada bergerak seiring dengan kekuatan ekonomi. Kerana itu Cina mempunyai kuasa veto di Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu-UN.

Negara-Negara maju dan Negara-Negara dunia Ketiga, kecuali yang masih sebok berperang dan berkonfrantasi, bepusu-pusu ke Cina untuk merebut peluang perniagaan untuk kemajuan ekonomi negara dan kemakmuran rakyat mereka.

Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak ke Cina dengan pelbagai misi. Bersama Najib ialah 37 ahli-ahli Perniagaan dari Malaysia. Khabarnya 3 Perjanjian Persefahaman telah ditandatangani. Tentunya dapat menyambung lembaran harapan Malaysia-Cina untuk dapat menambah rancakkan aktiviti ekonomi dan meningkatkan hubungan bilateral.

Siapakah yang perlu risau dan gelabah dengan lawatan Najib ini? Janganlah ada juak-juak politik yang cuba memperkecilkan usaha ini dengan menutup pintu hati mereka dengan mengatakan bahawa Najib sesat di Cina dan tidak berjaya menjejaki tapak kaki ayahndanya.

Kerisauan dan kegelabahan mereka hanya didasari Dasar Tutup Pintu Hati terhadap perjuangan Najib untuk mengembalikan kegemilangan Barisan Nasional dan kegemilangan Negara sebagai negara yang amat pesat membangun di rantau Asia Tenggara. Malaysia mempunyai kelebihan dari segi kedudukan geograpi dan kelebihan sebagai negara yang berkeupayaan menjadi perantara dan mediator hubungan Cina dengan rantau Asia, Asia Barat dan Benua Eropah. Bagi mereka yang mengamal Dasar Tutup Pintu Hati, mereka akan hanya melihat Najib melalui "crystal ball" lalu mengatakan bahawa Najib lari ke Cina kerana takutkan hantu Altantuya atau mencari mentera dan bomoh bagi menghalau hantu itu!. Atau sekurang-kurangnya menganggap lawatan Najib ke Cina hanya buang masa sambil menghabiskan wang rakyat.

Dasar Tutup Pintu Hati telah banyak merobah landskap politik Malaysia. Semua yang dilakukan oleh pihak lain akan dianggap salah walaupun ada kebenarannya. Pihak polis yang menjaga keselamatan digelar anjing kerajaan jika tidak memihak kepadanya dan dianjung sanjung-ada harapan!, cerah masa depan! apabila memberi kerjasama kepadanya kendatipun itu memang tugas, kewajiban dan tanggungjawab polis. Keputusan Badan Kehakiman disanjung dijunjung bila memihak kepadanya dan dianggap zalim dan kejam bila keputusan penghakiman tidak memihak kemahuannya. Inilah salah satu ciri-ciri Dasar Tutup Pintu Hati.

Dasar Terbuka pula banyak menguntungkan Parti Islam Se Malaysia, PAS. Sejarah perjuangan PAS selama lebih 50 tahun berubah dan berubah mengikut kemajuan dan peredaran masa. Sejak PRU12, PAS mengalami innovasi yang menjadikan PAS memiliki "kuasa negosiasi" yang amat kuat berbanding mana-mana parti di Malaysia dalam kontek politik. Bola politik berada di tangan PAS. Kiranya Pakatan Rakyat mengkhianati PAS, Pakatan Rakyat akan jatuh. Kiranya PAS bersama dengan UMNO dan Barisan Nasional, Pakatan Rakyat akan jatuh. Kiranya PAS dapat menawan Melayu UMNO akan jatuh. Kiranya PAS bersatu dengan UMNO dalam Barisan, Pembangkang akan gigit jari. Itulah kuasa negosiasi yang amat besar yang ada dalam tangan PAS yang PAS mesti jaga bagai menatang minyak yang penuh.
.
Katakanlah apa saja kepada PAS, penyokong tegar PAS tidak berubah kerana kesedaran pucuk pimpinanan PAS mengenai Dasar Terbuka sudah meyakinkan mereka bahawa GPA dalam semester (selepas PRU12) ini, PAS sudah yakin akan dapat skor 4 flat. Mereka yakin "bumi Malaysia yang mengandungkan bayi-bayi Islam telah menerima anak-anak itu membesar dengan satu ketabahan yang amat tebal". Bohong kalau ada pihak yang mengatakan bahawa PAS dilanda sindrom "Takut Menang" kerana sebenarnya PAS lebih bersyukur dengan kesyukuran yang lebih dari mana mana pihak yang menyampah PAS.

PAS sudah tidak perlu bertanya lagi soal "apa yang kita dapat?" kerana PAS sendiri tidak pernah bertanya apa yang majoriti rakyat Malaysia ini kehendaki. Dalam kontek politik, apakah mereka condong kepada kerajaan Pakatan? Apakah mereka inginkan kerajaan Kebajikan? atau mereka cinta akan kerajaan Perpaduan? Kiranya mereka kembali bertanya "apa yang meraka dapat", mereka sebenarnya ingin kembali menghampiri Dasar Tutup Pintu Hati.

Berhentilah bertanya "apa yang kami dapat" kerana sesungguhnya apa-apa yang diperuntukkan oleh Allah SWT ke atas kamu tidak akan mampu dirampas oleh pihak lain. Berilah peluang kepada Dasar Terbuka agar semua yang "masuk" dapat dinilai dengan lebih bijaksana. Jangan kita terlalu alpa memungut bebatuan sedang kita terlupa mengambil intan permata.
.
Semoga Muktamar PAS yang ke 55 akan menguatkan lebih lagi Iman dan terus membuka hati mereka memperjuangkan yang hak dan mengalahkan yang bathil. Semoga PAS lebih mengenali antara batu dan permata dan mengenali antara musuh, musyrikin, kafirun dan jamaah. Allahuwallam.

3 comments:

Jeffry said...

PAS RASAKAN MEREKA LEBIH ISLAMIK DR ULAMA ARAB. LEBIH ISLAMIK DR IBNU KHALDUN. LEBIH WARAK DARI ALIM ULAMA ATAU WALI. LEBIH WALI! DARI WALIULLAH!!. MASYALLAH2!!..DUNIA DAH HAMPIR TERBALIK BILA PEMIMPIN PAS DAH MULA RIAK!

Saya Rakyat Malaysia said...

Panjang berul doamu liza. AMIN bersama.

mrakunman said...

Membaca tulisan ini, seolah-olah saudari adalah pengendali Politik PAS dan UMNO.PAS seharusnya tidak perlu bertanya apa yang didapat, kerana perjuangan mereka adalah demi Agama dan bangsa agar supaya sempurna dunia dan akhirat. Akan tetapi, akhir-akhir ini, sifat manusia yang punya nafsu, punya keinginan, ingin menikmati yang enak-enak dan sedap menular ke dalam parti ini, sama dengan parti UMNO yang bermula dengan perjuangan yang sama, sewaktu menuntut kemerdekaan dahulu, akan tetapi kerana kenikmatan kuasa, maka pemimpin UMNO dan ada juga ahlinya terlupa, bahawa perjuangan UMNO itu adalah demi negara, bangsa agar selamat di dunia dan akhirat dikhianati, akbitnya UMNO sekarang terkial-kial menemukan rentak seperti dulu itu. Sekiranya PAS ingin menjadi kuasa politik tanah air, pengalaman UMNO itu perlu dikebelakangkan, agar penyokong tidak tertipu dan senantiasa taat kepada perjuangan.Demi mendapat sokongan ramai, ahli-ahli PAS mula dari sekarang perlu menonjol diri sebagai MANUSIA YANG PATUT DI IKUTI, KERNA SEMPURNA IMANNYA, SEMPURNA BUDI PEKERTINYA, SEMPURNA AKHLAKNYA, SEMPURNA TIDAK TANDUKNYA.