Translate

Wednesday, June 3, 2009

Muktamar ke 55 PAS-Lampu Isyarat Kuning Untuk UMNO.

Lampu Kuning PAS telah lama dinyalakan pada UMNO.
Bilakah lampu merah menyala untuk UMNO memberi jalan kepada PAS?

Muktamar PAS ke 55 telahpun bermula pada 2 Jun dan akan berakhir selepas 4 hari bersidang. Kedudukan peneraju Dewan Pemuda PAS sudahpun diketahui hasil dari keputusan MTB-Menang Tanpa Bertanding. Bagaikan mereka teguh memegang kata ketua-”Bertapa Manisnya hidup” bila menang tanpa tanding. Ustaz Nasruddin Tantawi dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS yang sah manakala jawatan timbalannya disandang oleh Azman Safawi dan Naib Ketua Pemudanya ialah Sabki Yusof. Keputusan Dewan Pemuda PAS ini bagaikan terlalu sinistik jika dibanding dengan Perhimpunan Pemuda UMNO yang lalu.

Muktamar PAS ke 55 ini juga akan mengakhiri polimik kepimpinan ulama-endrogan yang telah sekian lama merobek pertahanan perpaduan dalam kepimpinan PAS. Endrogan memanglah satu istilah yang tidak digemari penyokong tegar PAS kerana ianya dikaitkan dengan corak kepimpinan sekular yang diamalkan di Turki yang di asaskan atas "ad din" oleh Mustapha Kamal Atarturk (MKA).

Dahulu, kepimpinan PAS sendiri telah melebel setengan pemimpin UMNO sebagai Mustapa Kamal Atarturk kerana corak kepimpinan mereka yang bercorak skular mengikut pandangan PAS. Kini PAS diresapi endrogan. Apakah perwakilan muktamar PAS akan menerima dan memilih pemimpin dari kumpulan yang dilebel sebagai endrogan ke dalam pimpinan PAS kali ini?. Keputusan di tangan mereka dan akan diketahui pada akhir Muktamar PAS ini.

PAS, di sudut perkiraan politik hari ini, sudah mula kelihatan mengorak langkah menghindar diri dari unsur-unsur yang mengekangan prestasi tradisinya yang terlalu Konservatif, ekstrim dan takut kehilangan 'Ketulenan keIslamannya'. PAS mula menuju ke gerbang politik konvensional yang lebih terbuka. PAS telah mula mengamalkan konsep liberalisma dengan memberi ruang kepada Kelab Penyokong PAS yang terdiri dari penyokong bukan beragama Islam untuk diberi taraf seperti Dewan Ulama PAS.

Muktamar PAS kali ini membawa gagasan manggantikan UMNO yang dikatakan sedang menderita Sindrom Takut Kalah (STK). Isyarat lampu kuning kepada UMNO telah lama dinyalakan PAS sejak kempen merebut jawatan tertingi dalam Dewan Ulama PAS lagi.

Namun perkiraan PAS mestilah realistik terutama dalam merealisasikan gagasan menggantikan UMNO. PAS mestilah menggunakan piawaian yang bukan alang kepalang. ”PAS bukan untuk semua; Islam juga tidak diterima oleh semua” mengikut piawaian bebas. Sama dengan UMNO. UMNO bukan untuk semua, BN juga bukan untuk semua.

UMNO merupakan tulang belakang dan tunjang dalam Kerajaan Barisan Nasional. Ini jelas. Dengan itu, PAS mesti menjadi tulang belakang dan tunjang dalam sebuah kerajaan sekiranya PAS mahu menjadi substitute yang wajar kepada UMNO. Jelas di mata umum kini, PAS tidak kelihatan atau menonjol sebagai tulang belakang kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, Pulau Pinang maupun di Selangor.

Empat PRK yang diadakan tolak Penanti dan Batang Ai, menunjukkan bahawa sokongan pengundi Melayu mula beralih kepada BN. Kelab penyokong PAS (KPP) juga telah mengeluarkan kenyataan dari analisa kasar mereka bahawa kedudukan peratusan pengundi Beragama Islam khasnya Melayu telah tidak berkembang bahkan merosot. Kerana itu, bagi mereka, perkataan ”I love you” perlu diterjemahkan dengan tindakan segera menerima mereka sebagai ahli PAS yang sah dan berdaftar serta bertaraf seperti yang dirisik dan diramal.

Tiada seorangpun menyangka bahawa TGNA akan takut kepada UMNO bila menerima keahlian KPP dan meletakkan mereka ke kedudukan yang dirancang. Dalam masa yang sama, tidak kurang yang menyangka bahawa amat sukar bagi PAS melaksanakan proses Islamisasi system berkerajaan bila mana berpayung di bawah naugan kerajaan bersama-sama DAP. DAP pernah mengisytiharkan ”over my dead body” mengenai cita-cita Negara Islam PAS dan menolak mentah-mentah ”hukum hudud”. Apakah terlalu sukar bagi PAS ”mengislamkan” UMNO?.

Sejarah tidak berbohong. Amerika menjadi pembekal senjata kepada Iraq, manakala senjata buatan Israel menjadi kekuatan Iran dalam Perang Teluk Iran-Iraq. Iraq pernah dimaafkan Amerika setelah menembak kapal laut Amerika hanya dengan perkataan ”sorry, I was a mistake”. Apabila rundingan damai Iran-Iraq berjaya mewujudkan keamanan di Asia Barat, Amerika menyerang Iraq dan Israel pula mula menunjukkan keghairahan untuk menyerang Iran. Apakah kenyataan sejarah ini dapat ditolak oleh PAS bulat-bulat dalam konteks perkembangan politik tanahair?.

3 comments:

mrakunman said...

Pas perlu mempertahankan status quonya, jika tidak PAS akan sama dengan UMNO.

Jeffry said...

SALAM ZIARAH
PAS BOLEH JADI SEBAHAGIAN DLM UMNO SEPERTI DULU. TANPA APA2 SYARAT YG HARUS DIKENAKAN. JALAN PENYELESAIAN MELALUI RUNDINGAN DAN PENUH KEIKHLASAN

Senjaliza said...

Salam Sdra Jeffry,
Majoriti rakyat Malaysia mengharapkan demikian. Namun masih ramai saudara-saudara yang di sana bertanya "Apa yang kita dapat"? Seolah-olah rezki itu bukan dari Allah SWT. Sebahagian "orang UMNO" juga takut posisi mereka akan diisi orang PAS. Seolah-olah tidak yakin pada ketentuan Illahi. Rakyat bagaimana?

Wassalam.