Translate

Monday, June 1, 2009

Usab Lemahkan Perpaduan Islam Hanya Kerana Fahaman Politik-Muhyiddin

Makan setalam beramai-ramai sudah lama menjadi amalan PAS. Mungkinkah Muhyiddin dapat bersantap dengan pemimpin PAS dengan lebih mesra? Atau PAS lebih sanggup menjamu selera sepinggan dengan Pemimpin DAP?

Pemimpin berbeza fahaman digesa perkukuh persaudaraanMUAR: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta semua pihak, terutama parti politik tidak menjadikan perbezaan fahaman politik sebagai penghalang kepada usaha membangunkan umat Islam. Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana perkembangan mutakhir menyaksikan kedudukan Islam semakin tercabar berikutan perbezaan fahaman politik membabitkan ramai pemimpin Islam.

Sehubungan itu, beliau menggesa pemimpin Islam tanpa mengira fahaman politik bersatu mengukuhkan perpaduan umat Islam di negara ini. "Kita boleh berbeza pandangan politik, tetapi soal pokok bagi menentukan kedudukan Islam tidak tergugat dalam ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan harus menjadi agenda utama kita bersama. "Kini, kita berdepan masalah kerana perbezaan fahaman politik. Saya mengajak seluruh pimpinan Islam bukan saja kerajaan, malah di luar kerajaan mengambil perhatian khusus terhadap perpaduan ummah dan tidak memecah belah perpaduan Islam hanya kerana fahaman politik," katanya.

MORE.....

No comments: