Kerajaan Perpaduan yang tinggal sisa-sisa adalah idea asal TGHH. Sebagai TG berkatalah benar dan terimalah apapun konsekuensi dari idea yang gagal itu. Mengatakan ianya adalah "tomahan, niat jahat dan fitnah orang lain tidak meletakkan keadilan dan keluhuran mahkota di mahligai kebenaran.
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) semalam menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang dicetuskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Pada mesyuarat dua jam yang dihadiri pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP di Pejabat Ketua Pembangkang di bangunan Parlimen di sini, Pakatan Rakyat mendakwa idea itu cuma fitnah, tohmahan jahat serta tindakan terdesak Umno untuk menggugat gabungan pembangkang. (Dari Berita Harian)
Pada mesyuarat dua jam yang dihadiri pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP di Pejabat Ketua Pembangkang di bangunan Parlimen di sini, Pakatan Rakyat mendakwa idea itu cuma fitnah, tohmahan jahat serta tindakan terdesak Umno untuk menggugat gabungan pembangkang. (Dari Berita Harian)
.
Dalam satu sidang akhbar selepas mesyuarat itu Dato Seri Anwar Ibrahim yang disertai oleh pemimpin utama Pakatan Rakyat LKS dan TGHH dan beberapa pemimpin yang lain. DSAI terlalu yakin, seperti yakinnya beliau dengan gagasan 916, bahawa PR akan membentuk kerajaan selepas PRU13. Bermakna harapan untuk merealisaikan "impian Pakatan Rakyat" dan "impian DSAI menjadi Perdana Menteri" hidup kembali atau sekurang-kurangnya bernafas.
Ramalan awal media secara umum melihat cadangan awal Kerajaan Perpaduan hanya mempunyai peluang 50-50 untuk menjadi kenyataan. Apabila TGNA mengeluarkan kenyataan dan disebarluaskan oleh pihak yang cemas mengenai Kerajaan Perpaduan itu, saya melihat peluangnya menjadi tipis dan terlalu sukar direalisikan.
DSAI dan LKS kini menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya impian PKR dan DAP terselamat dari terkubur. PAS adalah penyelamat politik mereka. Sekurang-kurangnya talian hayat mereka bersambung semula. Inilah pengorbanan PAS yang pernah diperkecil, disebut sebagai parti yang BUKAN DOMINAN dalam PR dan Presidennya diugut dan diarah untuk memohon maaf kepada DAP oleh juak-juak DAP.
Kini PAS menjadi peneraju utama "pemegang kuasa negosiasi dalam PR". Kekurang-kurangnya telah memberi amaran keras dan menghantuk baru terngadahkan PKR, dan DAP terutamanya yang sering mudah melepaskan cemuhan kepada PAS dan kepimpinannya. Sekurang-kurangnya PAS dan rakyat tahu bahawa tanpa sokongan PAS, Pakatan Rakyat menjadi tidak lagi "relevant" dalam arena politik Malaysia.
Oleh kerana Kerajaan Perpaduan adalah idea asal pemimpin PAS khasnya TGHH, maka menyalahkan UMNO atau Barisan Nasional bersabit dengan idea itu barangkali akan melantun kembali ke asalnya. "Lempar batu sembunyi tangan" akan menjadi perbuatan yang sukar disembunyikan terutama dalam dunia cyber yang pantas dan ligat berputar kini.
Demi kebenaran, terimalah hakikat dari perlakuan dan tindakan kita sendiri yang mengemukakan idea, yang empunya idea. Bila idea tidak menjadi, menyalahkan orang lain dengan mengatakan itu adalah "tomahan, perbuatan dan fitnah" orang lain, maka keadilan dan keluhuran tidak dapat di mahkotakan di mahligai kebenaran.
3 comments:
PIHAK PEMBANGKANG MENGANGGAP PERPADUAN ITU SATU ANGAN2. YA!..BUAT MASA INI MEREKA DI ATAS PUTARAN RODA..BIARKAN..BIARKAN
Salam,
PAS penakut!
Depa yang offer BN/UMNO combine Kerajaan Perpaduan....Pastu kasi syarat....La ni plak ...belit2...Ni pon kalau org Melayu Muda x sedar..x tau ler nak kata per...nasib ler PM kita bijak...lihat jer apa tujuan sebenar PAS......
tapi rasanya kan....DS Abdul Hadi mmg siyes nak wat kerajaan Perpaduan TETAPI bila dia balik dr London dan bertemu ngan pakatan pembangkang ....rasanya dia kena cucuk2 tu..tu yg dia jd pembelit sama mcm DS2 yg ada especially DS Anwar...ahakks~~~
Hidup UMNO/BN....
p/s sorry ler komen mcm ni....tp sy mmg anti pembangkang...
Post a Comment