Translate

Monday, June 29, 2009

MANEK URAI DAN JUAK-JUAK DAP.



Ketua Juak-juak ini di Manek Urai, DAP, telahpun menegaskan agar Tuan Guru Haji Hadi dan Ustaz Nasa ditegah dari menjejaki Manek Urai sepanjang PRK Manek Urai ini.Inilah sebahagian dari anak muda dan sederhana tua ahli-ahli Kelab Penyokong PAS (KPP) yang diresapkan sebagai ahli istemewa Parti Agama Islam SeMalaysia (PAS).
.
Sejarah awal kewujudan PAS adalah disebabkan oleh, salah satunya, gagasan "pemurnian" yang menentang gagasan Dato Onn Jaafar membuka keahlian UMNO kepada semula kaum termasuk bukan bumiputera. Pada hari ini, PAS melakukan innovasi 360 darjah. PAS menerima keahlian Kelab Penyokong PAS setelah mereka dapat menggoda PAS dengan bisikan "I love you".

Mereka akan memulakan tugasan pertama sebagai ahli-ahli sah PAS di Manek Urai. Mereka sebelum ini sudah menjalani "kursus" di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau. Barangkali ada di kalangan mereka yang sudah menghafal "Hadis" dan "Surah" untuk dilontarkan di Manek Urai.

Ramai penganalisa melihat, mereka ini secara majoriti adalah tidak lebih dari juak-juak DAP dan sebahagiannya jual-juak yang bertopengkan PKR dan berpakaian uniform PAS. Seorang senior kepimpinan PAS pernah mengatakan semasa Muktamar PAS ke 55, bahawa kalo KPP ini pusing maka "rebah kita", rebahlah PAS.

TGNA pernah mengatakan bahawa bisikan "i love you" KPP ini perlu ditangguhkan untuk diterima kerana "PAS takutkan UMNO". Maknanya takutkan innovasi ini dikritik UMNO.
.
Sebenarnya DAP tidak akan mampu menghalang TGHH dan Ustaz Nasa dari mengambil bahagian dalam PRK Manek Urai. Tetapi sekurang-kurang telah memberikan gambaran kepada kita semua bahawa DAP "merasuki" hal Ehwal dalaman PAS dan seolah-olah PAS tidak menyebelahi Presiden dan Timbalan Presiden mereka sendiri semata-mata "takut rebah" dalam politik. Soal prinsip sering diketepikan, pilihanraya yang pernah dianggap PAS sebagai "proses yang tidak Islamik" diutamakan.

Israelpun melakukan kekejaman dan pembunuhan terhadap rakyat Palestine. Amerika tahu dan faham akan kekejam itu. Bila Israel cuba diancam oleh Negara-0negara Islam khasnya Iran, Syria dan Jordan, Amerika pula, masa itu, masa Bush, Cheney dan Condoreza Rice, mula menghantar ancaman kepada dunia bahawa "sebagai negara sahabat karib Amerika akan tetap melindungi Israel" dari mana-mana serangan antarabangsa dalam apa keadaan sekalipun. Amerika beraksi sebagai polis dunia dan penegak "human right" tetapi dalam kontek Israel, Amerika sanggup jadi "penjenayah" dan melanggar bulat-bulat prinsip "human right".

PAS kata tindakan Amerika itu, tindakan "laknatullah". Dalam kontek KPP, Apakah prinsip dan pegangan PAS kini juga sudah berubah selaras dengan ketakutan mereka "untuk rebah"?.

5 comments:

Anonymous said...

Assalamulaikum Tuan,

Di akhbar dan juga media2 alternatif kita sibuk memperkatakan tentang kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO. Nampaknya harapan ini mungkin hanya tinggal mimpi. Namum saya yakin masih ramai orang2 kita yang berdoa agar suatu hari nanti ia akan jadi kenyataan.

Bagaimana pula di kalangan bolggers. Tidak pernah timbulkan cadangan untuk mengadakan muzakharah sesama bloggers. Munkin jika kerajaan perpaduan terlalu jauh untuk di gapai. Kenapa tidak kita mulakan dengan bloggers perpaduan diantara bloggers UMNO dan PAS.

Sekian, buah fikiran saya.

Anonymous said...

Dulu membangunnbersama Islam. Sekarang membangun bersam DAPig
Dulu Melayu di Sanjung Islam di agungkan. Sekarang Melayu di hina Ismalam di pijak. Apa dah jadi dengan PAS

Alizul said...

Saya amat setuju dengan cadangan anon 9:04 pm. Muzakharah antara bloggers Islam mampu mengatasi atau setidak-tidaknya mengurangkan kemelut perbezaan antara orang-orang Islam kita sekarang.

Tetapi seboleh-bolehnya, sebagai langkah permulaan, kita elak atau jauhi dari pertalian politik, maksudnya muzakharah ini berlandaskan Islam semata-mata, bukan UMNO atau PAS. Dengan cara ini, kita boleh mengatasi segala kekangan politik yang memisahkan kita selama ini.

Apa pendapat blogger-blogger Islam lain?

Muallim Adham said...

slm ukhwah semua.. sebenarnya Islam itu syumul.. saya setuju dgn Alizul... tolak ketepi dahulu Pas atau Umno. yg penting Islam d utamakan.. apabila berlaku pertelingkahan, kembali lah ke al-Quran dan Hadis..

lagenda said...

Salam Ziarah..

Saya juga bersetuju dengan pendapat Anon 9:04pm dan Alizul jika muzakarah diadakan antara Bloggers Pro UMNO dan Bloggers Pro PAS setidak-tidaknya ada juga usaha untuk menyatupadukan kembali umat islam dinegara kita yang sudah jelas berpecah .Buanglah sifat ego masing-masing barulah boleh tercapai idea muzakarah bloggers ini.Sekian sekadar pandangan.......