Translate

Friday, July 3, 2009

WHO IS THE BOSS?. AMARAN KEPADA dap.

Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru dari Parti Keadilan Rakyat (PKR),

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zulkifli Nordin: "Jika hendak meneruskan permuafakatan dengan cara ugutan, ia tidak akan bertahan lama, Pakatan akan berpecah. Jadi saya memberi amaran kepada DAP supaya berhati-hati dalam tindakan mereka, ......PKR dan Pas sudah banyak kompromi dalam pelbagai hal dan DAP perlu bersikap sama dalam isu yang dianggap negatif......."Jika hendak meneruskan permuafakatan dengan cara ugutan, ia tidak akan bertahan lama, Pakatan akan berpecah. Jadi saya memberi amaran kepada DAP supaya berhati-hati dalam tindakan mereka," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini semalam.
Siapa Boss dalam Pakatan?....

8 comments:

lebai man said...

Salam.. pecah menunggu belah, bila-bila sahaja akan berlaku. anWAR mencari gam gajah, untuk gam semula

DAP-Sabah said...

DAP patut pun tinggalkan PAS, kerana PAS tidak ikhlas terhadap kaum cina.

CINTA DUNIA said...

Sayang kerana dalam UMNO tidak ada wakil rakyat dan pemimpin sepeti YB Zulkifli Nordon ni.

Taminsari said...

Salam Senja Liza...sampai sekarang saya masih tertanya-tanya apakah yang sebenarnya yang diperjuangkan oleh YB Zulkifli ini? Kalau benar-benar nak memperjuangkan Islam, mengapa masih lagi berkompromi dengan DAP. Seolah-olah beliau sendiri yang menyalahgunakan agama untuk kepentingan politik. Keluar saja dari PR kalau benar-benar nak memperjuangkan Islam dan beliau sendiri tahu yang Nuar Aljuburi Berahi sendiri menolak negara Islam? Tak perlu jadi macam anjing menyalak bukit? Wallahuallam.

Salam perjuangan

Ajin b. Gagah said...

Liza.
Saya setuju dengan pendapat YB. Zulkifli Nordin, "Jika Hendak meneruskan permuafakatan dengan cara ugutan, ia tidak akan bertahan lama."

Walau pun dalam kontek 1Malaysia kita memikirkan suara rakyat Se-Malaysia, namum beberapa faktor sensitif yang sedia ada harus juga di fikirkan oleh DAP ( Chinese/Indian domain parti).
Termasuk Adat istiadat orang-orang Melayu/Bumiputera, tanpa mengira ideologi parti.

Mereka tahu sebenar nya implikasi dari perbuatan atau perangai yang mereka sengajakan melalui provokasi ini.

Tetapi mereka teruskan juga dengan harapan bahawa 'ideologi business' yang mereka tanam setakat ini maseh mengena dan di terima oleh ahli PR, dengan tanpa syarat.

Mereka memikirkan bahawa ahli-ahli PR (termasuk orang-orang Melayu/Bumiputera) yang di ketua oleh Anwar akan melakukan apa sahaja demi untuk tujuan mengambil alih pemerentahan dari BN.

Tetapi, mereka harus ingat 'in the end of the day' orang-orang Melayu/Bumiputera akan sedar juga. Dan akhir nya balik ke pangkal jalan.
Contoh nya pemuda pas-UMNO dah mulai berunding tanpa restu darai PR. Kenapa?

Fikir fikir kan lah

Salam

Unknown said...

falsafah perjuangan DAP sejak ditubuhkan memang tertera dan jelas kepada semua termasuk pemimpin Melayu/Islam PKR dan PAS. DAP tidak ambil kira soal sensitiviti agama dan kaum. Perjuangan semata-mata atas dasar universalisme..mereka tidak ambil kira soal siapa pribumi dan apa itu Hak istimewa Melayu..mereka bersedia jadi pembangkang bertahun-tahun memegang pada prinsip tersebut. maka itu terpulanglah kepada rakan-rakan dalam Pakatan samada memberi DAP ruang atau membiarkan mereka bersendirian dengan prinsip mereka.

Senjaliza said...

Terima kasih rakan-rakan cyber. Saya bersyukur kerana saudara sekalian memberi pandangan seikhlasnya. Saya amat menghargainya. Salam damai semua.

laksmanaRE said...

Saya memang bersetuju dengan YB Zul, muafakat tidak terjalin dengan ugutan. saya dari mula lagi tidak berminat dengan DAP kerana dasar dan perjuangannya, PKR dan PAS yang teraniaya. tetapi harus di ingat ada juga manusia dalam PKR itu yang menjadi talibarut DAP. dalam keadaan ini PAS adalah pilihan terbaik, kenapa lah saudara Zul tidak berada dalam PAS..

PAS pada mulanya lagi tidak perlu untuk bekerjasama dengan PAS kerana asas perjuangan yang berbeza tidak mungkin akan mewujudkan negara yang di perintah oleh parti2 yang mempunyai perjuangan dan matlamat yang amat jauh berbeza. PAS dah teguh dan mempunyai kekuatannya sendiri, jika tidak bersama dgn PKR pun boleh untuk memeruskan perjuangan, saya percaya dengan kebolehan dan kepimpinan saudara mahfuz, sallehuddin, Hassan, Nik Abduh... mereka boleh memacu kekuatan PAS dalam arus politik perdana..

saudara ZUL syabas dan tahniah, teruslah istiqamah atas perjuangan