Jokey Sabung ayam di Afghanistan. Pak-Pak Syeikh ini juga jadi jokey sabung ayam tetapi Negeri mereka dijajah kuasa asing.
Tun Mahathir dan Tun Abdullah, kedua-duanya mantan Perdana Menteri, mengatakan debat politik di pentas terbuka seperti yang diketengahkan TGNA adalah "tidak molek" kerana debat ini mengundang lebih perpecahan dari perpaduan di antara sesama Melayu dan yang beragama Islam. Tun M dan Tun A berpendapat bahawa adalah lebih molek kiranya ia dibincang secara musyawarah atau muzakarah. Menteri info, Dato Seri Utama Rais Yatim juga sependapat dengan Tun M dan Tun A. Debat itu tidak akan membuahkan kesepaduan dan persaudaraan dalam Islam dan bangsa. Malah kebenaran yang dicari pun akan semakin jauh.
Bagimanapun, DSAI awal-awal lagi endose debat ini. Sekurang-kurangnya ia dapat dijadikan satu medan pertentangan antara PAS dan UMNO yang merebakkan perasaan saling membenci antara ahli-ahli parti masing-masing, ahli-ahli PAS dan UMNO. Dengan demikian, ia akan menguntungkan pembangkang yang ingin melihat parti pemerintah yang ditunjangi UMNO ditentang oleh Melayu dan Islam. DSAI lebih senang melihat perpecahaan UMNO-PAS sampai ke tahap berpatah arang berkerat rotan. Kalaupun DSAI tidak mengaku sebagai batu api, pasti ramai sudah melihat kesediaannya jadi "jokey sabung ayam".
6 comments:
Salam,
Inilah PAS bukan nak sebok buat pembangunan,
ashik nk debat, condemn kerajaan, ceramah, janji...dll
1.Betapa moleknya kalau kita dapat berfikir dan seterusnya dapat membezakan antara percaturan politik yang menggunakan sentimen agama atau isu agama atau menjadikan argument agama untuk mencapai objektif kepentingan politik semata-mata.
2.Kerana bagi pendapat dan pengamatan saya, masih ramai dikalangan kita sebagai rumpun melayu yang beragama islam seolah-olah tertipu oleh senario maksud pragraf 1. Senario memberi makna atau maksud kepada sesuatu fenomena yang berbangkit akibat terlalu ramai yang memberi ulasan, tafsiran dan penghujahaan terhadapt sesuatu isu yang terlalu dipolimikkan oleh pelbagai pihak termasuklah penglibatan personal yang berimej kuat yang pendapat mereka boleh mempengaruhi persepsi ahli komuniti terhadap sesuatu isu yang impak akhirnya berjaya mengelirukan sebahagian daripada komuniti orang melayu itu sendiri.
3.Persoalannya!!! Impak daripada kejayaan orang berimej kuat untuk mempengeruhi persepsi komuniti melayu, agenda yang sepatutnya diberi pemokasan jitu sedikit sebanyak telah terabai atau terjejas prestasinya kerana pihak kerajaan terpaksa respon untuk bagi menangai isu yang saya maksud. Sumber terpaksa dialihkan untuk menangani isu-isu yang remeh, membuang masa dan tidak produktif. Sehubungan, saya ada beberapa pertanyaan yang bagi pendapat saya perlu dijawab oleh kita semua. Pertama: SIAPA yang rugi pada akhirnya ?. Pertanyaan KEDUA saya, pada realitinya masyarakat dari komuniti mana yang masih ramai terlalu mundur berbanding dengan komuniti lain seperti dari rakyat malaysia yang berketurunan bangsa cina contonnya. Persoalan saya yang KETIGA. Pada realitinya komuniti dari rumpun bangsa mana yang mewakili warga negara malaysia yang mejoriti menghadapi masalah sosio-ekonomi ? Persoalan KEEMPAT saya. Mana yang sepatutnya menjadi pilihan utama kita ? Berpolimikkah atau memberi tumpuan utama untuk memperjuangkan survival rumpun bangsa kita ? FIKIR-fikirlah !
Salam Ziarah.....
Seorang pemimpin yang bijak memikirkan tentang kemajuan,pembangunan,kesejahteraan rakyat.Bukan macam PAS mereka hanya memikirkan debat yang jelas tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat.Saya setuju sangat jika debat ini tidak diadakan.
Dasar UMNO - pantang dicabar. UMNO lebih suka orang Melayu mengikut arahan mereka tanpa menyoal. UMNO lebih suka orang Melayu menjadi Pak Turut.
Sebab tulah diorang tia suka perdebatan - kalau UMNO dipaksa berdebat, mereka terpaksa pula berfikir. Mereka terpaksa pula mempertahankan keputusan mereka.
Kan senang kalau tiada perdebatan? Boleh buat suka hati saja. Kalau buat salah, tiada orang persoalkan.
Negara-negara maju semuanya membenarkan perdebatan terbuka. Adakah sumber mereka itu terbazir?
Ramai pihak membuat komen bahawa perdebatan membazirkan sumber yang boleh digunakan untuk pembangunan.
Tapi persoalannya ialah, adakah sumber tersebut digunakan untuk pembangunan secara berkesan dan efisien? Kita tidak akan tahu sekiranya kita tidak mempersoalkannya dan berdebat!
Kalau mau kata perdebatan itu membuang masa, maka tidak perlulah syarikat mempersoalkan calon-calon yang ingin mengisi kekosongan mereka. Ambil saja siapa-siapa.
Tidak perlulah ada sesi soal siasat di mahkamah. Biar hakim terus membuat keputusan.
Hakikatnya, perdebatan terbuka amat penting dalam demokrasi. Selagi orang Melayu tidak sedar hakikat ini, selagi itulah mereka akan terus mengeluh nasib mereka.
Salam Ziarah Liza,
Saya tertarik hati dengan saranan Sde. Matrasad. Saya nak tanya dia pasal dia terlalu pro dengan debat.
Apakah abang dan adik atau emak dan bapa sesuai untuk berdebat di pentas terbuka mengenai permasalahan keluarga mereka?
Debat pun kena lihat isu dan kesesuaiannya. Mcm Mat ini tahu hal ehwal negara maju pula!
Jangan emosi sampai merosakkan sistem. Buka Pemikiran luas luas. Jangan berfikiran sempit. Ambil kira positif dan negatifnya. Sabar.
Apa faedah berdebat mengenai isu komunis dan ayahpin? tak ade. Semua tau ayahpin dan komunis digaggalkan oleh kerajaan yang ada. PAS tak buat apa-apa mengenai ajaran sesat ayahpin. Tok guru pun tak sesuai dibawa berdebat di publik. Dia dihormati. Cuma bila ada statmentnya yang mencarut kita semua cuba mau Laundry dan basuh silapnya. Semua bagi alasan itu KIASAN TGNA padahal memang dia cakap akibat rasa marahnya. Kita sayang dia. Tetapi yang silap kita tak kata benar. Malaikat saja yang tak buat silap.
Salam..
Kenapa la UMNO takut sangat nak berdebat?Bukannye suruh masuk gelanggang lawan bertinju.Kita nak mencari kebenaran.Kebenaran hanya dapat dibuktikan melalui hujah dan fakta.Bukan bertujuan nak perpecahan.Jangan asyik fikirkan pembangunan duniawi hingga lupa pembangunan menuju ukhrawi..
Post a Comment