Translate

Thursday, July 2, 2009

DAP: Dulu Tinggalkan Barisan Alternatif Sekarang Tinggalkan Pakatan.

Apakah Politik Pakatan Rakyat berada di ambang senja?

Marah kerajaan negeri: DAP keluar Pakatan Rakyat Kedah
Oleh G. MANIMARAN

KUALA LUMPUR: DAP Kedah memutuskan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat hari ini ekoran tindakan kerajaan negeri itu yang didakwa tidak menyelesaikan siri isu yang wujud sejak selepas pilihan raya umum 2008. Keputusan untuk keluar Pakatan Rakyat Kedah diputuskan oleh DAP sebentar tadi, kata Pengerusi DAP Kedah dan Perlis, Thomas Su ketika dihubungi mStar Online.

"Keluar, kami sudah buat keputusan... ini keputusan mutkamad kami (DAP Kedah)," kata beliau sambil menambah, atas prinsip dan pendirian parti, pihaknya memutuskan tindakan sedemikian. Kata beliau, keputusan itu telah diambil selepas Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) merobohkan rumah sembelihan babi di Kampung Berjaya, Alor Setar petang tadi. Sepasukan anggota penguat kuasa MBAS merobohkan rumah sembelihan babi itu pada pukul 3.30 petang tadi.


Read also...
.
ULASAN SENJALIZA

Apa yang nyata ialah DAP lebih sayang kandang babi di Kedah dari membela rakyat di Kampung Buah Pala , Bukit Gelugur Pulau Pinang. Mereka juga lebih sayang kandang babi dari Pakatan Rakyat Kedah. Walupun hanya satu kerusi DUN, nampaknya semangat lama DAP "kalau menguntungkan" stay kalau "merugikan go" masih diamalkan. Dalam Barisan Alternatif dulu, PAS ditinggalkan apabila DAP mengatakan bahawa keberadaan DAP dalam BA tidak menguntungkan DAP. Kenapa pula PAS di Pulau Pinang masih bertahan? EXCO PAS di Penang hanya dua. Itupun portpolio pencukup korum. Majlis Perbandaran Seberang Prai, Ahli PAS hanya dua orang. NGO diberi 3. DAP 10 dan PKR 9. Namun PAS PASrah. PAS lebih tak penting daripada NGO!!
.
Bila DSAI mengeluarkan kenyataan bahawa "pembangkang akan survive" ini bermakna Pakatan Rakyat kini dilanda Tsunami yang pernah saya katakan bahawa Tsunami Politik bertukar arah. Kini Tsunami Politik membelasah tebing Pakatan Rakyat yang sudah retak menanti belah.
.
Bukankah BENAR bahawa percaturan politk hanyalah antara PAS dan BN khususnya UMNO?. Bila Pemuda UMNO mengadakan perkongsian urusetia Pejabat Pemuda UMNO-PAS, ini menunjukkan Majlis Presiden Pakatan Rakyat memang main "BULLDOZ". Mereka hanya menggagalkan Kerajaan Perpaduan. Tak hairan bila Dr. Wan Azizah sendiri mengatakan bahawa PKR tidak menentang Kerajaan Perpaduan itu.
.
Apakah memangnya DAP sahaja yang menentang Kerajaan Perpaduan itu? dan Benarkah DAP sudah berpuashati dengan memperolehi Pulau Pinang manakala yang apapun pergolakan politik di Malaysia hanyalah "akademik" bagi DAP? Apakah DSAI pula akan bersara politik dan menumpukan seluruh tenaganya mempertahankan Kes Liwatnya?. Atau kini dia sudah insaf dan akan bertaubat (sama seperti kata Karpal Singh) ?.

NOTA:
Andainya saya pencatur utama politik Malaysia, biarkan DS Azizan jadi MB Kedah dan TGHH mengambil alih MB Trangganu yang sering berantakan. Kemudian hidupkan Kerajaan Perpaduan. Akhirmya DAP dan PKR hanya cari "tapak nirwana" yang sesuai.

8 comments:

Anak Lenggong said...

1. Walaupun terdapat perpecahan dikalangan pakatan rakyat..tetapi kita haruslah berwaspada disebabkan ini berkemungkinan salah satu taktik pakatan rakyat untuk mengabui pemikiran rakyat dimanik urai..berkemungkinan disebabkan ketiadaan isu mereka sengaja mewujudkan isu ini untuk memangcing undi orang melayu dengan menyatakan didalam kempen mereka bahawa PAS sanggup kehilangan rakan (DAP) demi untuk memertabatkan agama islam...tetapi bila habis pilihanraya mereka akan bercamtum kembali..so kena berhati-hati dengan permainan politik pakatan rakyat sebab mereka boleh melakukan apa sahaja demi untuk memancing undi.
2. Berani ke PAS nak keluar daripada PR..kebanyak pemimpin mereka gilakan kuasa ....mana mereka berani keluar sebab sekali karpal singh sergah jee dah kecut teloq...

Senjaliza said...

KOMEN DIPETIK DARI BLOG PERISIK RAKYAT

Kata MB Kedah: "Saya tak pernah mengarahkan premis itu dirobohkan apatah lagi itu keperluan mereka, tetapi mereka yang minta tangguh selama sebulan. Saya layan dan beri kerjasama. Saya telah meminta mereka mencari tampat baru dulu tapi mereka bohong, selepas sebulan tiada apa-apa dan sekarang (bila dirobohkan) mereka hendak keluar (dari PR Kedah). Keluarlah kalau DAP Kedah lebih berkuasa dari DAP pusat.

"Saya serahkan kepada PAS pusat dan pimpinan Pakatan Rakyat peringkat Pusat untuk menilai dan menentukan isu ini. Apa yang saya kesal mereka ini main politik apa.....seolah-olah mahu kembalikan kerajaan Kedah kepada depa (BN).

"Dulu semasa berbincang mengenai kerajaan perpaduan dengan Umno mereka kacau, sekarang pun kita sepakat dalam Pakatan Rakyat pun depa (mereka) kacau,” katanya.

Senjaliza said...

TAMBAHAN:
Sebelum itu, pada jam 3.30 petang petugas Majlis Bandaraya Alor Star menjalankan operasi merobohkan pusat penyembelihan tersebut. Berikutan itu, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su dan penyokongnya cuba menghalang operasi tersebut tetapi tidak berjaya.

DAP negeri kemudiannya mengadakan satu mesyuarat tergempar untuk membincangkan insiden tersebut. Dan pada kira-kira jam 5 petang semalam, Thomas mengumumkan keputusdan DAP Kedah/Perlis untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

Senjaliza said...

TAMBAHAN:-
Azizan pula memberi reaksi balas dengan menyifatkan tindakan DAP negeri itu sebagai mengatasi keputusan pucuk pimpinan mereka sendiri.

Beliau berkata, senario politik di Kedah tidak sama dengan negeri lain kerana budaya masyarakat dan isu tempatan adalah berbeza.

"Apa DAP mahu saya tidak faham. DAP selalu cakap semua rakyat harus menghormati undang-undang tetapi dalam masa yang sama DAP cuba membela pihak yang melanggar undang-undang," katanya merujuk kepada sebuah pusat penyembelihan babi tanpa lesen di Kampung Berjaya di sini yang diarah dirobohkan oleh kerajaan negeri.

d 4 dahlia said...

owh sgguh lantang cik senja liza bbicara ttg politik..kagum2..teruskan perjuangn yg belum slesai..suke jugak sy ikut perkembangn politik ni.hehe..

Senjaliza said...

Thank You d4 Dahlia. Have a wonderful day.

Anonymous said...

anwar PEMBOHONG.....KAKI PEMBELIT....

BERSUMPAH KONON TAK NAK LAWAN TUN

GHAFAR BABA MASA PERHIMPUNAN

AGUNG

UMNO 1993...FINALLY SINGKIRKAN TUN

GHABAR BABA DENGAN 135 PENCALONAN

DARI 142 BAHAGIAN UMNO SEDANGKAN

TUN GHAFAR CUMA 7 PENCALONAN...

(TIMBALAN PRESIDEN)

PERSOALANYA SIAPA YANG PELOPOR

KEPADA POLITIK WANG DALAM UMNO,

MACAM MANA ANWAR BOLEH DPT

135 PENCALONAN DALAM KALAU TAK

RASUAH SEDANGKAN LAWANNYA

TUN GHAFAR BABA BUKAN KERDIL...

Anonymous said...

ANWAR PEMBOHONG...PEMBELIT

MUNAFIK.....