Translate

Tuesday, June 9, 2009

KES SITI HAJAR: PENDERAAN YANG MELAMPAUI BATAS KEMANUSIAAN

Akibat Penderaan Majikan Keji dan Unggun Api Nerhaka . Dasar Jenis Iblis yang tidak berperikemanusiaan.
.
Ketahuilah oleh anda sekelian akan kekejaman yang melampaui batas ini (Berita Harian dan Harian Metro Link di hujung posting ini). Lebih dasyat dari tindakan Komunis dan Ah Long. Kerajaan mestilah bertindak dan melakukan sesuatu dengan agresif dan pantas. Kes seperti ini adalah kes berulang. Dewan Muslimah PAS juga harus bersuara dan mendesak kerajaan agar hukuman yang lebih setimpal dikenakan. Ini hanyalah "tip of iceberg". Mahukah majikan ini disimbah dengan air panas setimpal dengan perbuatannya? Jelas sikap majikan ini lebih hina dari sikap binatang.

“Selain diseksa, Siti juga diberi makan
nasi kosong dan lauk daging babi".

Dewan Muslimat PAS, Wanita UMNO dan Puteri UMNO harus bertindak dan membela kebenaran kepada ummah yang ditindas. Ini adalah penghinaan kepada mangsa sebagai wanita dan berugama Islam. Kalau umat Islam ditindas di bumi Iraq dan Palestin, kita bersuara. Kezaliman berlaku di depan mata kita, kenapa kita harus diam? Kendatipun apa agamanya dia perlu dibela atas dasar kemanusiaan, hak dan kebenaran. Pemuda PAS dan Pemuda UMNO harus melakukan sesuatu bagi membantu mangsa ini. INGAT, Teresa Kok (DAP), pernah membawa kes "Ketuk Ketapi" ke Parliment sedikit masa lalu sehingga Menteri Luar Malaysia terpaksa memohon maaf walaupun individu yang dimaksudkan akhirnya diketahui bukan warga Cina. Apakah kamu tidak berhak membela nasib mangsa yang malang ini?

Senjaliza akan membuka mata dan telinga mengikuti perkembangan kes penderaan ini.

Melecur disimbah air panas
Oleh Petah Wazzan Iskandar mailto:Iskandarwazzan@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Lima tahun selepas negara dikejutkan kes penderaan Nirmala Bonat, semalam seorang lagi pembantu rumah warga Indonesia yang didera kejam dengan muka dan badannya penuh kesan melecur, berkudis, bernanah serta luka dipercayai akibat disimbah air panas oleh majikannya, berjaya menyelamatkan diri. Siti Hajar, 33, dari Jawa Barat ditemui dalam keadaan lemah dan kesan kecederaan oleh seorang pemandu teksi berdekatan rumah majikannya di sebuah kondominium mewah di Mont Kiara di sini, kira-kira jam 8.30 pagi sebelum menghantarnya ke Kedutaan Besar Indonesia. Siti memberitahu pegawai kedutaannya, dia didera majikannya, seorang ibu tunggal beranak dua berusia 44 tahun sejak mula bekerja dengannya pada 2006.

Majikan Siti yang datang ke kedutaan selepas diajak berbincang mengenai kes itu juga dikatakan mengaku melakukan penderaan, termasuk menyimbah air panas ke muka dan badannya. Pihak kedutaan kemudian menyerahkan wanita itu kepada polis. Bercakap pada sidang media di sini, malam tadi, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Tan Sri Da’i Bachtiar, menyifatkan perbuatan majikan itu amat kejam dan mahu pihak berkuasa Malaysia mengambil tindakan undang-undang serta menghukum mereka yang melakukan tindakan tidak berperikemanusiaan itu.

“Kami terkejut melihat dengan keadaan Siti dan terus menghubungi majikannya untuk mendapatkan kepastian. “Majikannya tiba dua jam kemudian dan hasil perbincangan dengannya, wanita itu mengaku mendera Siti menggunakan air panas dan memukulnya, malah gajinya RM500 sebulan juga tidak pernah dibayar selama tiga tahun. “Selain diseksa, Siti juga diberi makan nasi kosong dan lauk daging babi.

Selanjutnya:......
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20090609011331/Article/index_html
http://www.hmetro.com.my/Tuesday/BeritaUtama/20090608233937/Article/index_html

UPDATE:

Selasa Jun 9, 2009
Majikan direman lima hari bantu siasatan kes dera amah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan reman selama lima hari bermula hari ini terhadap seorang wanita (Cina) berusia 43 tahun bagi membantu siasatan polis berhubung kes seorang majikan mendera amahnya di Lanai Kiara Kondominium, Mount Kiara semalam. Perintah reman terhadap ibu tunggal kepada dua anak itu dikeluarkan oleh Majistret Hafiza Sauni pada 10 pagi. Wanita itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan didenda dan sebatan jika sabit kesalahan.

NOTA:

Sebaiknya penjenayah yang tidak berhati perut ini juga dikenakan hukuman "membayar ganti rugi" yang setimpal dengan penyeksaan yang dilakukannya plus kos rawatan mengembalikan tahap kesihatan yang baik kepada mangsanya.

Apa kata anda jika dia dihukum dengan menyimbah air panas ke mukanya dan tubuh badannya sehingga melecur seperti yang dilakukannya terhadap Siti Hajar?

Update 12 June

Susilo telefon Siti Hajar. Siti Hajar dalam nada sebak menyatakan kepada Presiden: ''Walaupun badan saya sudah 'hancur', terima kasih kepada semua pihak terutama pemerintah Indonesia yang banyak membantu dan melindungi saya."

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0612&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm

21 comments:

lalink7 said...

Semoga tindakan kepada pendera-pendera yang tak berperikemanusiaan ini menerima hukuman yang setimpal..
sedangkan haiwan sayangkan anak..

Senjaliza said...

Terima Kasih Lalink7.
Membaca berita inipun sudah cukup membuat saya menitis airmata. Zalim betul.

PAKCIK said...

SI TER-ASS-A COCK tu hanya bawa kes tu bila cina kena dera. tapi kalu cina dera orang lain..tak ape..

harap orang yg mendera orang di dikenakan hukuman dera kurung bawah tanah. diikat dengan rantai macam anjing.

lagenda said...

Ada lagi manusia jenis macam ni ye pada zaman sekarang .Semoga pemimpin kita tidak tutup mata dalam hal ini dan ambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap pendera ini

pa'loi said...

Salam,

Dulu Nirmala Bonat, sebelum tu tak tau ape name yg dorg buat mcm anjing, disuruh tidur dlm pondok kecil, kencing dalam plastik,

mmg bangsa pendatang sial.. kita tgk sp dulu nak bw kes ni ke parlimen.

saiful

Senjaliza said...

Kerajaan perlu memikirkan hukuman lebih berat kepada pesalah dalam kes begini. Bagaimana hukuman penjara, gantirugi dan sebat?

lebai man said...

Masaalah, teruknya perbuatan majikan cina tu. Patut majikan tu dihukum gantung, ini jenyah besar. Di gesa ketua polis negara dan peguam negara segerakan pedakwaan ke mahkamah. Tak perlu berlengah lagi. Majikan cina tu tidak perlu di muka bumi malaysia. Mana Elizabeth wong, ronnie liu, Tian Chua, kenapa tak bersuara, mentang-mentang melibatkan islam,kebetulan orang idonesia maka mereka-mereka ini diam je. Wahai saudara-saudara, lihatlah double standard rakan-rakan kita ini. Dasar sifat menumpang, sebangsa saja yang dibela. mungkin Majikan ni jadi Hero seperti kugan!

Anonymous said...

INI MESTI KERJA ORANG DAP.
INI MESTI KERJA ORANG DAP.
INI MESTI KERJA ORANG DAP.

Anonymous said...

Betul.Ini kerja DAp. cek pasti orang DAP.Sifat orang DAP memang ganas. Mana lim kit siang,mana lim guan Eng, mana isteri lim guan eng, mana karpal singh.Kalau majikan cina ni di hadap kan ke mahkamah, pasti Karpal dan anaknya goben jadi peguamnya. pastiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Anonymous said...

Mohon jangan beri bail( jaminan),mohon bicara minggu ini juga,mohon dakwa yang bolih penjara seumur hidup.Kes ini bolih jejas hubungan Indon Msia lebih dari Ambalat atau Manohara !
Duka cita ade manusia warga Msia.
Arjuna Waspada.

Desperado said...

Astaga....mohon dipercepatkan jatuhkan hukuman ke atas dajjal yang mendajjalkan perempuan tersebut!

Desperado
http://pilihan-anda.blogspot.com

YANG GAMBI said...

Kebanyakan majikan di Malaysia yang bersikap binatang datang dari kaum Cina. Kalaulah DAP benar-benar dapat berkuasa di Malaysia, apa akan jadi pada genarasi Melayu akan datang.

Teresa koh-kok hanya tahu nak mengubah minda dan akidah umat Islam sahaja.

Johor Antique Strores said...

lebaiman,
saya sangat sangat bersetuju dengan anda.saya baru selesai berbahas dengan blogger2 indo tentang kes manohara.kes manohara agak mudah untuk saya terangkan.bolger2 indo akan merayap dan meninggalkan komen di blog kita.mohon saudara2 semua bertindak bijak dan berilmiah bila membalas komen2 mereka.ini adalah ada pekara pekara yang mereka tidak fahami tentang budaya kita kerana mereka mereka menggangap terma bangsa malaysia adalah serupa dengan terma bangsa indonesia jadi mereka akan menganggap ini ialah perbuatan bangsa melayu juga.itu ssebab mereka mengatakan orang malaysia adalah sombong dan kejam padahal bukan bangsa peribumi yang melakukan tindakan binatang ini.
anon 7.35 ialah perayau dari indo.
senjalisa,saya akan link artikel ini ke blog saya.terimakasih
telagi.blogspot

SUARA RAKYAT said...

2 tahun lalu, Nirmala Binot diseksa majikannya. Mahkamah sudahpun menjatuhkan hukuman 18 bulan penjara. Sekarang masalah serupa muncul lagi, untuk bangsa yang sama, sama ada si amah atau majikan. kerana nila setitik maka rosak susu sebelanga, kerana seekor kerbau membawa lumpur semua terpalit. Bertambah lagilah masalah kita dengan negara jiran besar itu. Isu Manohara, isu Ambalat belum reda, ditambah lagi, pemasalahan tidak berperikemanusiaan ini. Rakyat negara kita dahulu tidak biasa dengan memperkerja amah, akan tetapi negara jiran kita memberi peluang kepada rakyat mereka berkerja sebagai amah, maka kita menyambut peluang itu. Namun, manusia menolong manusia untuk meringankan beban kita, kita pula mengambil peluang menyeksa mereka. Inilah tanda-tanda bahawa keruntuhan nilai-nilai kemanusian itu telah hancur dan sedang bermaharajalela di negara kita. Ikuti tulisan saya mengenai ini di musramrakunman.blogspot.com

Anonymous said...

Jahanam punya majikan. Periksa STATUS KEWARGANEGARAANNYA. Barangkali mejikan ini Pendatang Haram. Haramjadah punya babi.

SUARA RUMPUN BUMIPUTERA said...

Petanda yang cukup jelas bahwa jenis spesis yang dimaksudkan perlu dimanusiakan kembali mengikut acuan sebagaimana konsep 1Malaysia yang telah dimaklumkan oleh YAB Dato' Seri Mohd. Najip Tun Razak kepada kita semua sebagai warga negara Malaysia. Kegagalan pihak kerajaan untuk menagani isu kemanusian yang hampir menyamai apa yang telah berlaku di Kosovo akan menambah burukkan lagi persepsi sesetengan ahli komuniti tertentu terhadap imej pihak Kerajaan.

Anonymous said...

yarabi ... ape ke bodoh giler manusia yang mendera orang gaji nie... hish! mmg dasar kepale otak yahudi betul manusia tu .. alamak .. nak komen tak best lak .. ade jer orang membebel kat telinga... kite yg takde kaitan terpaksa mendengar plak .. hishshhhh!

Anonymous said...

Salam pemilik blog..

saya masih lagi menunggu Sassy MP membuat kenyataan... termasuk juga MP titiwangsa yang kononnya terlalu sensitif hak-hak wanita... setakat ini mereka mendiamkan diri... kerana apa.. tidak nampak akan mendatangkan faedah kepada mereka... tambahan lagi penderanya dtg dari kaum pendatang... sudah byk kali mereka2 ini cuba memalukan negara dengan isu2 yang sensitif... tindakan ini cuba melaga-lagakan kedua2 negara.. cuba buka blog-blog di indonesia yng mmg anti malaysia... tidak cukup sumpah seranah dihamburkan pada Malaysia... konon-kononya kita meniru mereka dlm byk perkara.. lupakan mereka bahawa kita serumpun... adat dan budaya tidak byk berubah.. cuba bandingkan dengan rakan di brunei.. tentu lebih kurang sama... tapi mereka sengaja mencari isu supaya negara bertelagah... jgn bandingkan negara pulau kecil di hujung semenanjung... mereka lebih amerika dari amerika... tak hiraukan negara jiran...

Saya berdoa majikan ini menerima balasan yang setimpal dengannya .. jgn pula ada yang membela.. yang salah tetap salah...

Anonymous said...

Gambaran bagaimana majikan Cina menindas orang jika ada peluang.

faktanya: mengapa majikan cina yg paling kerap mengenakan rumpun Melayu??

oster said...

Haha ni lah dasar orang kurang berfikir.

Tiba-tiba jadi isu perkauman pula.

Saudara sekalian marah tak kalau ada mat rempit jahat, pastu semua orang salahkan orang Melayu?

Kan bodoh tu?

Samalah korang.

Anonymous said...

Ari ni ,Jakarta umum tiada lagi pembantu rumah baru akan di benar kerja di malaysia.
Akibat nya :1.Yang suda berada di malsia 300,000 orang mesti dapat naik gaji.
2.Pembantu rumah dari benua cina akan di benar masuk.
3.dan PATI Indon akan bertambah masuk ikut bot pancung.
4.1.8 warga negara Indonesia yang berade di Malaysia termsuk 700,000 yang tak izin semua akan buat tuntutan mintak naik gaji.
Ramalan aje...
arjuna waspada.