Translate

Sunday, July 5, 2009

AYAM PUN MARAHKAN DAP!

"Ayam sudah mula mengamuk dengan dap. Kotak rabak bendera dap dipatuknya!"
Ayampun sudah mula marahkan dap. Hanya kerana rumah penyembelihan babi di Kedah ditutup dan dirobohkan, dap macam mengalami dunia kiamat. Pada saat-saat dunia memerangi penyakit selesama babi, dap menunjukkan sikap semacam semakin aktif memelihara babi. Dulu bila ada selesma ayam, ayam-ayam ditangkap dan dimusnahkan hidup-hidup. Kali ini, selesama babi melanda, babi pula tidak ditangkap dan tidak dimusnahkan hidup-hidup. Ayam merasa macam tidak adil bagi speciesnya. Tidak adil sebab ayam pernah dikubur, dibakar dan dimusnahkan hidup-hidup berbagai cara macam kisah holucos. Ayam marah pada dap sebab bila ayam dulu dimusnahkan, dap tidakpun bersuara. dap tidakpun keluar pakatan.
.
Ayam bertindak mematuk lambang dap sehingga berlubang-lubang. Koyak rabak. Ayam marah sungguh. Ayam mengamuk kerana dulu bila ada selesma ayam, daging-daging ayam tidak dimakan. Ayam-ayam tidak laku. Malah tahi ayam lebih laris dibuat baja dari daging ayam. Ayam marah bukan alang kepalang. Koyak rabak, berlubang bendera dap dipatuknya. Dalam masa kes selesma babi menggila, daging babi masih tetap dimakan. Ayam bertanya "kenapa dulu, semasa selesma ayam merebak, daging ayam tidak dimakan". Dulu semasa wabak selesma ayam merebak, KFC menurun hasil jualannya. Ayam marah betul, betul-betul marah. Amarah ayam sampai mahu membawa kes ke WTO, PBB, menuntut keadilan.

5 comments:

Anonymous said...

SLM SL..AYAM DAN BABI X BLH BERCAMPUR GAUL. NANTI JD MENATANG N.AJIS PULAK HEHEHE. TP KLU DAP BERGAUL DGN PAS..PAS PUN TERKENA SELSEMA B*B* DAP..LG PARAHH!!

Anak X-PKR said...

DAP ada jual ayam juga!. Macam-macam ayam yang mereka lindungi. Ronnie Liu tahu ayam-ayam ini.

SABAHKITA said...

Salam Ziarah SL
Ayam pandai marah kee?. Ayam apa nie? Demikianlah bila ketidakpuas hatian rakyat terhadap tindak tanduk dap yang keterlaluan- mementingkan kaumnya sahaja. Dulu suara azan dibantah. Konon bising. Masyarakat perlu tahu kenapa hal ini berlaku? Ini adalah kerana darjah tolak ansur dan toleransi sudah terlalu menurun kerana politik. Bila politiknya lemah yakinlah pihak ini tidak akan bersikap seperti bertaring panjang ini. Dia pasti mengampu. Dia kini angkuh kerana wangnya dan dibela oleh sesetengan kita.Tunggu dan lihatlah samapi mana kesombongan itu berakhir.

BATANGAN BARU LAGOON: Arizal KHS - 016-8102913 said...

e-Salam.
Kalau DAP yang memang selalu pelihara "ayam, anak ayam dan ibu ayam" kena marah oleh ayam, ini kes nayah sudah. Siapa lagi yang tak marah dap ini? barangkali dap saja yang tak marah dap!

Ajin b. Gagah said...

Salam Liza,
Sdra Sabah kita, walau pun dalam gambar nampak besar, namun saya percaya di sebalik nya ada lah ayam 'seramah' atau pun ayam katek.

Ayam-ayam yang jangi, pasti nya sudah tiada lagi untuk menunjuk perasaan yang marah.

Kebanyakan nya; sama ada sudah di jual di pasar atau pun saperti yang liza kata " dimusnahkan hidup-hidup" ketika merebak nya 'chicken flu' tempuh hari.

Soal ada hubung kait nya dengan DAP, kamu berdua ada lah lebih arif dan pasti tahu jawapan nya.

Salam dan mohon mengundur diri