Translate

Thursday, October 29, 2009

PAKEJ UNTUK PAKATAN RAKYAT.


Pakej ini dikatakan adalah kejutan yang bakal dikirim dari Sabah. Ia kemungkinan mengandungi bahan bahan "Harapan Baru Untuk Rakyat Malaysia Di Sabah yang musnah" di Bumi Di Bawah Bayu.

Awal hari ini berita mengenai seorang ADUN Pakatan Rakyat dari PKR meninggalkan parti itu dan bertindak menjadi ahli yang berhormat "Bebas" Mesra Barisan Nasional berlegar di udara Cyber. ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah meninggalkan parti itu setelah didesak ketuanya, Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim untuk menjawab surat tunjuk sebab. Kandungan surat tunjuk sebab dikaitkan dengan "non performace" yang konon dituduh oleh pihak MB Selangor itu.

Cakap-cakap di luar dan di dunia cyber mengatakan bahawa ADUN Pelabuhan Klang itu mula bertindak sekutu dengan kumpulan Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor yang tidak berpuas hati dengan cara dan style MB Selangor itu "berkerajaan". MB itu juga mendesak supaya ADUN itu meletakkan jawatannya supaya PRK dapat diadakan. Sebenarnya berita mengenai ADUN meninggalkan PKR ini sudah lama diudarakan di dunia cyber. Tetapi ianya hanya bertiup sepoi-sepoi.

Dengan tindakan ADUN Pelabuhan Klang itu keluar dari PKR maka hilanglah hak MB Selangor untuk mengkotak katiknya. PRK pun bukanlah hak MB itu untuk mengadakannya.

Walaupun kemelut ini berlaku dalam rumah Parti KeADILan Rakyat, namun ombak kemelut ini melimpah memenuhi ruang Pakatan Rakyat.

Di Sabah, tindakan Dr. Jeffrey Kitingan dan Christina Liew pasti akan disusuli kejutan. Ada terdengar keluhan bahawa mereka berdua dituduh merancang untuk meninggalkan PKR sebelum ini dan akan bersama "Parti Lain" di Sabah. Namun ini tidak patut menjadi sandaran pucuk pimpinan PKR. Berita sedemikian  mungkin berupa fitnah dan perlu usul perisa. Tetapi kalau semenangnya hanya sekadar mencari alasan maka cukup memadahilah sebagai strategi mengenepikan Jeffrey dan Christina.

Sebagai pemimpin senior dalam PKR Sabah, Jeffrey dan Christina, sudah pasti mempunyai penyokong-penyokong mereka yang merasa tergamam dan terhiris. Ibu Christina terutamanya. Khabarnya mereka sedang giat mengumpul dan membungkus pakej yang bakal dihantar kembali ke pucuk pimpinan PKR Pusat.

Sebagai ahli komponen PR, pakej kepada PKR ini pastinya sarat mengandung dengan serpihan-serpihan harapan untuk rakyat Malaysia di Sabah yang  bakal dikongsi bersama Pakatan Rakyat. Bak kata Jeffrey " kasi balik saja di KL lah".. Kita akan tunggu pakej ini dibuka untuk melihatnya isinya dengan terang dan nyata.

Sungguh tak sangka, rupanya "Harapan Baru Untuk Malaysia" itu rupanya adalah juga "perishable goods"!!!

IKUTI JUGA CERITA INI...
http://warisan2057.blogspot.com/2009/10/adun-pkr-pelabuhan-kelang-istihar-bebas.html
http://www.sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=2546:pkr-pedalaman-bergolak-bantah-thamrin&catid=37:politik&Itemid=41
http://www.sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=2544:jeffry-resigns-as-anwar-tries-to-untangle-sabah&catid=37:politik&Itemid=41

2 comments:

Anak X-PKR said...

DSAI mencuba sedaya upaya memujuk Jeffrey yang telag "cedera" namun Jeffrey sukar memujuk hatinya. DSAI menalipon Jeffrey..Apa kata Jeffrey.."LOW BATTTT" SEPERTI BERIKUT:-(anda tentu faham skill low batt...)
Asked why he didn't pick up Anwar's calls, Jeffrey said that the battery was ‘running low’ on his mobile phone and he could have been charging it at the time.

BEBAS MESRA BN said...

Ini sebahagian ungkapan Dr. Jeffrey:-

“I told Bong to tell Anwar that it's too late. I have already burnt my bridges,” - Jeffrey.

“Anwar himself has not been in contact with me for some time,” said Jeffrey. “We are no longer going to be used by these people (in Kuala Lumpur) for their own politics.

Apa pula kata Anwar Aljuburi?