Translate

Friday, January 29, 2010

"SAMPAH UMNO"

 
Antara Dt. Zaid Ibrahin dan YB Zulkifli Noordin-Kos Melepas.. Siapa yang akan dilepaskan?

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin, yang menghadapi tindakan desiplin partinya semalam mencabar Datuk Zaid Ibrahim supaya keluar daripada Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan parti itu yang tidak memecat YB Zul. YB. Zul malah bertindak balas dengan menganggap Zaid sebagai ‘sampah Umno, bekas liabiliti UMNO dan kini menjadi liabiliti PKR.

YB Zul, Betullah t. Ingat, X-gratia?

Masalahanya Datuk Zaid Ibrahin tu Pengerusi, Penaja Pakatan Rakyat Malaysia! Lagipun orang DAP suke sakan dengan species ZI nie. Senang DAP ajak berunding. Apa-apapun dia rujuk "Buku Undang Undang". Hatta mengenai hukum hakam Agama Islam sekalipun dia pakai "buku Undang Undang"!

Alahai, ZI mengutuk kepimpinan parti?

Ini kegemaran Zaid. Dalam UMNO dulu dia kutuk Tan Sri Muhyiddin Yassin, Kutuk Tun Dr. Mahathir malah dia juga pernah kutuk TGNA, Kit Siang, DSAI. Kata kawan saya ZI kalo nak kutuk, buatpe kutuk yang kecik-kecik. No Challange!!?

Nampak gayanya ada masalah "kos melepas" dalam Pakatan Rakyat. DAP suka Zaid, sebab dia bole kutu "MELAYU" kerana diapun Anak Melayu Juga". Dia berguna untuk kutuk Melayu. Itu yang DAP suka sangat dengan ZI ni! PAS kalo terpaksa juga memilih, Zaid out 110% sebab ZI pernah kutuk Mursyidur Am PAS, TGNA.

Now, yang masalah besar ni PKR. PKR kalo membuat pilihan masalah besar! besarrr. Ditelan pahit dibuang sayang, ditelan mati emak diluah mati bapak!. Zaid Pengerusi Penaja Pakatan Rakyat. Yang sambut Zi dalam Pakatan Rakyat pula, DSAI sendiri. Dia sambut sampah kee? DAP pasti desak DSAI supaya jangan buang ZI sebab "Diapun Anak Melayu Juga". DAP memang tak mahu YB Zul sebab dia macam UMNO!! DSAI pula , walaupun terlajak kata dengan YB Zul, dia kena 'toleh belakang". YB Zul bekas ahli penguambelanya dalam kes Liwat 1. Jika Zul menyeberang ke perahu kerajaan; habis, hancur, lenyap, musnah, luluh, berkecai, koyak rabak punah etc peluang dan harapan DSAI mempertahankan Kes Liwat II. Pasti ada 'breaking news" yang dibongkar YB Zul...masalah! masalah!

NOW, kita kena tunggu sebab DSAI ada "skill" menarik bulu dari tepung. Tapi nampak gaya YB Zul tidak akan berdiam dan tiada siapa yang dapat "zipppp" mulutnya. Dia tahu "freedom and liberty"nya sebagai manusia merdeka. YB Zul juga tahu kenapa berlakunya "Gerakan Jomm Tinggalkan PKR".. Kita tunggulah..

-noreen PJ

2 comments:

PUTRA MERDEKA said...

salam,
pembangkang sedang menyanjung ketuanan cina dan india sementara ketuanan melayu adalah rasis!
DAP adalah tuhan politik mereka

Anonymous said...

Seingat saya dulu...., sebelum ZI ni jadi menteri, dia ni ketua bahagian UMNO Kota Bharu, Kelantan.

Dia ni pernah nak saman Kerajaan PAS Kelantan kerana hajat PAS masa tu nak buat hukum Hudud ket Kelantan. Sekarang dia orang kuat PKR, yang jadi partner PAS...

Boleh kah ular sawa sama ular tedung selar tnggal dalam raga sama?

Belasah jer ler...