Translate

Friday, January 29, 2010

UJIAN kepada kematangan Exco Sayap Pemuda UMNO.

Era Kemenangan Khairy Jamaluddin Sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Pemimpin Datang dan pergi, jatuh dan bangun. Mereka yang meninggalkan perjuangannya tanpa bangun semula tidak lebih dari manusia pengecut.

Sudah ramai yang meramalkan bahawa tidak mudah bagi Khairy Jamaluddin untuk memandu Sayap Pemuda UMNO setelah peralihan kuasa antara Tun Paklah dengan DS Najib Tun Razak. Khairy lebih faham dan mengerti keadaan itu. Khairy sudahpun berusaha untuk memadam "peristiwa silam" dalam era Pak Lah sebagai Bapa Mertuanya tetapi seperti biasa "jerat tidak mudah melupakan pelandok".

Krisis Kepimpinan Sayap Pemuda Pemuda UMNO yang terkini [ikuti di sini] merupakan ujian kematangan dan tahap kesetiaan dan kesediaan EXCO Pemuda menjunjung Perlembagaan Parti dan Perjuangan Parti. Pemimpin datang dan pergi. Ada juga yang kembali  berjuang sekali lagi. Selangkah anda memasuki gelanggang politik, sukar untuk anda keluar walau seinci.

Rasanya Khairy Jamaluddin, seorang yang educated, perlu menunjukkan kesetiaan dan kematangannya. Kata orang "jika terlalu cepat dan tinggi kita naik, pedih rasanya jika kita jatuh kerana ianya juga terlalu cepat. "The bigger  you're the harder you fall". Pejuang yang jatuh dan berdiri semula dengan berjaya mengangkat semula perjuangannya adalah pejuang besar. Tetapi mereka yang terus melupakan perjuangannya tanpa bangun semula adalah manusia yang pengecut. Fikir-fikirkanlah.

Related:
1.Demi-UMNO KJ-wajib-berundur.
2.AKHIRNYA EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA MENJADI ANAK JANTAN YANG BERANI!  

3 comments:

Pemerhati said...

Jangan cakaplah pasal kematangan Exco Sayap Pemuda UMNO!
Apa yg berlaku adalah mudah sahaja.
KJ telah dilantik oleh delegasi Pemuda dgn janji2 utk memberi projek2 kpd Pemuda bila dia menjadi Menteri atau Timbalan Menteri.
Sekarang KJ tidak dapat jadi Menteri atau pun Timbalan Menteri. Jadi dia tidak berupaya utk memberi sebarang projek kpd kroni2nya.
Pemuda yg melantik dia dulu sudah sedar dgn bijaknya bukan matangnya.
Lebih baik KJ dibuang dan digantikan dgn orang lain yg mungkin akan dilantik Menteri atau Timbalan Menteri oleh DS Najib. Bolehlah Pemuda dapat projek2!

abe MIE 'TERJAH' said...

UMNO dah jadi parti makkal sakti...baru naik setahun suruh berundur.

lagipun mukhriz tak pandai menangkis serangan dan 'slow' sikit.

silap haribulan Khir Toyo naik...

kena ingat, semua pemimpin perlu berikan sokongan padu pada pemuda atau pemimpin UMNO macam PAS...musuh UMNO Anwar Ibrahim bukan Pak Lah.

Kalau tak, UMNO jadi parti lagenda sahaja...

pkrpasdap.blogspot.com

abe MIE 'TERJAH' said...

UMNO dah jadi parti makkal sakti...baru naik setahun suruh berundur.

lagipun mukhriz tak pandai menangkis serangan dan 'slow' sikit.

silap haribulan Khir Toyo naik...

kena ingat, semua pemimpin perlu berikan sokongan padu pada pemuda atau pemimpin UMNO macam PAS...musuh UMNO Anwar Ibrahim bukan Pak Lah.

Kalau tak, UMNO jadi parti lagenda sahaja...

pkrpasdap.blogspot.com