Translate

Thursday, January 28, 2010

Wahai Edmund Bon Tai Soon dan Syed Ibrahim, Keselamatan Negara penting. Negara ini buka lokasi "action movie"


Keselamatan Negara ini lebih penting. Jangan sampai meletup sana meletup sini baru bertindak. Negara ini BUKAN lokasi action movie!.

Penangkapan dan penahanan warga asing di bawah Tahanan ISA: 4 Syria, 2 Nigeria, 1 Yemen & Jordan dan seorang rakyat Malaysia bukan semata-mata isu hak asasi manusia. Keselamatan Negara dan rakyat Negara ini juga hak asasi manusia yang perlu dan wajib dilindungi dan ditangani dengan bijaksana.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengesahkan sepuluh orang ditahan mengikut ISA kerana terbabit dengan kegiatan keganasan.

Nahh! Lihatlah kepentingan adanya ISA-Akta Keselamatan Dalam Negeri. Keselamatan Negara dan Rakyatnya dilindungi sebelum sesuatu kejadian buruk berlaku. Ini hak rakyat yang benar dan jelas.

"PALIS...PALIS!" a.k.a 'AMIT AMIT" jika terjadinya keganasan oleh kumpulan yang disyaki mempunyai pertalian dengan pengganas antarabangsa ini a.k.a terlanjur, Apakah  Sdr. Edmund Bon Tai Soon  (foto) dan Sdr. Syed Ibrahim akan berada di barisan hadapan menghentikan keganasan itu? Mungkin mereka akan berada di rumah atau hotel mewah berhawa dingin dan menikmati dinner yang lazat!

Manakah langkah yang lebih bijaksana antara "Cegah sebelum parah a.k.a sebelum terjadi keganasan" atau "biarkan berlakunya keganasan selepas itu blame kerajaan atau Keselamatan Dalam Negeri sebagai gagal menangani keganasan?". Jika tunggu berlakunya keganasan itu "sound like" cara dan strategi pembangkang!.

Kata bidalan "Berjimat sebelum habis, beringat sebelum kena". Fikir-fikirkanlah.

RELATED
Pembangkang Yang Tidak Tahu Bersyukur.

3 comments:

Anak X-PKR said...

Salam SL,
Saya penyokong ISA. Tanggungjawab terhadap keselamatan Negara dan Rakyatnya adalah HAK ASASI YANG MUTLAK.

Mana Blogger Penyokong ISA. Common Timbul, keluar, muncul dan tunjukkan taring, kelibat, jaguh, etc kalian.

lagenda said...

Salam,

Betul tu jika tiada ISA dah lama negara kita akan menjadi tempat berhimpunya penganas.Pembangkang hanya tahu membangkang sahaja tetapi tidak tahu menilai baik dan buruknya ISA

YANG GAMBI said...

Salam SL, sungguhlah bagai di kata..... puak-puak ini adalah manusia paling awal cabut daru negara ini kalau berlaku huru hara...... rakyat juga yang menderita...