Translate

Wednesday, January 27, 2010

YB. Zul, Saksikan sendiri firaun dan serigala itu. Tinggalkan saja mereka

YB. Zul, YB sedang menyaksikan segala-galanya di hadapan mata...

Mereka bercakap mengenai kebabasan. Tetapi mereka mengunci mulut mereka yang bercakap mengenai kebenaran semata-mata kerana keselesaan politik beberapa kerat individu.

Mereka bercakap mengenai hukum Islam, Negara Islam, cara hidup Islam. YB Zul, kita sedang menyaksikan bahawa segala-galanya hanya berpaksikan keselesaan politik dan fahaman dan idelogi Islam semakin dikendurkan..dikendurkan dan toleransinya sudah melebihi batas.

Jika mereka bercakap mengenai setiakawan. Kita tidak buta, kita tidak bisu. Firaun dan serigala sudah semakin tamak dan buas. Sudah beberapa kerat pemimpin, jika dia layak bergelar pemimpin, yang melompat dalam Pakatan Rakyat hanya sekadar mencari tempat berpijak untuk menggapai mimpi menjadi YB, sedang rakyat semakin hari semakin muak.

Sudah berapa utusan Selamat Tinggal dan timbunan kekecewaan kepada kepimpinan utama Pakatan Rakyat khususnya PKR. PKR sudah tidak terkawal lagi kerana terlalu ramai tangan-tangan ghaib yang melakar agenda, sedang nawaitunya untuk diri dan puak-puaknya.DSAI bukan lagi individu yang dihormati dalam Pakatan Rakyat. Dia hanyalah "alat yang terhormat" buat sementara. PAS pula sekadar Pacuan Emat Roda.. oleh ...tak perlu saya katakan, YB lebih menyedarinya kerana saban hati melihatnya.

Cukuplah semua itu, YB Zul. Tinggalkan saja mereka. Datanglah kepada mereka yang lebih menyayangimu. Mereka pasti menyambutmu dengan mesra.

3 comments:

Hamdan said...

Salam YB Zul.
Walaupun wajah YB pernah tercalar, dicalarkan tindakan YB sendiri, baru-baru ini.

Aku kagum dan bangga kali ini YB cukup tegas, bila agama,bangsa dan kedudukan Raja-Raja Melayu menjadi taruhan.

Syabas dan tahniah YB. Zul.

Elok sangatlah berubah haluan.

cj said...

salam..

pasal zul ni sy rasa dia just nak buat psycho war kata pakatan rusuh tu kacau bilau..saja nak psycho bn..so sy rsa x yah la kita sokong sgt2 si zul ni..lidah dia pun lebih kurg sama dgn bos dia ala2 biawak..biawak pun cuma ada cabang2 jek..

igt kes dgn sivarasa hr tu..cam nak rak la..sudah2 berpeluk sakan..so x yah layan kes2 pr ni

YANG GAMBI said...

Salam SL, setuju sangat dengan artikel ini...... tinggalkan firaun-firaun dalam PKR dan PAS....