Translate

Monday, July 20, 2009

Minum Arak: Model pelancongan didenda RM5,000 dan enam sebatan

KUANTAN: Seorang model pelancongan dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini selepas mengaku salah meminum arak.
Gambar Hiasan: Iklan minuman keras sengaja disensasikan untuk memabukkan minda.
.
Hakim Syarie Datuk Abdul Rahman Yunus memerintahkan Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, dari Sungai Siput, Perak menjalani hukuman penjara tiga tahun, jika gagal membayar denda itu. Tertuduh didakwa meminum arak jenama Tiger Beer di Cherating Bay Lounge, Hotel Legend, Cherating kira-kira pukul 11.40 malam pada 11 Julai tahun lepas. http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Mutakhir/20090720203142/Article/index_html
..............................................

Al-hadith :ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذييُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .Ertinya : "Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

Oleh itu, orang Islam yang taat akan agamanya TIDAK akan meminum arak. Mereka yang jahil sahaja yang meminum arak. Ramai yang menyedari, samada orang Islam atau bukan islam, bahawa meminum arak akan menjurus kepada perbuatan dan kejadian yang keji. Namun demikian ramai juga yang masih terus melakukannya. Tidak syak lagi bahawa arak adalah raja kepada segala kejahatan. Kenapa perbuatan ini masih diteruskan?

Berkunjunglah ke pub, discotique di Ibu Kota besar dan sebagainya. Anda lihatlah perkara ini berleluasa.
.
Di negara majupun ramai yang menganggap bahawa "alcohol is drug". Alkohol dan dadah juga terus di "consume". Malah menjadi kebanggaan orang yang melakukannya. Aramaiti! sebuah lagu suku kaum saya yang sepatutnya menjadi pengajaran positif. Namun masih ramai yang yang menganggapnya sebagai satu senda gurau yang "funny" dan "hillarious".
.
" Don't drink and drive", anda mungkin akan membunuh orang yang tidak bersalah.

Tengku Temenggong saman isteri, ibu mertua RM105 juta

Gambar Hiasan: Manohara dan Ibunya Daisy Fajarina bersama teman . Dulu, Daisy lari dari perbicaraan di France. Apakah dia akan lari dari menghadapi pengadilan ini?

KUALA LUMPUR: Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Ismail hari ini memfailkan saman RM105 juta terhadap isterinya, Manohara Odelia Pinot dan ibu mertua, Daisy Fajarina di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana beberapa siri tohmahan terhadapnya. Daripada jumlah tuntutan saman itu, RM35 juta tuntutan ganti rugi teladan, RM35 juta ganti rugi teruk dan RM35 juta ganti rugi pampasan.

Tengku Fakhry menamakan Daisy sebagai defendan pertama manakala Manohara pula defendan kedua.
.
Berita Harian 20 Julai 2008

Friday, July 17, 2009

BILA KITA JADI PENGADU PENDAKWA DAN HAKIM DALAM SATU MASA.

Barangkali kita ingin kembali ke zaman batu dan mula menggunakan hukum rimba bila kita mula jadi pengadu, pendakwa dan sekaligus sebagai hakim. Lalu si bapa mengsyorkan kepada anaknya agar si ibunya yang di rumah sahaja disembelih setelah gadis bunian yang seksi ditemui di tengah belantara. Demikian pegangan si barbarik. Barangkali dia akan lebih ganas dan buas bila kecanduan politik.

Gambar : Tunjuk Perasaan kematian Teo Beng Hock. Adakah mereka mengadu, mendakwa dan menghakim?

Makan tom yam yang terlebih pedas akan dikata tomyam BN, minum kopi yang tawar dan pahit akan dicap kopi BN, bila jalan berlumpur akan dibubuh tanda "projek BN"; bila bakar bunga api, Hari Kebangsaan dia kata BN tak bayar bonus sebab BN bakar duit rakyat. Barangkali bila isteri tak masak sedap lagi di rumah , dia akan blame -"ajaran wanita UMNO". Bila nampak perempuan hodoh dia kata "Puteri UMNO". Manusia yang bersikap keterlaluan begini sebenarnya tak jauh bezanya dengan sikap barbarik yang hanya layak tinggal bertuankan rimau dan bersahabat karib dengan ular tedung di rimba.

Kes kematian SU Politik politik kepada Adun Seri Kembangan dan pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah, Teo Beng Hock, mendapat reaksi yang pelbagai dari pelbagai pihak. Teori yang bermacam-macam mula memenuhi dada media. Demonstrasi juga diadakan oleh pihak yang suka berdemonstrasi dan suka berdepan polis dan menyusahkan polis. Lalu jari-jari semakin ligat menunding dan mulut tak berhenti-henti "berkunyanyang" (becakap tak henti-henti). Semua salahkan BN.

Jari telunjuk pula macam ekor anjing yang nampak tuannya membimbit bekas makanan. Ekornya bergoyang tak tentu arah ke kiri dan ke kanan air liur sudah melilih. Barangkali anjing seperti itu sahaja yang tidak menuduh bahawa itu "makanan BN".

Demikianlah sindrom bila kita jadi pengadu, pendakwa dan hakim dalam masa yang sama. Sayang kita tak mahu tinggal di rimba raya mencari puteri bunian dan membenar barbarik lain menyembelih isteri di rumah; seterusnya hidup bersama sang rimau dan ular tedung. Barangkali kita nanti akan muak bila asyik memakan bangkai saudara sendiri dan muak membuat fitnah?!

Kes Teoh Beng Hock:Biar polis siasat kematian pembantu Adun Seri Kembangan: Muhyiddin

PENUNJUK perasaan mengadakan bantahan di luar bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam, Kuala Lumpur, tengah hari ini. Kira-kira 300 orang berkumpul di luar bangunan SPRM mendesak agensi berkenaan menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock yang dijumpai mati di koridor tingkat 5 Plaza Masalam, tengah hari semalam. - Foto AFP

Biar polis siasat kematian pembantu Adun Seri Kembangan: Muhyiddin

PUTRAJAYA: Semua pihak diminta tidak membuat sebarang andaian dan bertindak keterlaluan, sebaliknya membiarkan polis menyiasat kes kematian pembantu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan, Teoh Beng Hock, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Setiausaha politik kepada Adun Seri Kembangan dan pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah, itu ditemui mati di Plaza Masalam semalam kira-kira jam 1.30 tengah hari di koridor tingkat lima bangunan yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, di tingkat 14 (Berita Harian 17 Julai 09)

Itulah kenyataan TPM. Memang wajar kerana kita tidak boleh mengambil keputusan undang- undang di tangan kita sendiri. Kita juga tidak wajar menunding jadi ke mana-mana pihak tanpa usul periksa dan penyisatan rapi. Saya teringat kisah Teresa Kok membawa kes "ketap-ketapi" sehingga Menteri Luar masa itu terpaksa memohon maaf kepada China sedangkan yang menjadi mangsa ialah wanita Melayu. Ambil iktibar.

Allhuwallam.

Monday, July 13, 2009

SK TAMAU: PEMBINAAN TAMBAHAN KELAS: "Tears in The Land of The Elderst"

Sumbangan: Rakan Senjaliza di KB (edited)
NOW SHOWING: The Sad Action Movie "Tears In The Land Of The Elderst"

KE MANA HILANGNYA USAHA HAKIKAT SENDIRIN BERHAD? Apakah usaha sudah tidak menerima hakikat?

Tarikh 03 Disember, 2007 adalah tarikh senyum lebar kerana pada hakikatnya segala usaha murni kerajaan melalui Jabatan Pendidikan akan terbukti kononnya untuk melahirkan masyarakat bistari. Tarikh inilah detik pengambilan tapak Bangunan bagi Cadangan Membina dan Menyiapkan Bangunan Bilik Darjah Tambahan 12 Bilik Darjah bagi SK Tamau, dalam Daerah Kota Belud, tanah tumpah darah bayi sulung UMNO di Sabah.

Satu setengah tahun berlalu bagai "action movie" yang sedih. Barangkali tajuk yang sesuai ialah "Tears In The Land of The Elderst" kerana ia terjadi di bumi kelahiran UMNO yang pertama di Sabah. Di bumi inilah Usaha terpaksa menerima hakikat (mengambil sempena Usaha Hakikat SDN BHD) bahawa hanya sekadar kurang 40% bangunan ini dapat disiapkan. Siapakah "pelaksana projek ini? Siapa sub-kontraktor? Sub-kontraktor yang ke berapa?

Kecuaian telah berlaku. Usaha meneruskan cerita sedih ini pun ada jalannya. Sememangnya jalan penyelesaian pasti ada kerana hakikat usaha kerajaan, BUKAN Hakikat Usaha SDN BHD, pasti diteruskan walaupun berlaku kesedihan yang menyayat hati.

Prosedur biasa: Pertama: Kerajaan akan menyambung kontrak pada satu tarikh yang ditetapkan namun tidak lama, biasanya 3 hingga 6 bulan. Serentak dengan itu kerajaan akan mengenakan "liquidity damage" sebagai surcharge ke atas kontraktor yang telah berlaku cuai dengan melambatkan penyiapan kontrak. Dalam masa yang sama pertimbangan dan budi bicara sering menjadi amalan. Budi bicarapun mesti adil dan berasas. Kecuaian dan perlanggaran kontrak yang disengajakan tidak patut menjadi asas melakukan kelonggaran budibicara yang jitu. Salah tetap salah. Cuai dengan sengaja mesti di surchage! jika tidak "ketelusan tidak berlaku", kebenaran pula dipinggirkan. Apa akan jadi dengan proses TRANSFORMASI dalam agenda 1 Malaysia?

Kedua: tamatkan kontrak dan surchage diteruskan; tindakan undang-undang berasaskan kepada persetujuan kontrak yang dimereti terhadap kontraktor perlu diambil setelah penelitian dibuat. Telitikan dengan terperinci sebarang pelanggaran kontrak. Perlu juga difikirkan samada pihak berkuasa-"Pegawai Penguasa" telah benar-benar melakukan kehendak dan keperluan pelanggan yakni Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua sudut termasuk "human error" perlu dilihat dan "never ever let even a single stone left unturned" Kemudian teruskan projek dengan kontraktor yang baru, berupaya dan berwibawa.

Ketiga: Proses undang undang. Kementerian Pendidikan perlu bertindak tegas sebagai "pelanggan" Cadangan Membina dan Menyiapkan Bangunan Bilik Darjah Tambahan 12 Bilik Darjah bagi SK Tamau, Kota Belud.
.
Kempat dan paling tidak berkesan: Senarai hitamkan kontraktor dan pengarah-pengarahnya.
.
Lain-lain: Fikir-fikirkanlah.....

Gagasan Transformasi dan 1Malaysia mendambakan pegawai dan kakitangan yang "berani menegakkan kebenaran". Sekiranya tidak, apakah faedah yang bakal diperolehi dari gagasan KPI nasional meningkatkan prestasi perkhidmatan awam ? . Sekiranya masalah ini tidak mampu diselesaikan juga, barangkali para ibu bapa dan para pelajar harus mula memikirkan untuk belajar di bawah pokok dan membina "tugu demokrasi pendidikan" di situ.
.
(Teimakasih pada Tuan Eng. Solymone)

Sunday, July 12, 2009

BRAZILIAN BUTT: ASLI DAN TIRUAN: Keindahan dan Kemiangan - Obama pun jeling!

Kejelitaan itu hak milik seorang wanita. Tak perlu orang lelaki mencemburuinya kecuali mereka yang terlalu ”cemburu” untuk menjadi wanita. Lalu mereka (akan) tukar jantina. Namun tidak akan mendapat tittle yang sebenar sebagai wanita. Mereka mungkin mendapat gelaran pondan, mak nyah tetapi bukan wanita yang dengan ”kejelitaan”. Mahukah anda dipanggil seorang pria yang jelita?
.
Gambar: Kim Kardashian, pemilik Brazilian butt yang jelita. Apa agaknya pertama orang jeling bila bertemu si jelita ini?
.
Antara ciri kejelitaan yang menjadi idaman wanita zaman ini ialah memiliki ”brazilian butt”. Satu rupa bentuk ponggung yang bulat, berisi, ”menonjol” dan sedikit ”tertonggek”.

Di Negara-Negara Barat, kelinik-kelinik kejelitaan sudah berlonggok menawarkan khidmat ”Brazilian Butt Lift” untuk memiliki punggung ala brazilian ini. Tentunya untuk mereka memiliki ciri-ciri kejelitaan yang diidamkan. Samada kerana mereka menghadapi masalah minda atau masalah susuk badan itu satu perkara yang berkaitan hak individu. Kalaupun para ’naturalist” membantah, mereka juga harus melihat isu dan sudut penggunaan make-up dan pelbagai ramuan perubatan kesihatan dan kejelitaan. Asli atau tiruan tetap menjadi isu yang berterusan tetapi hak individu perlu dihormati.

OBAMA diperhatikan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy (kanan) memandang belakang Tavares dalam sesi bergambar di sidang G8, kelmarin. Gambar kecil wajah Tavares. Obama menjeling "brazilian butt" Mayara yang asli. Apakah Obama melihat keaslian dan keindahannya atau dia sudah jemu melihat punggung ala brazil yang tiruan di negaranya?

Kini, dunia heboh dengan jelingan Presiden Barack Hussien Obama yang menjeling punggung Mayara Tavares yang baru berumur 16 tahun. Mayara hadir bersama rakan-rakan yang dikenali sebagai 'Junior 8' atau J8 hadir bagi membincangkan tema kemiskinan dan pemanasan global. Seorang wakil setiap delegasi nasional berpeluang bertemu pemimpin negara mereka untuk mengambil gambar sebagai proses sosialisai dan menanam semangat kesedaran tentang isu pemanasan global dan kemiskinan. Kenapakah Obama kelihatan seperti miang melihat dengan jelingan brazillian but milik Mayara?
Gambar: Wanita Islam berdua ini juga menjeling ke arah wanita barat ini. Apa agaknya diminda mereka?. Apakah mereka juga kepingin untuk memiliki brazilian butt?
.
Apakah kerana di Amerika sudah berlambak brazilian butt tetapi hampir kesemuanya ”palsu” atau tiruan?.
.
Barangkali juga dia teringin mengetahui sejenak yang asli dan yang tiruan!. Soal dia menghargai kejelitaan yang indah atau kerana ada ciri ciri kemiangan sukar untuk kita mengertikan kerana bukanlah mudah untuk menyelamai mindanya. Sama sukarnya kita menyelami pemilik brazilian butt atau mereka yang ingin memilikinya. Bukanlah sukar bagi Obama berkunjung ke Rio de Jenario, Brazil. Tetapi di situ akan bebaur dengan sebati dan kental isu kemiskinan dan pemanasan global. Barangkali pantainya akan dipenuhi dengan senario ”brazillian butt” yang bakal mengalpakan kemiskinan. Natijahnya, isu kemiskinan itu terus menjadi krisis dunia dan akhirnya pemimpin dunia boleh membuat alasan...”Blame it On Rio”.
.
NOTA....
Kamu yang berkempen di Manek Urai.."don't even dream of brazilian butt". Ha ha. Ingat di sana tak ada parti lawan! yang ada parti kawan.

Saturday, July 11, 2009

Balajalan Sains om Matematik id suang boos Onggilis.

Excp Balajalan Pogun Sabah Datuk Masidi Manjun (gambal) minonoimo tavavasi kotontuan kopolintaan hongkod montok popotood kopongiaan om balajalan Sains om Matematik id suang boos Onggilis.

Minoboos isido, haang dino apatut saasabap no do kakal ogumu sikul hoohobi nokozo id uvang dahabus kakadazan okuangan mongingia nohuda id suang boogizan dino. “Tumanud kopoihaan sisimba i notoimo ku, kogumuan mongingia i mongia do balajalan Matematik om Sains id suang boos Onggilis nopo nga id tinimungan mongingia id suang boogizan di suvai. “Sasabap no dino hobi vinasi boogizan komontilian popotounda hobi ginumu mongingia kipotutan toi ko nohuda id suang boogizan dino, vagu nogi tokou monoodo dino,” ka disido.

Minoboos isido dino kuminaa magaganu abal kahapas pinopoimagondo Lamai Minggu Pintutunan Sesi Vuhan Kotuu 2009 Politeknik Kota Kinabalu di Dewan Rafflesia, Politeknik Kota Kinabalu, id doiti dikoniab. Masidi i nogi Montili Kotombuhuzan, Koubasanan om Sandad Posoihi minoboos, okuangan. Masidi i nogi Montili Kotombuhuzan, Koubasanan om Sandad Posoihi minoboos, kokuangan mongingia i kipotutanm ontok mongia mato balajalan Sains om Matematik id suang boos Onggilis hoohobi no kozo id uvang dahabus kakadazan id pogun diti kopoimbuhai do kobohingkangan kumaa susumikul id uvang dino.

“Kogumuan i mongia balajalan dino nopo nopo nga izioho i okon mantad boogizan dino nga nopihi montok maganu kalaja dino tu aiso do vinakas boogizan dino. “Koozuzuvo diti au koponuhung monguhan kobohingkangan diti tu mongingia dino au anangan tu ino okon ko pihi dioho om kabaahan dioho nga au kadampot kumaa boogizan di kosontob saasabap no do izioho okon nohuda montok mongia mato balajalan dino,” ka disido.

Kopiondot dino mangatag isido mooi hobi ginumu vinakas mongingia onuan kosivatan montok boogizan dino.

Friday, July 10, 2009

BOLEHKAH ROTI CANAI DI PANGGIL LEMPENG!

MANOHARAN TUNTUT BUKAN MELAYU DIBERI STATUS BUMIPUTERA
08/07/2009 1:32pm
SHAH ALAM 8 Julai - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan menuntut kerajaan supaya memberikan taraf bumiputera kepada bukan Melayu di negara ini.Tuntutan itu dibuat kerana beliau mendakwa kaum bukan Melayu seolah-olah diasingkan sebagai warga negara termasuk hak-hak mereka dalam perkara tertentu.
.
Malah, tuntutan itu katanya akan merealisasikan konsep '1Malaysia' yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak."Saya minta Perdana Menteri memberikan status bumiputera kepada kaum bukan Melayu yang lahir selepas 31 Ogos 1957."Dengan memberikan status yang sama seperti orang Melayu, ia dilihat dapat mewujudkan kesamarataan hak dan keadilan di kalangan rakyat di negara ini," katanya ketika selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. - Bernama
.
KOMEN SENJALIZA
.
Masyarakat kampung sering berbekal "lempeng" sejenis kueh nipis yang diperbuat dengan ramuan gula, air dan tepung kadang gula diganti dengan sedikit garam. Ia dimasak sama seperti membuat telur dadar. Petani di tempat saya sering berbekal kueh lempeng ini sebelum ke kebun sayur-sayuran. Shortcut receipe. Tidak seperti cara membuat roti canai yang terpaksa dikibar dengan skel tertentu dan dibubuh minyak ghee, serbuk penaik, telur dan sebagainya. Ramuan pula mesti balance untuk jadi roti canai. Rupa lempeng dan roti canai lebih kurang sama tetapi rasa jauh berbeza begitu juga bila menyebutnya. Bila disebut roti canai yang terbayang ialah kedai mamak; bila disebut lempeng, kepada yang tahu apa itu kueh lempeng, dapat membayangkan kehidupan yang simple dan sederhana rendah jika tidak miskin.
.
Bolehkah roti canai dipanggil lempeng?. Untuk praktikal, datanglah ke kedai mamak dan pesanlah "lempeng" dan teh tarik!. Anda akan dapat jawabannya. Saya minta orang pertama yang buat praktikal ini ialah Manoharan, ADUN Kota Shah Alam, Selangor. Syaratnya, dia mesti bertegas mahu "lempeng". Kalau nasibnya baik barangkali dia akan dapat tosai atau capati. Kalau malang dia mungkin hanya terpaksa minum teh tarik.
.
Probokasi Manoharan terhadap masyarakat bumiputera dan syornya supaya badan NGO, Peribumi Perkasa Malaysia, diharamkan agak terkeluar dari etika dan konsep universalism. Orang Irish di Amerika tidak akan menjadi "Red Indian". "Schotist" di Schotland tak akan jadi "Jewish" di England. Amerika sendiri tidak akan mahu supaya persatuan dan kesatuan "Native American" diharamkan. Keadaan inilah yang melayakkan kita menyoal Manoharan "bolehlah lempeng dipanggil roti canai atau Mertaba?". Katakan saja kepada rakyat Malaysia bahawa Manoharan tidak mengiktiraf hak bumiputera tanpa berselindung di sebalik daun lalang atau di belakang tabir gagasan 1Malaysia yang ingin dihancurkannya.
.
Apakah juga Manoharan menolak kewujudan persatuan-persatuan lain seperti Persatuan Kebudayaan KadazanDusun Sabah (KDCA), Persatuan Brunei Sabah (KBS), Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS), Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO), Persatuan Hakka Sabah dan Persatuan Bidayuh Sarawak dan pelbagai lagi di Sabah dan Sarawak?
.
Berkaitan......
.
'Tidak layak jadi warganegara'

KUALA LUMPUR: Pakar sejarah dan pemerhati politik, Prof Emiretus Datuk Dr Khoo Kay Kim, menyifatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M Manoharan tidak layak menjadi warganegara Malaysia. Beliau berkata, songkok dan baju Melayu sudah diterima sebagai sebahagian daripada pakaian kebangsaan dan ia tidak perlu lagi dipertikaikan oleh mana-mana pihak. "Songkok atau baju Melayu adalah pakaian kebangsaan. Mengapa (Manoharan) berperangai seolah-olah tidak tahu. Kalau seseorang hendak mengadap sultan atau Yang di-Pertuan Agong, perlu pakai songkok dan baju Melayu. Kalau tidak mahu pakai, jangan jadi warganegara atau keluar saja dari Malaysia," katanya ketika dihubungi, semalam.
.
Selanjutnya....