Translate

Sunday, August 23, 2009

ADUN Lunas keluar PKR; dan lagi..dan lagi

"Saya tidak sanggup lagi berada dalam PKR kerana rasa bertanggungjawab bersama mereka dan sebagai ahli jawatankuasa bahagian, saya turut keluar (parti) bagi menyokong keputusan itu," YB. Mohd. Radzhi Salleh, ADUN LUNAS dan EXCO Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia
  1. ADUN Lunas keluar PKR- 23/08/2009 11:48am - KUALA LUMPUR 23 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat bebas. Bahagian PKR Padang Serai turut dibubarkan. - Utusan Malaysia
  2. 200 ahli PKR keluar parti: 23/08/2009 11:32am- KUALA LUMPUR 23 Ogos – Seramai 200 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Padang Serai hari ini bertindak keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinannya dan mendakwa perjuangan parti itu kini tidak seiring dengan matlamat asal penubuhannya. Keputusan pembubaran bahagian itu diumumkan oleh pemangku ketua bahagiannya, Jamaludin Abu Hassan dalam satu sidang akhbar di Hotel Legend. di sini sebentar tadi.
  3. Turut mengikut jejak sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh yang mengumumkan keputusan keluar parti untuk menjadi wakil rakyat bebas. Beliau bagaimanapun tidak melepaskan jawatan selaku ahli exco Kedah yang memegang portfolio pelancongan, pembangunan masyarakat serta sumber tenaga manusia. -Utusan
NOTA Dari Sabah.
Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Pengerusi Penyelaras PKR bagi Sabah dan Sarawak. Kehadiran Azmin Ali, MP Gombak, sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, sukar diterima rakyat Sabah. PRU 12. PKR mendapat KOSONG kerusi di Sabah. Kini para pemimpin dan meraka yang berangan-angan menjadi pemimpin dalam PKR sering berbertindak tikam kawan dari belakang. Malah ada yang berjinak-jinak dengan UMNO untuk dapat peluang bercalun PRU 13 sebagai calon BN dan sebok merancang kini walau terpaksa menikam "Pemimpin UMNO tertentu" dari belakang.
  1. Baru-baru ini Parti Bersatu Sabah (PBS), menerusi naib presidennya Herbert Timbon Lagadan, telah menghulurkan jemputan terbuka kepada naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan untuk menyertai semula PBS. Dr Jeffrey harus mengkaji secara serius kedudukannya dalam PKR dan Pakatan Rakyat (PR), yang kini lebih cenderung kepada tindakan menimbulkan keganasan dalam corak politik yang disemai ke arah keterlaluan.
  2. Saya menggesa Dr Jeffrey, seorang penggalak keamanan dan undang-undang, supaya keluar dari pembangkang dan kembali semula kepada PBS sebagai bantahan dengan tingkah laku tidak etika beberapa pemimpin PKR, kata Timbon dalam kenyataan beliau.Timbon mendakwa penyokong Dr Jeffrey, dalam dan luar PKR, telah mengadu mengenai sikap penasihat PKR Datuk Anwar Ibrahim yang merendahkan kedudukan hal ehwal Malaysia Timur serta tidak menghormati secara terbuka layanan terhadap pemimpin Sabah.
  3. Selanjut nya Herbert menegaskan, PBS sentiasa mempelawa Dr Jeffrey supaya kembali kepada PBS berikutan dia merupakan tokoh penting dalam penubuhan PBS pada 1983 dan 1984,” kata Timbon, yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri.
Nota Dari Sarawak:
Jawah Gerang: Veteran Politik yang tidak pernah kalah sebanyak 5 penggal, tapi kecundang di Batang Ai, Sarawak setelah menyertai PKR. Selepas itu Anwar atau PKR Pusat tak menjenguk beliau lagi. Beliau juga menghadapi tekanan untuk ditikam dari belakang oleh rakan-rakan dalam PKR.
  1. Keputusan PRK di Batang Ai, di mana calon PKR Barisan Nasional Malcolm Mussen Lamoh telah mengalahkan Calon PKR, Jawah Gerang, seorang tokoh politik yang tidak pernah kalah mengikut rekodnya. Di bawah PKR, bagaimanapun, Jawah kalah dengan hanya mendapat 2,053 undi berbanding calon muda dan pendatang baru, Malcom Mussen yang mendapat 3,907 undi.
  2. Ini adalah gambaran bahawa PKR ditolak di Sarawak dan akan ditolak pada PRU akan datang di Sarawak.
Gambaran kesemua ini, menunjukkan bahawa PKR akan hanya "resort" kepada politik jalanan dan demonstrasi jika tidak mendapat tempat di hati rakyat. Sebelum PRU 13, dijangkakan PKR akan kehilangan ramai lagi pemimpin mereka. Ini adalah kerana isu yang dibangkitkan PKR hanya membakar semangat perkauman yang meroboh keharmonian yang menjadi kekuatan dan keutuhan perpaduan.

Penggunaan isu perkauman dan kebencian terhadap institusi keselamatan, kehakiman dan sebagainya, hanya merugikan negara dan rakyatnya dalam jangka pendik dan jangka panjang namun menguntungkan orang politik PKR dalam jangkamasa yang terlalu pendik.

Kalau saya katakan Anwar Ibrahim pembohong...anda lagi tahu siapa dia.

BIARKAN ROHAIZAT MENANG.

Pada hakikatnya Rohaizat adalah saudara kepada PAS.

1. Orang PAS patut biarkan BN menang kerana PAS tidak akan mampu menggugat kerajaan Pulau Pinang yang berada dalam cengkaman DAP. PAS juga tidak akan berdaya mengkritik DAP dalam DUN Pulau Pinang. Malah PAS akan terkunci dari mengkritik tindak tanduk dan keputusan Kerajaan Pulau Pinang. Pastinya wakil PAS nanti akan dikunci mulutnya oleh sistem Kerajaan Pulau Pinang yang dikuasai DAP.

2. Berdasarkan kepada kedudukan EXCO Pulau Pinang, PAS sudah tidak akan mendapat tempat lagi. NO Vacancy lagi. Oleh itu Rohaizat diharapkan akan dapat menjadi ADUN pembangkang yang efektif bagi mewujudkan keadaan Check and Balance.

3. Faktor usia juga memberikan kelebihan kepada Rohaizat. Dia masih dinamik dan berpendidikan bercorak universal. Soal kepartian perlu lebih flexible. Rasanya , antara Rohaizat dan Mat Seman, rakyat dan suara rakyat lebih vokal dibawa dan diwakilkan kepada orang muda yang dinamik ini.

4. Wakil rakyat yang tidak dapat membawa permasalahan rakyat dan jadi pak turut kepada system yang ada akan kurang menguntungkan rakyat satu-satu kawasan.

5. Jadi orang PAS dan UMNO perlu menangkan pemimpin yang dilihat lebih dinamik. Lim Guan Eng bukan sudara PAS tapi Rohaizat saudara PAS. Saya sokong Rahaizat di menangkan oleh penduduk Permatang Pasir.

6. PAS perlu memulakan gagasan untuk melawan pihak yang memusuhi PAS dan Islam sebenarnya. Saya nampak DAP lebih menganggap PAS musuh sebenar. Sedangkan Rahaizat adalah saudara PAS pada hakikat yang sebenar-benarnya. Bukalah hati, murnikah hati di bulan yang mulia ini. Minta petunjuk dari Allah SWT. Semoga Allh SWT membisikan dalam hati dan sanubari kita bahawa sebenarnya Rohaizat bukan musuh PAS.

7. Kerajaan yang mengamalkan "dasar dan sistem Islam" tidak mungkin dapat direalisaikan dengan DAP. Percaturan politik UMNO dan PAS sahaja yang lebih cenderung ke arah menrealisasikan matlamat itu.



Saturday, August 22, 2009

BILA TUMBANG BN NANTI, ISLAM ADA TEMPATNYA-MAT SABU



"Bila tumbang BN nanti Islam ada tempatnyanya". Inilah kenyataan Abang Mat Sabu (menghormati keinginannya untuk dipanggil abang).

1. Saudara blogger sekelian, penyataan itu tidak lebih dari penyataan seorang pemimpin politik. Tidak bermakna dia bukan pemimpin Islam. Memang dia juga pemimpin Islam. Dia adalah abang Mat yang memang pandai ceramah. Pandai ceramah tentang Islam.

2. Kenyataan abang Mat bukan tidak boleh disangkal. Memang boleh disangkal terutama bila tidak betul. Bila matlamat perjuangnya dirasakan tak sampai ke matlamatnya. Jangan kita jadi pak turut manusia seperti kata TGNA yang berbunyi "tolong merdekakan diri kita dari pemikiran manusia......".

3. Perak (sedikit masa lalu), Pulau Pinang, Selangor nampak jelas Islam tidak mendapat tempat seperti yang dicita-citakan PAS dan seperti yang dikatakan oleh Abang Mat. Malah Islam "terketepi". Pemimpin dalam DAP dan setengah dalam PKR sudah nyata dan jelas tidak memberi ruang kepada cita-cita abang Mat. Jelas sejelas-jelasnya. Sedih juga melihat Dr. Hassan Ali ditekan kerana bertindak membela Islam. YB Zulkifli Nordin memang amat terkedu bila nampak Hassan Ali memeluk bahu Ronnie Liu kerana "politik" telah mengenepikan dan "melesukan" perjuangannya menentang "kemungkaran". YB Zulkifli barangkali tidak akan melaungkan "takbeer"! takbeer! takbeer! lagi

4. Exco Pulau Pinang berapa sahaja orang Islam untuk menjayakan seperti yang diidamkan abang Mat. Berapa? Apakah jumlah itu akan dapat menegakkan sistem Islam di Pulau Pinang? Apakah pula Kerajaan Pulau Pinang "lebih Islam" dari kerajaan Johor, Pahang dan Melaka? Apakah Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang lebih Islam dai Kerajaan Negeri Kelantan atau kerajaan Negeri Kedah? Apakah keimanan Islam lebih dikalbu Lim Guan Eng dari di kalbu Ali Rustam atau di kalbu Abdul Ghani Othman? Abang Mat boleh tak ceramah pasal ini?

5. Abang Mat.. apakah Islam lebih subur dihati Karpal Singh, Lim Kit Siang dan di hati Lim Guan Eng berbanding di hati Tun Abdullah dan di hati Najib Tun Razak atau di hati Tuan Guru Nik Aziz atau di hati Tuan Guru Haji Hadi Awang?.

6. Sejarah seharusnya mengajar kita. "PAS itu asalnya dari tulang rusuk UMNO". Apakah Islam tidak akan subur di hati pemimpin UMNO bersama-sama pemimpin PAS? Perbetulkan niat dan nawaitu yang sebenar-benarnya. Seperti tegas TGHA.. kenali siapa sebenarnya "jamaah" dan "musuh Islam" dalam erti kata yang sebenarnya.

7. Jadi, bayangkan tumbang BN nanti apakah jaminan bahawa Islam akan dapat di tegakkan di Bumi Tercinta ini?. Bumiputera di padam, undang-undang yang berteraskan Islam diliberalisasikan, Ketua Polis Negara digantikan dengan yang boleh kerjasama dengan the leaders of the "underworld", SPRM mestilah yang ikut telunjuk "perasuah"..." orang Islam nak murtad diberi hak jadi murtad" Naaujubillahi Min Zaaliq. Ini abang Mat kena tentang... Allahuwallam BSW.

8. Abang Mat, pendapat saya yang kerdil ini, hanya sebagi pemilik ruang kerdil ini, hanya pemimpin -pemimpin Islam yang di hatinya subur dengan fahaman Islam dan nur Islam sahaja barulah Islam itu dapat ditegakkan dalam sistem. Selain dari itu, hati saya sering meraguinya. Hati orang kerdil ini sering merasa sukar menerimanya. Abang Mat.. nak jadi Omar Mokhtar biar seluruh wang para pelakon dan producers di hollywood campur wang pelakon-pelakon dan producer di boolywood, tak akan mampu jadi "the real lion of the desert" yang sebenarnya. Jadi wayang atau mainan wayang bolehlah!

9. Jadi, Bila BN tumbang nanti, Islam pasti ada tempatnya. Di mana entahlah!

10. Di Perak, di Selangor, di Pulau Pinang dan di Kedah, golongan Islamlah yang berjuang. Golongan Islamlah yang berdemonstrasi,. Golongan Islamlah yang baring di jalanraya menahan kenderaan Sultan Perak. Golongan Islamlah yang berdemonstrasi menentang ISA. Golongan Islamlah yang berdemonstrasi menentang PPSMI. Saya lihat kini Islam belum mendapat tempatnya. Siapa yang mendapat kuasa? Siapa yang kita nak berikan kuasa ini? Sekali lagi Allahuwallam BSW.


Friday, August 21, 2009

MB Selangor diarah bayar RM66.67 juta kepada Bank Islam

AHMAD KHALID IBRAHIM, MENTERI BESAR SELANGOR, IALAH LELAKI YANG BERBAJU BATIK DALAM GAMBAR INI. TERSERLAH KEJANTANANYA.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini membenarkan permohonan Bank Islam (M) Berhad untuk mendapatkan perintah penghakiman terus terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung tuntutan kontrak koletral.

Sehubungan itu, Abdul Khalid perlu membayar sebanyak AS$18.52juta (RM66.67 juta) kepada Bank Islam.

Peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili Abdul Khalid bagaimanapun berkata pihaknya akan mengemukakan rayuan dan penangguhan terhadap pelaksanaan keputusan itu awal minggu depan. Malik berkata mahkamah bagaimanapun sudah membenarkan pengantungan sementara (interim) terhadap keputusan itu.

BERITA HARIAN JUMAAT 21 OGOS, 09

Thursday, August 20, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK

Kepada rakan-rakan bloger sekalian,
saya sekeluarga mengucapkan Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga bulan mulia ini memberi keberkatan kepada kita semua dan menguatkan iltizam kita untuk terus mencintai Allah SWT dan berbakti kepada negara kita yang tercinta ini. Rapatkan saf dengan sudara-saudara kita sesama Islam dan jauhi perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT. Berjuanglah ke jalan kebenaran. Semoga kita terhindar dari kebathilan.

Selamat menyambut Ramadan dan berpuasa.
Wassalam
Liza dan keluarga.
SENJALIZA.

Dr M 'bangga' kebolehan MB Kelantan

Nik Aziz lebih dari manusia biasa

Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my




Dr M 'bangga' kebolehan MB Kelantan

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebagai 'seorang yang lebih daripada manusia biasa' kerana mampu menentukan seseorang memasuki syurga atau neraka.

Justeru, bekas Perdana Menteri berkata, beliau 'berbangga' dengan kebolehan Menteri Besar Kelantan itu memandangkan tiada manusia biasa lain dapat berbuat sedemikian. "Dia boleh bagi secara jelas (siapa masuk syurga dan neraka). Orang lain semua tidak boleh, jadi dia seorang yang lebih daripada manusia biasa.

"Manusia biasa, dia mati baru pergi ke syurga atau neraka tetapi tidak balik untuk ceritakan. Kita pun tidak tahu sama ada Nik Aziz akan ke syurga atau neraka. Itu kita tidak boleh kata.

"Cuma, kita tahu kita kena hidup sebagai seorang yang baik tetapi (jika) hendak kata kerana baiknya itu tidak pergi ke neraka pun tidak boleh. Kadang-kadang ada juga buat silap. "Jadi, saya 'berbangga' dengan kebolehan Nik Aziz menentukan siapa yang menjadi ahli syurga dan siapa akan ke neraka. Sesiapa yang perlu, lebih baik pergi dan tanya dia," kata Dr Mahathir sinis pada sidang akhbar selepas Konvokesyen Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), di sini semalam.

Dr Mahathir dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Perubatan oleh IMU, manakala 95 graduan menerima ijazah masing-masing. Hadir sama Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Canselor IMU, Tan Sri Dr Sulaiman Daud; Pro-Canselor, Datuk Dr Lim Kee Jin; dan Presiden, Tan Sri Dr Abu Bakar Suleiman.

Diminta mengulas mengenai keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung kenyataan Nik Abdul Aziz, Dr Mahathir berpendapat perkara itu tidak perlu.

"Tidak payah keluarkan fatwa. Tidak ada manusia dalam dunia ini yang boleh menentukan selepas kita meninggal dunia, kita akan memasuki syurga atau neraka. Orang yang betul-betul warak sekali pun mungkin dia ada buat niat tidak baik, dia juga akan ke neraka," katanya. Mengenai cadangan menggugurkan ruangan kaum pada borang rasmi kerajaan, Dr Mahathir berkata, ia wajar turut meliputi agama kerana untuk mengenalpasti kaum di negara ini boleh ditentukan berdasarkan nama individu.

Berhubung wabak H1N1, beliau berkata, masih banyak yang perlu dilakukan untuk memberi kesedaran kepada rakyat mengenai bahaya virus berkenaan kerana masih ramai yang mengunjungi kawasan sesak tanpa memakai topeng mulut sebagai langkah keselamatan.

Terdahulu, ketika berucap pada majlis itu, Dr Mahathir berkata, setiap doktor perlu memahami profesion perubatan adalah untuk berkhidmat kepada masyarakat dan bukan sebagai sumber pendapatan semata-mata atau meraih pendapatan lumayan.


Monday, August 17, 2009

Ahli Umno tak akan masuk syurga - Nik Aziz: Bagaimana Orang DAP?


BUKIT MERTAJAM: Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata anggota Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Katanya terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota Umno.

"Islam bawah Umno tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga".

Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir. Pengundian ialah pada 25 Ogos ini. Pilihan raya kecil itu melibatkan calon Pas, Mohd Salleh Man, 52, yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, dan calon Barisan Nasional Rohaizat Othman, 38.Kawasan itu mempunyai 20,290 pengundi berdaftar. BERNAMA

MY COMMENT:

Unbelieveable. He is not God. Syariat sudah lari. politikpun BUKAN Tuhan! Kenapa dia tak komen DAP? Orang pemabuk arak dan pengamal tegar pelacuran bagaimana?!.

I and many need explanation.

Sunday, August 16, 2009

ANTARA KIM DAN KOURTNEY

Kiriman Noreen- PJaya:
Antara Kim dan Kourtney, mana yang sesuai untuk Ronny Liu?
Kanan: Kim, kiri: Kourtney
Kiri: Kourtney, Kanan: Kim
.
Kim Kardashian dan Kourtney Kardashian adalah adik beradik yang hot dalam dunia permodelan barat. Mereka jadi buruan media dan iklan untuk menjadi pelaris produk mereka. Sama cantik sama seksi dan kedua-duanya memiliki cerita glamour, skandal namun tetap di minati ramai.
.
Saya teringat politik Malaysia yang menjadi sensasi akhir-akhir ini. Ronny Liu antara figure yang amat kontrovasial hampir seperi model-model ini. Dia mengarah beer yang dirampas dari kedai serbaneka oleh pegawai-pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran PJ untuk dikembalikan. Kawasan itu pula majoriti penduduknya ialah orang Melayu Islam yang mengharamkan arak. Dia juga pernah menghalang Penguatkuasa Majlis dari menyerbu sarang Pelacuran di Hotel 3* di Puchong. Pelacurpelacur ini pula menggunakan PAS SEMENTARA.
.
Ramai yang melebelkan Ronny sebagai panas baran, anti polis dan anti SPRM. Sekurang-kurangnya dia tidak menghormati kedua authotiti ini. Oleh itu bila penguatkuasa bersikap seperti polis dan SPRM, dia cuba mencabar fungsi mereka. Sebagai EXCO yang bertanggungjawab terhadap Majlis Perbandaran, Ronnie pantang dicabar.
.
Seperti Madonna yang menawarkan diri untuk menyejukkan hati Saddam Hussien semasa US berperang dingin dengan Iraq, barangkali Ronny dapat disejukkan atau sekurang-kurangnya lebih menurun panas barannya kiranya dia memiliki setiausaha peribadi seperti Kim Kardashian atau Kourtney Kardahsian yang mempunyai keistimewaan tersendiri.
.
Kiranya anda pembantu peribadi Ronny, siapa agaknya yang anda syorkan menjadi Setiausaha Peribadi Ronny? Kim atau Kourtney?. Lihat pilihan anda selain pilihan di atas:-

Anda telah membuat pilihan untuknya?