Translate

Saturday, February 27, 2010

Pakatan Pembangkang: Sejauh mana LKS dan DAP dapat menyembunyikan wajah?

 
Sejauhmana LKS dan DAPnya dapat menyembunyikan agenda politiknya yang sebenar?

Beberapa siri Konvensyen Pakatan pembangkang yang lalu hanya berjaya memperlihatkan kebersamaan penyokong parti masing-masing dalam satu program. Ianya masih jelas berada pada tahap menyembunyikan perbezaan ideologi ahli-ahli Pakatan Pembangkang, PAS, DAP dan PKR.

Menyembunyikannya perbezaan ideologi mereka di mata umum samalah seperti mengenepikan isu Baitulmakdis dalam rundingan Israel-Paletine yang ditaja Amerika dan kuasa-kuasa Barat. Semuanya menemui jalan buntu kerana Isreal menyimpan agenda tersembunyi, tidak ikhlas dan tidak mempunyai komitment yang jitu. Kerana itulah setelah beberapa siri rundingan after rundingan ianya dikuti dengan ledakan persengketaan berdarah. Tidak mudah bagi Isreal menyembunyikan agendanya. Bak ostrich yang sekadar mampu menyembunyikan kepalanya...

Pemimpin-pemimpin Pakatan Pembangkang yang telah meninggalkan Pakatan Pembangkang bermula di Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor semuanya menyebut mengenai kehilangan kepercayaan kepada kepimpinan parti, tergelicirnya Pakatan Pembangkang dari perjuangan asal dan perbezaan idelogi parti-parti dalam Pakatan Pembangkang yang terlalu ketara dan sukar disatukan. DAP terutamanya sering dianggap sebagai duri dalam daging Pakatan Pembangkang.

Menyatukan DAP dengan PAS tidaklah semudah menafikan perbezaan idelogi mereka dengan kata-kata. DAP mempunyai rekod meninggalkan PAS dalam Barisan Alternatif selepas PRU 11, dengan alasan bahawa hubungan mereka merugikan DAP. Semuanya berlaku pada asasnya adalah kerana perbezaa ideologi.

Barisan Nasional juga mengalami keberkocakan dalaman parti. Tetapi ianya bukan inter-parti. Misalnya MIC berlaku kekocakan dalaman MIC begitu juga MCA. Tidak kelihatan bahawa antara parti dalam BN bertelagah sesama mereka. MCA tidak bertelagah dengan MIC. Dalam BN ada "consensus". Pertentangan dalam Pakatan Pembangkang adalah pertentangan inter-parti dari segi idelogi yang bila-bila saja akan mencetuskan perbalahan yang besar. Ini sukar dinafikan.

Dalam banyak perkara, DAP kelihatan lebih banyak mendominasi segala keputusan dalam Pakatan Pembangkang. Manakala, PAS pula lebih kelihatan bertolak-ansur dan memberikan kelonggaran demi kelonggaran dan mengorbankan ideloginya sedikit demi sedikit.

DSAI memang senjata utama DAP bagi memanipulasi keadaan. Apa-apa polisi dan gagasan yang menjadi impian DAP, ianya disampaikan DSAI melalui pertemuan pemimpin utama Pakatan Pembangkang. Bukan sebagai consensus tetapi lebih kepada penggunaan krisma dan penegasan kata-kata yang 'sound convincing" sebagai de Facto Leader Pakatan Pembangkang. Tidak pernah sekalipun PAS membantah, kendatipun sesuatu keputusan yang disampaikan DSAI itu bertentangan dengan kehendak dan ideologi PAS dan kurang disenangi penyokong PAS dan ahli-ahli PAS.

Di Perak, semasa kerajaan Pakatan Pembangkang dulu, PAS dilabel sebagai alat DAP. Di Selangor, Pesuruhjaya PAS Dr. Hassan Ali sering kena overruled oleh pemimpin DAP. Di Pulau Pinang tak perlu cakap! DAP mendominasi segala-gala. Kerana itulah LGE dicop sebagai diktator, chauvinis, bersikap seperti komunis, berat sebelah dan pemimpin yang tiada kelas. Buat masa ini PAS masih membela DAP di Pulau Pinang walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah. Demonstrasi di Perak banyak didominasi PAS tetapi kekuasaan berada dalam genggaman DAP. MB PAS dulu memang sudah dilabel pak turut pemimpin DAP yang dimainkan oleh Ngeh dan Ngo. Ini bukanlah sesuatu yang mudah disembunyikan.

Sejauh manakah DAP dapat menyembunyikan wajah DAP yang sebenarnya?. Sejauh mana LKS dapat menutupi wajah kepimpinannya dan ideloginya? Sejauhmana LKS dan DAPnya menyembunyikan agenda politiknya yang sebenar?. Tidak kurang penting ditanya ialah sejauh mana PAS dapat bertolak ansur dan terus memberikan kelonggaran demi kelonggaran terhadap ideologinya? Apakah DSAI mampu meneruskan peranannya sebagai perantara antara PAS-DAP memandangkan ianya berhadapan dengan isu serius yakni Sodomi II? Masihkah TGNA terus dapat menjadi saluran mudah bagi Pakatan Pembangkang menyalurkan ideloginya yang kontrovasial?

Keadaan inilah yang menjadi persoalan pokok samada Pakatan Pembangkang dapat bertahan sehingga PRU 13.

Friday, February 26, 2010

LKS tetap sokong walaupun DSAI Tewas Sodomi II.

 
Sokongan asing: Lim Kit Siang Menyedari, Dia dan DAP semakin dikejar waktu.

Kit Siang akan bermati-matian menyokong Sodomi II walaupun lebih kes ini kini kelihatan parah. Mantan Pengerusi PKR Sabah, Saidatul Badrun Tun Said Keruak sudah memberikan isyarat awalnya suapaya Wan Azizah insaf. Seolah-olah dia tahu sesuatu di sebalik Sodom II. Datuk S.Nallakaruppan pula ada menyebut nama Wan Azizah, apabila secara sinis mencadangkan pengurniaan anugerah ‘Pelakon Wanita Terbaik 2010' kepada Wan Azizah atas kehebatan ‘lakonannya’ ketika berhadapan dengan rakyat. Seolah-olah Nala juga tahu bahawa Azizah menyimpan rahsia besar dan sekadar berlakun di hadapan rakyat mengenai kesalahan DSAI.

Bila DSAI memasang kacamata hitamnya pada hari pertama perbicaraan sodomi II, dia benar-benar kelihatan seperti gay. Barangkali dia telah menyedari keadaan itu dan tidak lagi menggunakannya pada hari perbicaraan seterusnya.

Speak out for Anwar Ibrahim’s Sake By Paul Martin, former prime minister of Canada terlalu menarik perhatian LKS. Seolah-olah orang asinglah yang lebih arif tentang ke Sodomi II. Sepatutnya Paul Martinlah yang tanya rakyat Malaysia tentang Sodomi II. BUKAN rakyat Malaysia yang mesti dengar Paul Martin. Kita lebih mengetahui. Soalnya kenapakah rakyat asing, kuasa asing dan pandangan asing terlalu diagung-agungkan DAP dan LKS bersabit dengan isu dalam Negara Malaysia? Apakah inilah keterangan yang nyata bahawa patriotisma LKS tidak wujud langsung untuk Malaysia?

Rakyat Malaysia faham bahawa DSAI adalah sebahagian dari nyawa DAP. Tanpa DSAI tidak mungkin DAP mendapat tempat dalam PAS. Tanpa PAS, DAP akan jadi pembangkang yang bernafas dalam kesesakan. Kalau DAP ada gut cubalah nafikan ini dan halau PAS dari Pakatan Pembangkang?

PAS kini harus menyedari bahawa ia lebih diperlukan DAP dari PAS memerlukan DAP. Tetapi dalam kebersamaan DAP sering menekan PAS supaya mengikuti telunjuknya. Tanpa DAP, PAS akan berjalan seperti biasa malah dengan kerjasama DAP, PAS kehilangan sebahagian penyokong sebenar PAS. Kalau diandaikan Pakatan Pembangkang mempunyai lebih kuasa yang ada kini, PAS pasti akan dikesampingkan oleh DAP. Just watch....

Realitinya kini Pakatan Pembangkang semakin runtuh dan kehilangan pengaruh walaupun kokoknya masih berderai-derai. Sokongan asing yang terus-terusan dipinta tidak akan membantu menaikkan imej Pakatan Pembangkang. Saidatul Badru dan Nalakarupan lebih kredible dipercayai dari Paul Martin atau Michael Danly, MP Australia atau mana-mana kuasa asing termasuk Hillary Clinton, Setiausaha negara Amerika. Cuma LKS sahaja yang berbangga dengan camputangan mereka kernaa dia menyedari bahawa dia semakin dikejar waktu. Dia tetap akan menyokong DSAI walaupun DSAI kelak tumpas dalam sodomi II. Karpal Singh,  ketua penguambela DSAI, adalah Pengerusi DAP.  Nyatalah LKS semakin mencuba untuk menegakkan benangnya yang basah.

"Otak tiada yang betul". Cadang hukuman sebat untuk politician yang jahil!

Tanya LKS: Komunis dan Barat iktirafkah hukuman "sebat"? Tapi komunis menyebat. LKS menyanjung dan memuji penulis Barat yang mengutuk hukuman sebat. Sejak bila barat mengiktirat hukuman sebat?. Komunis sekalipun tidak akan mengiktirat undang-undang  yang  mengenakan hukuman sebat, tetapi komunis mendera musuhnya dengan menyebat!

LKS cuba sedaya upaya menyuntikkan pemikiran asing dalam peraturan dan budaya kita. Sebat yang dijatuhkan baru-baru ini adalah keputusan Mahkamah Syariah. UMNO dan Barisan Nasional tidak boleh menyekat dan mencampuri keputusan Mahkamah Syariah. Sama seperti UMNO dan BN tidak boleh mencampuri keputusan mahkamah sivil.

Rakyat Malaysia dan LKS sendiri faham bahawa telah wujud "saparation of power" antara Mahkamah  samada syariah, sivil dengan kerajaan ataupun mana-mana parti siasah. Apatah lagi dengan badan siasah seperti UMNO dan BN. LKS yang menyibok dengan mempromosi pemikiran John Berthelsen (pix),  suspected sebagai prejudis terhadap Malaysia dan undang-undang Syariah Malaysia, keterangan yang nyata bahawa LKS dan DAP adalah promoter pandangan yang jahil terhadap hukum syariah. Inilah sikap LKS dan DAP.

Hudud PAS sendiri tidak digemari LKS dengan DAPnya. Inilah jurang pemisah PAS-DAP. Namun kelihatan sebahagian PAS terlalu dan melampau terhegeh-hegehnya dengan menyokong dan mengagung-agungkan DAP. John Berthelsen (Pic) inikah juga yang diagung-agungkan PAS?

Hukum Syariah di Malaysia sebenarnya sedang mengalami perubahan demi perubahan sehingga ianya mantap dan dapat memenuhi tuntutan Islam. Jika Hudud lengkap dan tiada cacat celanya kenapa sampai kini tidak dilaksanakan, even di Kelantan? Kerana itu, sebarang usaha, seperti usaha LKS dengan penulis Barat pujaannya, untuk membantutkan Hukuman Syariah hanya akan dilihat sebagai usaha dan gagasan untuk terus memadamkan Undang-Undang Syariah di Mahkamah Syariah di negara ini.

Kenapakah LKS terus menjahilkan dirinya dengan Mahkamah Syariah? Anda  1Malaysia memahaminya dan tahu dengan pasti jawabannya. 

Oleh itu bolehkan kita syorkan supaya hukuman sebat dipertimbangan untuk diluluskan di Mahkamah Sivil ke atas politician yang sengaja menjahilkan diri mengenai sesuatu isu dan undang-undang?

Dengan demikian akan menghindar mereka yang mempersenda dan mempelekah undang-undang Syariah yang menjurus kepada pengukuhan Undang undang Islam dan hukum Al Quran.

RELATED:
-The Star mesti dibasuh.
Apakah Otak LKS juga perlu dibasuh?

Ke Mana Tumpahnya Kuah?

Raja Petra Kamaruddin memang pujaan pencacai DAP. Bagi penyokong DAP, RPK ada model manusia Malaysia yang terbaik. Pakatan Pembangkang juga melihat RPK sebagai pejuang mereka yang tidak jemu-jemu menegakkan kebenaran dan berasakan kebebasan dan human rihgt dan pelbagai lagi rights!

Di mana RPK? Bukankah dia jadi fugitive yang pengecut?. Bagaimanapun RPK tetap menjadi pujaan DAP kerana RPK adalah "Anak Melayu Juga" yang bersedia membalun, menggulung dan memerangi Melayu. So, Jika ada Melayu di luar sana yang bersedia membalun dan menggulung Melayu pasti akan menjadi pujaan hati DAP.

"Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi". "Bapa borek anak rintik". Raja Azman bin Raja Petra ditahan reman di penjara tersebut sejak 19 Mei tahun lalu selepas gagal membayar ikatjamin. Dia menghadapi empat tuduhan pecah rumah dan curi.

RPK yang jadi pengecut dan jadi fugitive ke London mengamuk. RPK pula yang lebih tahu bahawa anaknya didera oleh pihak Penjara Sungai Buloh. Bagaimanapun, Datuk N Siva Subramaniam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) memutuskan bahawa pihaknya tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan berlakunya salahlaku oleh pihak Penjara Sungai Buloh terhadap Raja Azman bin Raja Petra.

Bila anaknya RPK suatu masa dulu mengaku salah mencuri dan memecah rumah ada pula pihak yang 'batu api" supaya dia jangan mengaku salah terhadap pembuatan mencuri dan memecah rumah itu. Bila RPK dituduh memfitnah dan cuba dihadapkan ke mahkamah dia pula jadi pengecut ke London. Bagai kuah tumpah ke nasi. RPK dan Raja Azman ini bagaimanapun tetap menjadi pujaan DAP. Namun, bila sudah tidak mampu dipertahankan lagi kesalahan itu DAP mula mengundur diri. Beginilah sikap DAP!.

-noreen PJ 

Related:
-Raja Azman anak kepada Raja Klentong Raja Bodoh Kamarudin sudah mengaku kepada Suaram bahawa dia menelan pisau cukur dalam percubaan membunuh diri di lokap.

Thursday, February 25, 2010

Muhyidin Sharpening His Knife: Muslihat syaitan.

 
Tak masuk akal mengatakan Muhyidin anti 1Malaysia dan sedang mengasah Pisau untuk menyerang Najib.
Bisikan Syaitan: "Hai kamu manusia, katakan kepada dunia dan rakyat Malaysia sekelian bahawa masa ini Muhyidin sedang mengasah pisaunya dan bakal menyerang Najib. Pisaunya kini semakin tajam, semakin berkilau dan sedang dahagakan darah Najib. Ha ha ha..Muhyidin kini mahu menyerang Najib kerana Muhyidin nak jadi PERDANA MENTERI"
MAKA para pengikut syaitanpun bekeliaranlah menaburkan fitnah ini ke seluruh dunia terutama di dunia cyber di ruang angkasa Malaysia dan media massa para syaitan.

Pada suatu hari, seorang pengikut syaitan, Laksamana Ketua Syaitan (LKS) bertemu seorang anak muda yang agak perkasa. Maka berkatalah LKS kepada Pemuda perkasa itu seperti yang dibisikkan syaitan di telinganya. Dengan yakin dan sabar pemuda perkasa itu  menjawab dengan satu soalan; "Hai kau LKS, Kalau Muhyidin jadi Perdana Menteri, bagaimana dengan BOSS mu?"

Maka tersipu-sipulah Laksamana Ketua Syaitan lalu bertanya pada dirinya soal yang sekian lama tertanam di benaknya "rupanya perkataan syaitan ini tumpul pula dari pisau yang tajam milik Muhyidin. Kenapa orang kata lidah lebih tajam dari pisau?".

Duduklah LKS ini di bawah sepohon pokok yang rendang. Kebingungan mengenangkan nasib anaknya di Pulau Gemala yang diserang kerana sikapnya yang seperti ahli Parti Komunis Malaya yang ganas. Tiba-tiba dia terpandang papan tanda tertulis "freedom tree". Lalu dia bingkas bangun dan menyampah; "Chiss! Syaitanpun sudah mula memperli aku...setannnnn. Why did they discredit my son...sh....t uuuhh damn"

Cerita imaginasi semata-mata tanpa mengena sapo-sapo! Kalo terkena sori..tak sengaja.
-noreen PJ.

Wednesday, February 24, 2010

Konspirasi: Malaysia Dalam Bahaya.

 
 Siapa yang kelihatan seperti pelaku konspirasi yang mengancam keselamatan negara?

Niat di sebalik serangan terhadap ekonomi negara kita pada tahun1997-1978 tidak harus dipandang ringan. Jerat tidak akan lupa pelanduk. Rakyat Malaysiapun majoriti sudah sedar dan tahu siapa di sebalik IMF dan mereka yang menjadi penyangak matawang. Kita sedar itu adalah serangan terhadap ekonomi negara dan beberapa negara Asia. Serangan itu sendiri adalah satu konpirasi untuk melemahkan ekonomi yang diharap akan membuat rakyat kita membenci dan bangun menentang kerajaan, kendatipun kerajaanlah yang bermati-matian mempertahankan negara dari ancaman musuh negara.

Jerat memang tidak lupa pelanduk. Serangan ekonomi itu walaupun berjaya ditepis dalam beberapa tahun namun ia masih meninggalkan kesan dan masih meninggalkan jentera dan kader-kadernya. Berapa orangkah yang masih muflis kerana serangan itu? Berapakah pula yang masih terpaksa merangkak kesan serangan ekonomi itu?

Media asing dan beberapa portal dalam negara masih dapat diperalat penyangak ini untuk terus menyemai bibit-bibit perpecahan dan kebencian terhadap kerajaan. Mereka sedar bahawa perpaduan yang menjadi kekuatan negara ini mesti dirapuhkan dengan pelbagai cara dan muslihat. Kebebasan media diperjuangkan konon untuk memberi laluan kepada "freedom of expression" dan "human rights". Akibatnya timbul, bukan sedikit media yang mengatakan Malaysia adalah "negara rotten", sistem perundangnnya rotten, minda masyarakatnya rotten, keselamatan awam rotten, polis rotten malaysian products rotten dan serba serbi rotten. Lebih dasyat lagi bila dikatakan apa-apa jua program pembangunan rakyat yang dilaksanakan kerajaan dicop sebagai korupsi, dan dianggap membajir wang rakyat!!!

Apakah semua itu bukan konspirasi?

Landskap politik negara yang berubah selepas PRU12, membuka ruang yang luas bagi pengerak dan pengamal budaya konspirasi ini untuk menyelinap dalam sistem pentadbiran dan minda masyarakat kita. Masyarakat kita pula bukanlah masyarakat yang "super vigilant," yang proaktif terhadap situasi yang berlaku dalam negara. Masyarakat kita ramai yang menerima dan mengamal budaya "take for granted". Apa-apa situasi yang berlaku ianya dianggap tidak serius. Oleh itu, ia bakal dapat diselesaikan dengan mudah. Persis seperti sikap "in denial".

Camputangan 50 MP Australia dalam Kes Sodomi II memang satu ancaman. Walaupun DSAI menafikan dengan bertanya "siapa yang menjemput mereka?" Ingat, "Jerat tidak lupakan pelanduk". Sebaiknya kita tanya DSAI balik, siapa yang mengupah pakar Australia, Amerika dan India untuk menyertai kes Sodomi II? Siapakah yang menemui George Soros untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi melawan kerajaan? Bukakah Soros adalah penyangak matawang dan pendokong "pemasang jerat" yang menunggu peluang menghancurkan negara?

Kospirasi seperti ini ternyata mengancam keselamatan negara. Jika ancaman seperti ini dicongak dan dicapur dengan kegiatan survatif yang ditaja anasir asing selama ini, tidak mustahil perpaduan rakyat kita dan keselamatan negara kita terancam dan berada pada tahap berbahaya.

Andaikan, Kerajaan kita seperti Fatah dan PAS adalah seperti Hamas di Palestine. Bukankah mereka mudah dikotak katik dan dihasut untuk saling berperang antara satu dengan yang lain? Bukankah pertelingkahan Hamas dan Fatah adalah kerana hasil konspirasi? Bukankah konspirasi itu berjaya kerana adanya perpecahan sesama mereka, ummah, Palestine?

Masihkah kita terus menjadi pengamal budaya "in denial" dan "take for granted"? Bukankah tanggungjawab kita ialah mengalahkan dan menundukkan petualang durjana yang mengatakan serba serbi di negara kita ini rotten? Bukankah kewajiban kita mempertahankan negara ini dari ancama musuh dari dalam dan luar negara.

So, kenali konspirasi dan kuncu-kuncunya. Patahkan mereka dan ancaman mereka. Selamatkan Negara kita, rakyat kita, dalam 1Malaysia. Selamat berjuang.

Related:
-Anwar Ibrahim Defends Asia’s Colonial Masters by Mike Billington

Michael Danby, Sahabat karib DSAI di Australia, adalah penyokong fanatik Israel. dan gerakan GHLS-Gay, Homosexual, Lesbian dan Sodomi.

 
Michael Danby berucap di hadapan penyokong  fanatik zionist Israel dalam satu demonstrasi mengutuk serangan roket Hizbullah ketika Isreal menyerang dan menghancurkan Selatan Lubnan dengan serangan udara, laut dan darat.
 Pada Perarakan inilah Dany berucap membakar semangat penduduk Australia yang pro Israel menyerang Lubnan Selatan.
 Mereka berdemonstrasi menghalalkan pembunuhan Masyarakat Islam di Lubnan Selatan
DSAI bersama Micheal Danby di Australia. Apakah yang mendorong persahabatan ini? Apakah Keselamatan negara ini tidak lagi terlintas difikirannya? Atau dia sudah tidak perduli lagi?

Apakah dan siapakah yang menhubungkan DSAI dengan Michael Danby? Tiada siapa yang tahu dengan pasti. Ramai yang telah menceritakan bagaimana hubungan Danby dengan gay right di Australia dan tidak berapa ramai yang mengetahui hubungan kimpulan GHLS dengan Israel.

Israel adalah pusat gay sedunia. Di Israellah tumbuh gay dengan bebasnya sehingga mereka mampu mengguggat kerajaan Isreal dan kedudukan rabbai di Israel. Malah ramai tentera elite Israel terdiri dari  pengamal kehidupan gay. Kumpulan gay ini mewah dan mendapat sokongan kemudahan dan kewangan kerajaan Israel dan Amerika.

Gerakan gay di Australia dipelopori oleh masyarakat Gay Isreal di Australia. Mereka mendapat bantuan dari gerakan gay di Israeal sehingga mereka mampu mempengaruhi keputusan kerajaan.

Campurtangan 50 MP Australia ke atas kes Sodomi II memang tidak boleh dipisahkan dengan keinginan dan hasrat Isreal dan zionist. DSAI menyedari sentiment rakyat Malaysia yang tidak selesa dengan bab Israel ini. Oleh itu, DSAI, dalam ucapannya sering hanya menyatakan bahawa Dia mendapat sokongan USA, Turki dan Qatar dengan cuba berpura-pura lupa menyebut Australia.

Nilailah dengan memikiran terbuka gambar-gambar ini. Ianya bukan direka dengan super impose atau engineered. Anda boleh melihat lebih banyak gambar berkaitan [di sini]

Sanggupkan anda diperjudikan kepada Israel? Sanggupkah anda jika kedaulatan negara dan undang-undang negara ini dicabuli kuasa asing, lebih-lebih lagi  oleh negara sekutu Israel yang sememangnya menyimpan niat yang buruk ke atas negara kita, bangsa kita dan ugama kita? Bukankah camputangan 50 MP Australia itu adalah ancaman yang berbahaya terhadap keselamatan negara kita?

Related:
RPK, Raja Petra mengaku PKR dibiayai Yahudi Soros

Tuesday, February 23, 2010

Bila PAS diPKRkan: Di Mana Fatwa Tok Guru?

 
Apa-apa jua yang dipacakkan DSAI dalam Pakatan Rakyat, Fatwa TGNA tidak kedengaran. Bila Boss Interfaith Commission-IFC jadi Pengerusi JK Desiplin PR tiada siapa yang membantah. Kebal sangatkah Faith PAS dengan pengaruh Interfaith?

SIVARASA RASIAH PENGERUSI JK DESIPLIN PR.
"Kita menetapkan untuk tubuh suatu jawatankuasa tatatertib peringkat Pakatan Rakyat dan kita minta Saudara Sivarasa Rasiah untuk mempengerusikan jawatankuasa ini," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bila DSAI membuat keputusan melantik Pengerusi Jawatankuasa Desiplin PR seperti di atas dengan meletakkan Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah selaku boss IFC, PAS diam. TGNA tidak kedengaran mengeluarkan apa-apa fatwa. Malah tiada tindakbalas dari PAS dan pemimpinnya. Dalam bab Sodomi II dan rogol, TGNA sudah mengeluarkan fatwa, "konon tidak boleh dibicarakan dimahkamah kerana mengaibkan tertuduh". Boleh pegangkah fatwa ini?

Semua sudah mengetahui bahawa Sivarasa bermasalah dengan YB Zulkifli Noordin interm of "faith" termasuklah "political faith". YB Zul menghadapi tuduhan  menyalahi "political faith" kerana faithnya dan ketegasannya mempertahankan fundamental faith yang menjadi pegangannya. Selesakah YB Zul  jika kesnya ditangani boss IFC dan bekas "lawannya bergusti"?

Apakah PAS sudah merelakan dirinya untuk diPKRkan sehingga Mursyidur Am PAS sendiri sudah tidak bersuara mengenai keputusan DSA ini? Soal PAS di Pakatan Pembangkangkan sudah tidak dipersoalkan lagi kerana PAS memang dalam Pakatan pembangkang.

Selesakah PAS dalam Pakatan Pembangkang bila ideologinya disapu di bawah carpet dan  HANYA dibenarkan untuk di perjuangkan di pentas rakyat TETAPI BUKAN untuk diterimapakai dalam urusan pentadbiran Pakatan Pembangkang? Selesakah PAS diadili oleh boss Interfaith Commision Malaysia dalam soal-soal desiplin? Hatta, bila berlaku penyelewengan aqidah politik PAS refer to IFC's boss!!

Related:
-Khalid Samad Pertikai Keadilan Kepemimpinan Pas