Translate

Friday, February 26, 2010

LKS tetap sokong walaupun DSAI Tewas Sodomi II.

 
Sokongan asing: Lim Kit Siang Menyedari, Dia dan DAP semakin dikejar waktu.

Kit Siang akan bermati-matian menyokong Sodomi II walaupun lebih kes ini kini kelihatan parah. Mantan Pengerusi PKR Sabah, Saidatul Badrun Tun Said Keruak sudah memberikan isyarat awalnya suapaya Wan Azizah insaf. Seolah-olah dia tahu sesuatu di sebalik Sodom II. Datuk S.Nallakaruppan pula ada menyebut nama Wan Azizah, apabila secara sinis mencadangkan pengurniaan anugerah ‘Pelakon Wanita Terbaik 2010' kepada Wan Azizah atas kehebatan ‘lakonannya’ ketika berhadapan dengan rakyat. Seolah-olah Nala juga tahu bahawa Azizah menyimpan rahsia besar dan sekadar berlakun di hadapan rakyat mengenai kesalahan DSAI.

Bila DSAI memasang kacamata hitamnya pada hari pertama perbicaraan sodomi II, dia benar-benar kelihatan seperti gay. Barangkali dia telah menyedari keadaan itu dan tidak lagi menggunakannya pada hari perbicaraan seterusnya.

Speak out for Anwar Ibrahim’s Sake By Paul Martin, former prime minister of Canada terlalu menarik perhatian LKS. Seolah-olah orang asinglah yang lebih arif tentang ke Sodomi II. Sepatutnya Paul Martinlah yang tanya rakyat Malaysia tentang Sodomi II. BUKAN rakyat Malaysia yang mesti dengar Paul Martin. Kita lebih mengetahui. Soalnya kenapakah rakyat asing, kuasa asing dan pandangan asing terlalu diagung-agungkan DAP dan LKS bersabit dengan isu dalam Negara Malaysia? Apakah inilah keterangan yang nyata bahawa patriotisma LKS tidak wujud langsung untuk Malaysia?

Rakyat Malaysia faham bahawa DSAI adalah sebahagian dari nyawa DAP. Tanpa DSAI tidak mungkin DAP mendapat tempat dalam PAS. Tanpa PAS, DAP akan jadi pembangkang yang bernafas dalam kesesakan. Kalau DAP ada gut cubalah nafikan ini dan halau PAS dari Pakatan Pembangkang?

PAS kini harus menyedari bahawa ia lebih diperlukan DAP dari PAS memerlukan DAP. Tetapi dalam kebersamaan DAP sering menekan PAS supaya mengikuti telunjuknya. Tanpa DAP, PAS akan berjalan seperti biasa malah dengan kerjasama DAP, PAS kehilangan sebahagian penyokong sebenar PAS. Kalau diandaikan Pakatan Pembangkang mempunyai lebih kuasa yang ada kini, PAS pasti akan dikesampingkan oleh DAP. Just watch....

Realitinya kini Pakatan Pembangkang semakin runtuh dan kehilangan pengaruh walaupun kokoknya masih berderai-derai. Sokongan asing yang terus-terusan dipinta tidak akan membantu menaikkan imej Pakatan Pembangkang. Saidatul Badru dan Nalakarupan lebih kredible dipercayai dari Paul Martin atau Michael Danly, MP Australia atau mana-mana kuasa asing termasuk Hillary Clinton, Setiausaha negara Amerika. Cuma LKS sahaja yang berbangga dengan camputangan mereka kernaa dia menyedari bahawa dia semakin dikejar waktu. Dia tetap akan menyokong DSAI walaupun DSAI kelak tumpas dalam sodomi II. Karpal Singh,  ketua penguambela DSAI, adalah Pengerusi DAP.  Nyatalah LKS semakin mencuba untuk menegakkan benangnya yang basah.

No comments: