Translate

Tuesday, February 23, 2010

SATU LAWAN SATU PRU13 DI SABAH: "ANGAN-ANGAN IKUT AKU"

 
Datuk Kalakau Untol Masuk PKR 28 Februari ini, satu tarik yang amat sengkat kerana hanya 28 hari sebulan: Tan Sri Benard Dompok, Presiden UPKO sampai kini masih belum bersuara. Apakah ini bermakna "masuklah dan keluarlah" sekaligus?

Bemimpikan "satu lawan satu" dalam PRU13 di Sabah merupakan satu perkara yang hampir mustahil. Di Sabah banyak parti tempatan lain yang tidal menyertai BN atau Pakatan Pembangkang (PR). SAPP sebagai serpihan komponen BN lebih memperjuangakan konsep "Sabah base parti". Parti-Parti lain seperti Setia, Bersekutu, PPRS (Parti Perpaduan Rakyat Sabah) dan Bebas.

 

Pada PRU12 di Sabah, kita telah menyaksikan pertanding ramai calon-calon dalam satu kawasan. pilihanraya. Sehingga ada pertandingan yang melebihi 5 penjuru atau calon dalam satu kawasan. Amat jarang ada kawasan sat lawan satu. Kalau adapun, kawasan itu memang kawasan yang favorite panas untuk dikuasai BN samada MTB atau lawan akan kehilangan wang pertaruhan. Kawasan-kawasan yang BN dilihat menghadapi tentangan pada lazimnya akan ditandingi ramai calon. Trend inilah yang berlaku dalam semua pilihanraya yang diadakan di Sabah sejak dari dahulu lagi. Mudahkah Pakatan Pembangkang (PR) mengubah trend ini? Mudahkah PR menarik hidung pemimpin Sabah base parti ini untuk mengikut telunjuknya? "They must be dreaming" kata seorang kawan SL, seorang penganalisa politik Sabah, yang banyak mentelaah PRU di Sabah.

Datuk Kalakau Untol akan menyertai PKR secara resmi pada 28 Februari ini. Agak unik kerana 28 Februari adalah penghujung hari, bulan terpendik, dalam satu tahun. 28 hari bagi tahun biasa dan hanya 29 hari bagi tahun lompat. Orang kata itulah pertanda bahawa Kalakau juga tidak akan bertahan lama di PKR.

Kalakau Pernah menjadi MP dalam PBS; meninggalkan PBS dan membentuk AKAR; kemudian kembali semula ke PBS bersama-sama Mendiang Datuk Mark Koding; meninggalkan PBS sekali lagi untuk menyertai UPKO. Kini, Kalakau meninggaklan UPKO untuk bakal menyertai PKR secara resmi 28 Februari ini. Adios Amigo. Grasias!

Tan Sri Benard Dompok, Presiden UPKO-United Pasak-Momugon KadazaanDusun Organisation, belum membuat sebarang respon ke atas tindakan Kalakau ini. Umum sudah memberikan komen. yang sinistikal dengan mengatakan "keluarlah dan syukurlah kerana Kalakau keluar UPKO-BN". Apakah Dompok juga lega seperti sesetengan yang melemparkan komen mereka?

Pra-Penyertaan Kalakau semasa lawatan Presiden PKR ke Sabah pada 21 Februari lepas, melahirkan satu harapan kepada PKR agar formula satu lawan satu dijadikan asas kekuatan menumbangkan BN. di Sabah. Seperti yang dikatakan penganalisa politik Sabah, satu lawan satu hanyalah impian "ikutlah aku", bermakna parti-parti yang lain kuburkan idelogi politik mereka dan bergabung dalam Pakatan Pembangkang. Mustahilnya mula kelihatan dengan wujudnya parti-parti "Sabah base" yang lebih berpengaruh dari Pakatan Pembangkang. Barangkali ada beberapa ramai lagi pemimpin dalam PKR sendiri yang akan terpaksa berhentap sesama sendiri dalam PRU 13, apabila  ada pemimpin PKR  sendiri yang tidak diturunkan sebagai calon PR kelak. Ini tidak mustahil, melihat kepada norma konfrontasi yang menjadi norma PKR.  Oleh itu, mengatakan satu lawan satu dalam PRU13 tidak mustahil akan menjadi mustahil.

Well, dream is free..so please, do continue dreaming..

2 comments:

YANG GAMBI said...

Salam SL, rakyat sepatutnya tahu itulah pendirian Kalakau Untol..... dia bukan berfikir untuk rakyat, tetapi kepentingan diri sendiri.... jauhkan diri anda dari orang seperti ini...

Anonymous said...

Satu (BN) lawan sepuluh pun teda hal punya, yang mo betanding tu bukan mo manang...mo minta kana bili saja bah itu waktu penamaan calon, macam si danny andipai vs joseph kurup... hujung-hujung barang ndak jadi kana bili.. kana tumbuk pula si joseph kurup.
Dlm PRU ke-13 nanti.... mesti gempak punya, semua orng akan jadi calon.. kitapun boli ikut jadi calon..kalau mahu hilang wang pertaruhanlah.....
Yang penting SL... rakyat Sabah di maklumkan secukup-cukupnya ttg BN, biar mereka lebih mengenali BN, biar mereka tahu...dari BN jugalah, ahli-ahlinya yg tidak dapat menonjolkan diri, terpaksa keluar menjadi pembangkang..
disinilah peranan kita untuk menjelaskan perkara sebenarnya...