Translate

Saturday, February 27, 2010

Gilir Ketua Menteri Sabah: Lim Kit Siang Memutar Lidah lagi

  
Kenapa LKS tidak menyoal Barisan Kepimpinan DAP Sabah apa yang mereka lakukan untuk pengukuhan perpaduan kaum dan apa sumbangan mereka kepada pembangunan Sabah selain amalan posing di hadapan kamera?. Inikah barisan agen perubahan di Sabah? Perubahan apa?

Lim Kit Siang sudah lali politik. Dia mula memutar lidahnya dengan lebih ligat lagi mengenai pengiliran jawatan Ketua Menteri yang sudah lama berlalu. LKS tiba-tiba jadi pelupa bahawa dialah penentang utama sistem pengiliran jawatan Ketua Menteri Sabah itu semasa ianya baru diperkenalkan di Sabah tahun 1994-2003.

Jika ditanya 10 orang rakyat Sabah apakah jasa dan sumbangan DAP kepada mereka, 11 orang menjawab "tiada", termasuk yang menyoal!. Oleh itu bila LKS bertanya; What is the Umno/Barisan Nasional record of their rule of Sabah in the past 16 years since 1994. Anda bolehlah menjawabnya "LKS buta oleh kelalian politik yang hanya fasih membangkang". Tanyalah LKS ada tidak sekecil-kecil projek yang dibuat DAP di kawasan anda, hatta, sebatang lorong kaki? Bagi saya DAP tiada melakukan apa-apa peubahan positif di Sabah. Period!

Kedatangan LKS ke Sabah semasa berucap kepada Kadazan representatives at Windbelll Restaurant, Kota Kinabalu on Friday, 26th February 2010 at 9 pm. sekadar, dalam masa yang sengkat LKS, sempat meniupkan semangat perkauman dengan mengatakan bahawa kaum KDM di Sabah terpinggir dan "betryed" oleh BN-UMNO. Seolah-olah bangsa saya dikatakan mundur dalam era BN-UMNO. Lebih teruk lagi apabila dia tidak nampak perubahan di Sabah sejak tahun 1994 hingga kini!

Pendekatan politik menggunakan isu perkauman di Sabah adalah pendekatan yang sudah basi. Perpaduan lebih dari 32 suku kaum di Sabah yang mantap tidak wajar diracuni. Politik perkauman sudah ditolak di Sabah. Pemimpin perkauam juga ditolak. Trend politik LKS yang menghancurkan keharmonian kaum di Semenanjung Malaysia tidak akan mendapat tempat di Sabah. Anehnya dia adalah pengamal yang teruk politik perkauman tetapi dalam masa yang sama, menuduh pemimpin Sabah pula mengamal perkauman!.

Kenapa LKS tidak mengambil iktibar dari perbuatan anaknya LGE di Pulau Pinang yang memusnahkan perumahan dan kampung Kaum India di Kg. Buah Pala dan merobohkan permis perniagaan orang Melayu di Pulau Pinang?. Kenapa pemimpin DAP di Sabah tidak memberi amaran kepada LKS supaya tidak membawa isu perkauman di Sabah? Tidakkah mereka gentar ditolak oleh kaum-kaum di Sabah yang bencikan politik perkauman? Apakah DAP Sabah juga merestui politik perkauman?

Sabah sudah banyak mengalami revolusi politik dan perubahan kerajaan. Politician memutar lidah sudah ramai yang kecundang di Negeri di Bawah Bayu, ini. Negeri ini sebaiknya dijadikan model perpaduan kaum yang terbaik di Malaysia. Janganlah sama-sekali perpaduan ini diracuni.

1 comment:

Anonymous said...

DAP sudah merancang untuk menerajui negara ini.Bekas setiausaha sulit Lee Kuan Yew ini memang licik dan memang cita-cita mereka berdua,LKS dan LKY untuk mengambilalih negara ini sudah nampak hasilnya dengan bantuan orang-orang Melayu di negara ini.Cukup membimbangkan dan sekiranya berlaku, tak mustahil negara ini akan menjadi "REPUBLIK"

Fikir-fikirkanlah wahai orang2 Melayu di negara ini.

KAIZER