Translate

Tuesday, February 23, 2010

Bila PAS diPKRkan: Di Mana Fatwa Tok Guru?

 
Apa-apa jua yang dipacakkan DSAI dalam Pakatan Rakyat, Fatwa TGNA tidak kedengaran. Bila Boss Interfaith Commission-IFC jadi Pengerusi JK Desiplin PR tiada siapa yang membantah. Kebal sangatkah Faith PAS dengan pengaruh Interfaith?

SIVARASA RASIAH PENGERUSI JK DESIPLIN PR.
"Kita menetapkan untuk tubuh suatu jawatankuasa tatatertib peringkat Pakatan Rakyat dan kita minta Saudara Sivarasa Rasiah untuk mempengerusikan jawatankuasa ini," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bila DSAI membuat keputusan melantik Pengerusi Jawatankuasa Desiplin PR seperti di atas dengan meletakkan Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah selaku boss IFC, PAS diam. TGNA tidak kedengaran mengeluarkan apa-apa fatwa. Malah tiada tindakbalas dari PAS dan pemimpinnya. Dalam bab Sodomi II dan rogol, TGNA sudah mengeluarkan fatwa, "konon tidak boleh dibicarakan dimahkamah kerana mengaibkan tertuduh". Boleh pegangkah fatwa ini?

Semua sudah mengetahui bahawa Sivarasa bermasalah dengan YB Zulkifli Noordin interm of "faith" termasuklah "political faith". YB Zul menghadapi tuduhan  menyalahi "political faith" kerana faithnya dan ketegasannya mempertahankan fundamental faith yang menjadi pegangannya. Selesakah YB Zul  jika kesnya ditangani boss IFC dan bekas "lawannya bergusti"?

Apakah PAS sudah merelakan dirinya untuk diPKRkan sehingga Mursyidur Am PAS sendiri sudah tidak bersuara mengenai keputusan DSA ini? Soal PAS di Pakatan Pembangkangkan sudah tidak dipersoalkan lagi kerana PAS memang dalam Pakatan pembangkang.

Selesakah PAS dalam Pakatan Pembangkang bila ideologinya disapu di bawah carpet dan  HANYA dibenarkan untuk di perjuangkan di pentas rakyat TETAPI BUKAN untuk diterimapakai dalam urusan pentadbiran Pakatan Pembangkang? Selesakah PAS diadili oleh boss Interfaith Commision Malaysia dalam soal-soal desiplin? Hatta, bila berlaku penyelewengan aqidah politik PAS refer to IFC's boss!!

Related:
-Khalid Samad Pertikai Keadilan Kepemimpinan Pas

2 comments:

Anak X-PKR said...

ISLAM DIHINA DI MALAYSIA
Baca sama-sama...

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

bdk sg boya rwg said...

pas adalah parti ajaran sesat...masuk pas masuk surga kata n.ajis wali selipar....kalo kata2 anwar al juburi lagi tak ble pkai...hanya menyesatkan umat islam dan melayu...DAPig tetap komunis yg nak hancurkan melayu...senang cite pakatan rosak(pr) adalah pakatan yg hina lagi keji...bn dan umno sekeji2pun kita ni sume besekolah sbb dorang la..anta anak kt ipta tu sape yg buat?g hspital spe yg buat??ahli2 fanatik pr lu pikir la...