Translate

Saturday, February 27, 2010

Badan Desiplin Pakatan Pembangkang Pilih Bulu.


Ahli Parlimen Nibong Tebal dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Tee Beng telahpun membuat kenyataan terbukannya terhadap LGE. TTB menuduh LGE sebagai berat sebelah dan pemimpin yang tiada kelas. Sehingga dia mengugut untuk mengambil tindkan terhadap LGE, dia belum diambil tindakan oleh Jawatankuasa Tindakan Desiplin Pakatan pembangkang.

Di Sabah pula, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan pernah melebel DSAI sebagai pemimpin yang hanya  mahu menggunakannya dan penyokongnya sebagai alat politiknya. Berikutan dengan kumpulan yang menyokong Jeffrey memohon untuk mendaftar sebuah parti yang dipanggil Parti Cinta Sabah. Penaja-penaja parti ini adalah Pemegang jawatan AMT PKR Sabah dan sebahagiannya AJK Ranting dan terdapat juga beberapa orang pernah bercalon atas tiket PKR semasa PRU 12. Meraka ini juga tidak diapa-apakan oleh JK Desiplin Pakatan Pembangkang.
 
Gambar Ehsan: Sabahkini

3Z, Zaid, Zulkifli dan Zaharin barangkali bulunya memang seperti "katak makanan ular" makan mereka disenaraikan sekaligus untuk diambil tindakan tatatertib, walaupun YB Zulkifli, MP Kulim Bandar Baharu agak menjadi kontroversial. Datuk Zaharin Hashim pula memilih jalannya sendiri dengan meninggalkan PKR.

Kesalahan Tan Tee Beng dan Zaharin hampir sama. Namun bulu Tan barangkali BUKAN seperi bulu "katak makanan ular" maka dia tidak menghadapai masalah untuk "diketuk". Bagi Tan, tuduhan berat sebelah dan pemimpin tiada kelas itu bagaikan sudah "ditanggung halal". Kalau nak test perbezaan bulu samada bulu "katak makanan ular" cubalah Dr. Hassan Ali tuduh LGE berat sebelah dan pemimpin yang tiada kelas; kena ketuk atau tidak?

Ujian kedua cubalah pemimpin PKR seperti Xavier tuduh DSAI sebagai meperalatnya untuk tujuan politik dan bakar pula jambatan dengan PKR. Selepas itu Xavier pula mengarah kawan-kawannya yang lain yang terdiri dari AJK, bekas-bekas calon PRU12 atas tiket PKR dan ketua-ketua ranting PKR untuk mendaftar sebuah parti seperti Parti Cinta Selangor. Adakah tindakan Xavier itu akan dihalalkan?

Inilah sebahagian dari gambaran sebenar bahawa dalam Pakatan Pembangang, amalan "double standard" berleluasa dan pilih bulu menjadi amalan biasa.

Pengikut-pengikut Jeffrey Kitingan yang mendaftar PCS-Parti Cinta Sabah masih menganggotai PKR. Mereka ini terdiri dari AMT PKR Sabah, AJK Ranting dan bekas-bekas calon PKR dalam PRU12. Apakah ini akan dijadikan sebagai precedence dalam journal dan rujukan PKR dan AJK Tatatertib Pakatan Pembangkang?
Apakah memang benar bahawa Pakatan Pembangkang memang pilih bulu dalam mengambil tindakan desiplin?

-noreen PJ

No comments: