Translate

Friday, February 26, 2010

"Otak tiada yang betul". Cadang hukuman sebat untuk politician yang jahil!

Tanya LKS: Komunis dan Barat iktirafkah hukuman "sebat"? Tapi komunis menyebat. LKS menyanjung dan memuji penulis Barat yang mengutuk hukuman sebat. Sejak bila barat mengiktirat hukuman sebat?. Komunis sekalipun tidak akan mengiktirat undang-undang  yang  mengenakan hukuman sebat, tetapi komunis mendera musuhnya dengan menyebat!

LKS cuba sedaya upaya menyuntikkan pemikiran asing dalam peraturan dan budaya kita. Sebat yang dijatuhkan baru-baru ini adalah keputusan Mahkamah Syariah. UMNO dan Barisan Nasional tidak boleh menyekat dan mencampuri keputusan Mahkamah Syariah. Sama seperti UMNO dan BN tidak boleh mencampuri keputusan mahkamah sivil.

Rakyat Malaysia dan LKS sendiri faham bahawa telah wujud "saparation of power" antara Mahkamah  samada syariah, sivil dengan kerajaan ataupun mana-mana parti siasah. Apatah lagi dengan badan siasah seperti UMNO dan BN. LKS yang menyibok dengan mempromosi pemikiran John Berthelsen (pix),  suspected sebagai prejudis terhadap Malaysia dan undang-undang Syariah Malaysia, keterangan yang nyata bahawa LKS dan DAP adalah promoter pandangan yang jahil terhadap hukum syariah. Inilah sikap LKS dan DAP.

Hudud PAS sendiri tidak digemari LKS dengan DAPnya. Inilah jurang pemisah PAS-DAP. Namun kelihatan sebahagian PAS terlalu dan melampau terhegeh-hegehnya dengan menyokong dan mengagung-agungkan DAP. John Berthelsen (Pic) inikah juga yang diagung-agungkan PAS?

Hukum Syariah di Malaysia sebenarnya sedang mengalami perubahan demi perubahan sehingga ianya mantap dan dapat memenuhi tuntutan Islam. Jika Hudud lengkap dan tiada cacat celanya kenapa sampai kini tidak dilaksanakan, even di Kelantan? Kerana itu, sebarang usaha, seperti usaha LKS dengan penulis Barat pujaannya, untuk membantutkan Hukuman Syariah hanya akan dilihat sebagai usaha dan gagasan untuk terus memadamkan Undang-Undang Syariah di Mahkamah Syariah di negara ini.

Kenapakah LKS terus menjahilkan dirinya dengan Mahkamah Syariah? Anda  1Malaysia memahaminya dan tahu dengan pasti jawabannya. 

Oleh itu bolehkan kita syorkan supaya hukuman sebat dipertimbangan untuk diluluskan di Mahkamah Sivil ke atas politician yang sengaja menjahilkan diri mengenai sesuatu isu dan undang-undang?

Dengan demikian akan menghindar mereka yang mempersenda dan mempelekah undang-undang Syariah yang menjurus kepada pengukuhan Undang undang Islam dan hukum Al Quran.

RELATED:
-The Star mesti dibasuh.
Apakah Otak LKS juga perlu dibasuh?

2 comments:

Senjaliza said...

John,
interesting write up ; “opposition leader Anwar Ibrahim on charges of consensual sex with a male, a selective prosecution at best even if he did it”

Itulah pujian terhadap paparan dalam Blog LKS.

So DAP dan mereka semua pro kee DSAI walaupun DSAI menjubur Saiful?

YANG GAMBI said...

Salam SL, kepala komunis hanya akan memikirkan hukuman terhadap rakyat jelata sahaja, bukan untuk pemimpin mereka........ tak hairan kalau dalam kepala LKS penuh dengan agenda komunis... Macam mana ye PAS nak tegakkan agama Islam kalau bersama DAP ni...........