Translate

Friday, November 26, 2010

Mengata Udang Direbus, Ketam Yang Lebih Merah!

Kak Wan, Bila dapat jawaban kepada persoalan di bawah ini. "Melaksana Agenda Rakyat Tu erti sebenarnya agenda rakyat ke agenda sape?" 

 Sementara itu, perkara lain yang diadukan kepada Wan Azizah antaranya:

Berlaku penolakan anggota JPP yang dicadangkan secara tidak munasabah, sebaliknya menerima anggota jawatankuasa itu yang "tua dan terketar-ketar" serta "buta IT".
  • Berlaku pertukaran pencalonan seperti di Tampin apabila pengkalan data parti meletakkan nama Shamsul Iskandar sedangkan menurutnya cabang itu sahih mencalonkannya (Badrul Hisham).
  • Jumlah undi melebihi daripada jumlah keluar mengundi yang dicatat pada buku daftar mengundi. Perkara itu didakwa berlaku di beberapa tempat, antaranya Kubang Pasu yang mana kehadiran anggota didakwa sekitar 70 orang tetapi kertas undi pula hampir 200 di dalam kotak.
  • Jumlah kehadiran pengundi meragukan di beberapa tempat. Laporan itu mendakwa, berdasarkan makluman anggota setempat, di Sandakan dan Libaran, paling tinggi kehadiran hanya sekitar 200 orang tetapi jumlah pengundi sehingga 900 orang.
  • Terdapat keputusan undi "yang pelik" dalam laman web parti yang tidak konsisten. Laporan itu mendakwa ada jumlah undi yang "berubah ditengah-tengah minggu".
  • Di cabang Beluran, ketua AMK cabang itu melaporkan pusat pengundian ditutup awal setengah jam, menyebabkan terdapat anggota AMK gagal mengundi. Sementara itu, Badrul Hisham yang juga ketua PKR Rembau turut meminta pemilihan di tempatnya sendiri dibatalkan dan dibuat semula kerana dakwaan wujudnya pengundi hanti.
"Satu penyiasatan terbuka perlu diadakan segera mengenai kepincangan yang berlaku," tulis Badrul Hisham di bahagian akhir laporan empat mukasurat itu."Saya masih berpegang teguh dengan disiplin parti menggunakan seluruh saluran dalaman parti. Namun saya semakin diasak ke dinding. Saya selaku anggota Parti Keadilan Rakyat mohon keadilan." BH-Dari -Malaysiakini
AGENDA SEBENARPUN RAKYAT KITE NAK TAHU JUGA..JANGAN KATE MELAKSANA AGENDA RAKYAT JER? Alahai..ketam! ketam!  kenapa ler ejek kulit udang yang merah bila direbus...!

TERDESAK.

Dulu Karpal Singh mengatakan bahawa DSAI merupakan "Pengamal Homoseksual" yang amat teruk. Kini, Anwar kata Hakim mengintimedasi Karpal dan dia tidak dihakimi dengan adil. Apakah ini pertanda dia mula tercium wangian penjara?

Belumpun ada keputusan pengahakiman DSAI sudah menyuarakan kerisauannya bahawa dia tidak diberi keadilan. Lebih jauh dari itu, DSAI menuduh bahawa hakim pula tidak berlaku adil kepada penguam utamanya, Karpal Singh yang pernah suatu ketika dulu mengecam dan penuduh DSAI sebagai pelaku salahlaku seks yang amat teruk.

Umum melihat ini adalah kesinambungan dari strategi "Melewat-lewatkan (BUKAN meliwatkan) perbicaraan terhadap Kes Liwat II terhadap Saiful, bekas staff sokongan DSAI. Melewat-lewatkan dan menangguh-nangguhkan secara gayang kini dikatakan sebagai "MELIWAT PERBICARAAN" lantaran pasukan pembelaan sering mengutarakan berbagai helah untuk menangguhkan perbicaraan yang dilihat sebagai "tidak logik" walaupun terdapat "loop hole" bagi melakukan demikian.

Tidakkah kita semua sedari bahawa sejak mula dan selama perbicaraan Liwat II DSAI, Karpal Singhlah yang bermati-matian dan berhabis-habisan mengintimidasi Hakim?

DSAI sendiri sering mendabik dada bahawa "bawa lah dia ke mahkamah bagi membuktikan kebenaran" TETAPI bila dibawa ke mahkamah DSAI pula sering lari dari perbicaraan dengan strategi tanguh! tangguh!.

DSAI juga menyedari bahawa tangguh-tangguh kes liwatnya ini semakin meruntuhkan kredibilitinya. Tetapi pasukannya dan dia sendiri terdesak seolah-olah bahang menghala pihaknya. Seakan memberitahu kita bahawa "lebih baik tangguh tangguh dari masuk penjara"!

Jika DSAI benar menegakkan keadilan melalui perbicaraan di Mahkamah kenapa HAKIM menjadi sasaran DSAI sejak mula perbicaraan LIWATnya? Kata orang berani kerana benar, kecut kerana pengecut, takut kerana salah!

RELATED
-KUNYIT HANGIT! APA LAGI ALASAN ANWAR PELIWAT LEPAS INI?
-PUSINGLAH KUT MANA PUN, YANG DIA CARI ADALAH TANGGUH! TANGGUH! TANGGUH!  
-BAHAYA ANWAR LEBIH DARI KOMUNIS 

Najib vs Anwar: BN atau PR adalah pilihan untuk meletakkan negara dalam arus perdana pembangunan global.

Kini, Aura Najib sudah terlalu jauh meninggalkan DSAI.
Sudah pasti rakyat akan memilih kerajaan yang terbukti mampu meletakkan negara ke persada dan arus perdana pemodenan global. Mereka akan memilih sesuatu yang konkrit, sesuatu yang benar dan tidak memerjudikan masa depan negara dengan meletakkan dan mengharap pada nasib dan aspek yang kabur atau tidak jelas. Angan-angan dan waktu untuk sekadar berharap sudah berlalu. Keputusan perlu dibuat. Kerajaan manakah yang mampu membawa negara ke arus perdana pembangunan global?

Pakatan Rakyat hanya meletakkan segunung harapan ke atas bahu DSAI. Tanpa DSAI PR akan karam dan komponen PR akan bercakaran sesama mereka. Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini, kualiti kepimpinan DSAI telah merkah dan terpampang di hadapan rakyat Malaysia bahawa DSAI TIDAK BOLEH!. PKR sendiri telah menerima hakikat bahawa keberantakan dalam parti itu lebih banyak dipengaruhi dan disebabkan oleh style dan pendekatan politik DSAI yang lebih bercorak autoktratik, yang tidak menerima pandangan kepimpinan bawahan PKR, dan menafikan kehendak ahli-ahlinya. Apakah dia akan mendengar rintahan rakyat secara am atau sekadar mempergunakan istilah rakyat? PRK Batu Sapi, Sandakan, Sabah menelanjangkan sikap dan style DSAI sebenarnya.

Keupayaan Najib Tun Razak dalam jangka pendik semakin terserlah. Walaupun dalam keadaan kehilangan 2/3 kerusi parliment, Najib semakin kelihatan sebagai "Pemenang" yang commanding dalam menerajui kepimpinan negara. Seolah-olah dan semakin kelihatan 2/3 seakan-akan tidak sesekali menghambat agenda negara yang ingin diketengahkan Najib.

UMNO dan BN yang berhadapan dengan pelbagai masalah dan kepincangan dapat dihadapi oleh Najib dengan bijaksana sehingga tidak menghadapi perbalahan yang besar. BN bagaikan carik-carik bulu ayam, lama-lama bercatum juga. Ini adalah stye dan cara kepimpinan Najib.

Kepimpinan DSAI pula sedang berhadapan dengan masalah yang serius, melihat kepada kewujudan terlalu banyak kritikan terhadap cara beliau mengendalikan kepincangan dalam pemilihan PKR. Kepimpinan PKR dan ahli-ahli sendiri mengecam hebat camputangan DSAI dalam pemilihan di mana DSAI sering ketara memihak kepada individu pilihannya. Keadaan kecoh dan kelam kabut dalam PKR adalah pertanda besar kelemahan DSAI. Jika masalah dalaman PKR TIDAK dapat diselesaikan dengan baik, apakah DSAI mampu menyelesaikan masalah yang lebih besar dari ini? 
Janganlah menjawab dengan "belum cuba belum tahu" kerana  BUKTI terpampang di hadapan mata rakyat kini.

Jurang kepimpinan Najib dan DSAI kini semakin jauh. Najib sudah jauh meninggalkan DSAI ke belakang sejak akhir-akhir ini. Kerana itu, motto PKR, "Harapan Baru Untuk Rakyat Malaysia" semakin lapuk semakin ketinggalan.

Rakyat kini semakin mengutamakan masa depan yang lebih jitu setelah melihat keupayaan Najib memperbetulkan sesilapan masa lalu dengan sentuhan kepimpinan yang sabar dan berwibawa.

RELATED
-GLOBAL CORRUPTION BAROMETER SURVEY … ANWAR DAN PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT PERLU BUANG KERAKYATAN ! 

Thursday, November 25, 2010

Surat terbuka kes mata Anwar lebam disiasat: Sekadar Menghidupkan "semangat" impian yang berkubur.

Mata Lebam DSAI dulu ada senjata ampuhnya. Kes dah tutup..Nak buka pula untuk hidupkan semangat yang sudah berkubur..pa hal! terdesak kee?
“Saya turut mengesahkan kenyataan yang beliau petik daripada surat saya bertarikh 15 April (2009) kepada Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan surat terbuka kepada Datin Kalsom Taib (isteri bekas Pengarah BPR, Datuk Shafee Yahaya) bertarikh 8 Oktober (2010) surat terbuka pertama yang salinannya saya e-mel kepada Tan Sri adalah betul setakat yang terkandung dalam salinan asal surat berkenaan. “Saya akan merujuk kepada kandungan surat itu apabila atau jika berkenaan. Saya mendapat tahu menerusi media bahawa Nazri akan membawa isu itu pada mesyuarat Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 12 November lalu. sepenuhnya di sini
Uncle Lim @ LKS memang sensetif bila kepentingannya terancam. Uncle Lim lihat ayam tambatan @ Alat tambatannya terancam, sekaligus bakal memalapkan impiannya membenam kerajaan yang ada. So, uncle Lim kenalah mencari formula by hook or by crook agar semangat "alat tambatannya" tidak mati..

Sekilas ikan di air, sudaku tahu jantan betina....uncle uncle... Orang kata "Opposition leader" sering merujuk kepada uncle Lim..Tapi kini bila orang kata "opposition leader" sering pula rujuk pada DSAI...bagi uncle takpe asalkan orang di sebalik tabir sebenanya ialah uncle sendiri...Bahaya mainan di sebalik tabir ini tauuu.!!!

PKR: SELF DESTRUCT ITU SEMAKIN JELAS.

Aksi dan Gaya Kepemimpinanya plus "kelakuannya" membawa PKR bakal musnah di tangannya sendiri. Amaran "Don't self destruct" tidak diindahkannya kerana melayan keinginan sakannya ke Puterajaya. Soal lain sekadar perkara sampingan baginya.
KEMAMAN 23 Nov (Bernama) -- Sudah sampai masanya penyokong dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai Umno kerana terbukti PKR hanya diwujudkan untuk kepentingan individu tertentu dan bukannya memperjuangkan kepentingan rakyat...-Sudah Sampai Masanya PKR Dibubar - Tun Dr Mahathir.
Telah terlalu banyak permintaan dan amaran dari para pesimpati kepada perjuangan PKR supaya menjadikan PKR lebih fokus kepada "perjuangan membela rakyat untuk mendapat keadilan" sebagai rakyat dan warganegara Malaysia dari berjuang dengan ganas dan menjadi "self destruct"....namun amaran dan permintaan itu dinafikan.

Semakin terserlah bahawa PKR tertubuh sekadar memenuhi impian individu sahaja. Bagaimana ianya lahir, begitulah halatujunya... PKR lahir kerana DSAI dipecat (period). Jika DSAI tidak terpecat, sudah pasti tidak wujud PKR. Impian sebenar DSAI sudah lama berkecai. 16 September sudah luluh dan punah. Impian sudah  bertukar menjadi mimpi ngeri. PKR sudah usang sebagai landasan dan perahu pelayaran DSAI ke Puterajaya. Pimpinan PKR dahulu menjadi "pejuang dalam Pakatan Rakyat" yang ingin memperalat PKR. Kini ianya benar-benar memenuhi keperluan sebagai ALAT dalam Pakatan Rakyat. Selain itu SL tak nampak relevancy PKR...Setuju sangatlah dengan pandang Tun Dr. Mahathir..."Bubar aje lah dari mendapat aib yang lebih dasyat esp PRU13.....
Di Sabah..akan berulang lagi bahawa kerusi yang di menangi PKR ada di Chan Furniture....BUKAN di DUN Sabah.

Related:
-Pemilihan PKR Dilihat Untuk Perkukuh Kedudukan Anwar

Tuesday, November 23, 2010

PKR; BILA SENJA BERLABUH


Bagi Jeffry Kitingan yang pernah membakar Jambatan dengan PKR, moleklah menjadikan PKR sebagai "Nostalgia" yang hitam. "Dok, you really dont belong in PKR..katakan pada Kalakau..kalahlah kau"

Kekalahan teruk PKR dalam PRK Parliment Batu Sapi, Sandakan, Sabah bukan sekadar menelanjangkan kelemahan Pembangkang di Sabah, tetapi sekaligus menerangkan lagi bersuluh sifat authoritarian deFacto leader PKR DSAI. DSAI, dengan kuasa yang ada padanya, telah memilih "orang luar" untuk dicalonkan dan mengenepikan wakil yang mewakili rakyat kawasan dari kawasan, untuk kawasan. Lebih jauh dari itu DSAI mengenepikan idea rakyat yang menjadi ahli PKR di kawasan Parliment Batu Sapi dengan menolak calon pilihan mereka.

Akibat sifat Authoritarian ini ramai pemimpin PKR meninggalkan PKR sebelum hari pengundian.

Dr. Jeffrey Kitingan sendiri meninggalkan PKR dan seorang lagi penasihat khas PKR Sabah  (biarlah rahsia) sudah pun meninggalkan PKR Sabah. Selain dari mereka yang diheret DSAI ke tindakan tatatertib kerana bertindak mendaftarkan Parti Cinta Sabah hampir pasti mengucapkan selamat tinggal PKR. Datuk Nahlan Haji Damsal bekas AMT PKR Sabah sudah pun terang-terangan meninggalkan PKR dan membantu calon SAPP dalam PRK Parliment Batu Sapi.

Impian PKR untuk satu lawan satu dalam PRU 13 adalah retorik dan igauan ngeri. Batu Sapi menceritakan segala-gala.

Jika Kan Wan tak kelihatan batang hidungnya dalam beberapa perhimpunan dan rapat umum PKR, nyatalah dan benarlah PKR adalah parti yang "SELF DESTRUCT" dan perosaknya tak lain dan tak bukan DSAI..berundurlah wahai DSAI..Kini orang PKR sendiri meminta DSAI berundur. Hanya musuh-musuh dan mereka yang berniat jahat di luar negara akan bersimpati dengan gagasan DSAI..insaflah DSAI, itu adalah gagasan yang SESAT.

Senja sudah berlabuh buat DSAI. Lenalah dengan mimpimu menawan Puterjaya. Layanlah mimpimu.. After all, dreaming is FREE.

Thursday, November 18, 2010

Silat Anwar VS Silat Zaid: Siapa Tecampak ke Pelacaan?

 Silat Cakar Biawak Tasik!
 Silat Tepis Belalang Rumput Hijau!

PKR Tak Pernah Lantik Zaid Penyelaras Parti, Kata Anwar
BUTTERWORTH, 18 Nov (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Datuk Zaid Ibrahim tidak pernah dilantik sebagai penyelaras parti itu.

"Jika dia mendakwa memegang jawatan itu, itu soal lain, saya tidak mahu berbalah dengannya dalam soal ini (kerana) sehingga hari ini semua mesyuarat parti masih lagi dipengerusikan oleh saya sendiri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis korban di Masjid Tok Kun di Permatang Pauh di sini pada Khamis.

Anwar berkata PKR sudah berulang kali menjelaskan mengenai perkara tetapi media masih menggunakannya.

"Dia juga menggunakan rakan-rakan medianya untuk mempromosikan dirinya sebagai penyelaras PKR tetapi sebulan yang lepas apabila Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali, membuat semakan, tiada lantikan jawatan itu kepadanya," kata Anwar. di sini
Yang selalu puji dan puja dengan kata-kata manis bermadu itu "Playboy" atau "Sweet talker" @ Don Juan. Anwar memuji memuja Zaid seperti menganjungnya ke langit setelah Zaid meninggalkan UMNO. Zaid terkenal dengan "Sayapun Anak Melayu Juga" sebagai langkah pertama diterima DAP sebagai rakan. Konon Zaid bukanlah "ultra Malay" yang menjadi pra syarat Pemimpin Melayu diterima dalam Pakatan Rakyat terutama oleh DAP. Mana-mana pemimpin Melayu yang Murtad Bangsanya datanglah kepada DAP..pasti akan disambut dengan mesra, dengan waspada, dengan ramah oleh DAP.

Kelebihan Zaid ialah dia handpicked oleh DSAI sendiri  untuk menjadi Pengerusi Penaja Parti Pakatan Rakyat dan dipersetujui PKR, DAP dan PAS.

Maka jadilah Zaid bin Ibrahim sebagai Pengerusi Penaja Parti Pakatan Rakyat yang dipersetujui DAP. Bersilatlah Anwar mengatakan bahawa Zaid tidak pernah dilantik sebagai penyelaras parti..Betullllllah tu, tetapi Zaid kini Pengerusi Penaja Pakatan Rakyat vs Anwar DeFacto Leader sahaja.

Pengaruh Anwar dan Zaid sudah dua kali lima....runtuh dan ranap. Rakyat sudah muak dengan kedua-duanya. Anwar biawak tasik VS Zaid Belalang hijau. Bila mereka behentap dengan silat masing-masing. Lidah bercabang dan sipenyamar yang sering mencari rumput menghijau. Bila Anwar VS Zaid...siapa antara mereka yang tercampak ke pelacaan?

RELATED
-Zaid Dah Keluar Tong Taik. Mustapa Kamil bila lagi?
-Gempar-zaid-akan-adakan-sidang-media......

Friday, October 22, 2010

SEMEJA TAPI TAK SEKATA DAN LAIN SELERA..NIAT LAGI TERUK

Semeja tapi tak sekata....terpaksa sengketa..kamu mahu sayapun mahu...

Pakatan rakyat mahu 1 lawan 1 sebab PR mahu jadi boss. Mereka (PR) mahu mereka yang menentukan segala-gala. Siapa yang dipertandingkan, PR mahu supaya keputusan di tangan mereka. Ke hulu ke hilir PKR sebagai kumpulan yang lantang dalam PR mahu dan mewar-warkan bahawa SATU LAWAN SATU dalam PRU13...baru PRK Batu Sapi sudah tidak boleh di atur..Nak bernafsu atur PRU13...Telalak sana terlalak sini mengatakan PRU13 SATU LAWAN SATU...NOW lihatlah sendiri, PRK Parliment Batu Sapi, Sandakan Sabah mereka yang menggelar diri pembangkang sudah berlawanan antara mereka sesama sendiri...lihat di sini

Apakah ini yang disebut pembangkang yang solid bila sesama pembangkang mahu melepaskan pucuk masing-masing. YTL yang terkenal dengan slogan "lawan tetap lawan sudah TIDAK BISA BERPALING kerana AWAL-AWAL LAGI telah mengumumkan akan bertanding PRK Batu Sapi..Kalo SAPP tidak bertanding itu sudah menunjukkan YTL tiba-tiba KECUT dan tidak boleh dipegang cakapnya..

PKR yang merasakan dia adalah BOSS Pembangkang di Sabah tetap mahu mempertahkan statusnya sebagai BOSS Pembangkang walaupun tiada yang mnengiktirafnya sebagai BOSS pembangkang..PKR mesti mau tanding...

Lihatlah bertapa "nafsu politik" tidak akan pernah berubah menjadi "selera rakyat"...Namun rakyat dan perkataan rakyat tetap juga disalaguna..

Jangan Hairan jika rundingan SAPP-Pakatan Rakyat gagal. Rundingan dalaman PKR sendiripun selalu gagal..Oleh itu jika ianya, rundingan "para pembangkang" bertukar menjadi rundingan yang BERJAYA maka PERLU HAIRANLAH KITA....