Translate

Saturday, June 13, 2009

Kerajaan Perpaduan: Bila DSAI Tertekan.


Sepanjang penjelajahan politik DSAI di luar UMNO, suaranya lantang menyeru agar UMNO segera dikapankan dan ditalqinkan. Dalam era kepimpinan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawai (TAAB), isu "turun" seolah menjadi momokan saban hari. Namun bila TAAB hendak turun, DSAI pula turut merayu agar TABB "naik". Pelik tetapi benar.

Bila DS Najib mengambil alih teraju negara, DSAI sudah mula melontarkan tomahannya bahawa UMNO semakin "nazak" dan Pakatan Rakyat hampir mendekati pintu gerbang Puterajaya. Setiap gerak langkah Najib diteropong DSAI. Bagaimanapun, semua lontaran DSAI itu melantun kerana banyak petunjuk dan keputusan kajian bahawa kepimpinan Najib sudah mula menunjukkan pertanda bahawa keyakinan rakyat sudah kelihatan bergerak menyebelahinya.

Apabila isu Kerajaan Perpaduan terbuka untuk dirundingkan, Pakatan Rakyat, khasnya DAP menggelabah. Mereka sedar, tanpa PAS, Pakatan Rakyat akan berkubur tanpa nisan seperti berkuburnya Barisan Alternatif yang dilepar DAP kerana tidak menguntungkannya (DAP).

Ternyata, Kerajaan Perpaduan akan melumpuhkan Pakatan Rakyat. Bukalah kerana kehilangan sokongan dan dokongan PAS semata-mata tetapi kerana tomahan dan dan tuduhan rakyat umum selama ini terhadap kesepakatan PR yang dikatakan rapuh dan saling memperalat antara satu dengan yang lain terbukti dan akan terserlah "benar", sukar dinafikan. Dengan demikian akan bertambah malang dan jatuh ditimpa tanggalah nasib PR.

DSAI kata "Kita bersedia untuk menemui Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak (Perdana Menteri dan Pengerusi BN) untuk menyelesaikan isu Perak tetapi ia mesti melalui pilihan raya.....Kita sedia berbincang dan mendengar pandangan mereka, pandangan Umno dan mereka mendengar pandangan kita," ....."Tidak timbul soal kerajaan perpaduan. Kita sedia berbincang dengan syarat tiada kezaliman, (baiki) sistem keadilan dan kekalkan pilihan raya yang bebas dan adil,"

Bagi BN, isu Perak sudah selesai dan masa untuk "berkerja dan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat dan negeri" sudah dimulakan oleh Dr Zambri Abdul Kadir. Kerana itu saranan DSAI mengenai Perak tidak lebih dari strategi "mulut disuap pisang buntut dikait unak".

Kesediaan DSAI berbincang dengan Kerajaan BN mengenai "Kerajaan Perpaduan" juga hanya dilihat sebagai "positive" kiranya DSAI akan bersama-sama berganding bahu dengan kumpulan PAS yang telah terlebih dahulu mengemukakan idea. Kiranya DSAI sekadar menduga-duga, menabur umpan dan kemudian mengabaikan rundingan, dia hanya sekadar merosakkan ramuan perpaduan yang rakyat Malaysia impikan.

Thursday, June 11, 2009

PAS BUKAN PARTI DOMINAN DALAM PAKATAN RAKYAT-KARPAL.


Karpal Singh, Pengerusi Kebangsaan DAP menyeru PAS untuk menilai semula keduduannya dalam Pakatan Rakyat. PAS, katanya, bukanlah parti dominan dalam PR. PAS hanya mempunyai 24 kerusi di Parliment berbanding DAP yang memiliki 28 dan PKR mempunyai 31 kerusi. Seruan Karpal ini berbaur amaran bahawa sebagai parti yang memiliki kerusi parliment yang terkecil maka PAS jangan cuba menjadi boss dan perlu sedar dan cermin diri.

Dalam norma politik Nasional yang mengamalkan "konsensus" samada parti itu kecil atau kerusinya sedikit, suaranya adalah sama. Barisan Nasional, dalam konteks ini mengamalkan dasar konsensus. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Walaupun komponen BN adalah parti yang kecil tetapi hak mereka dari segi bersuara adalah sama dan mereka tidak dipandang kecil dan kerdil.

Bila PAS dikatakan sebagai parti BUKAN dominan dalam PR, PAS dan penyokong PAS harus menyedari siapa mereka pada pandangan DAP. PAS juga perlu menyedari siapa pemimpin-pemimpin PKR yang sebulu dan sependapat dengan Pengerusi DAP itu. Rakyat Malaysia tahu berapa pemimpin DAP yang bertopengkan PKR dalam PKR.

Bagi saya PAS mampu berdiri sendiri tanpa menjadi rakan kongsi mana-mana parti di Malaysia. Kerajaan Perpaduan seperti yang disarankan TGHH tidak semestinya PAS berkongsi kuasa dengan mana-mana parti. Tetapi rasanya, kerjasama PAS, UMNO dan Parti-parti komponen BN di Sabah dan Sarawak akan mendapat sokongan majoriti masyarakat induk dan teras di Malaysia bagi memadamkan kesombongan DAP dan menjurus kepada kesatuan dan keutuhan agama, bangsa dan tanahair. Sekaligus akan memadam kerisauan dan anxiety majoriti Masyarakat Malaysia.

Saya masih ingat amanat TGHH..."hendaklah kamu mengenali jamaah kamu"... Jangan biarkan TGNA dan TGHH berbeza kerana segelintir baruah PKR dan DAP dalam PAS. Ingat "manis' yang diberikan oleh Israel kepada Fatah asalkan mereka jangan berdamai dengan Hamas. Berapa rakyat Islam yang tidak berdosa terkorban kerana dibunuh dengan membuta tuli dan dengan hajat dan niat membunuh?!.
Ikutilah kenyataan Pro PKR dan DAP. Nyata BUKAN Peradaban PAS.

SIAPA YANG TIDAK MAHU KERAJAAN PERPADUAN?

Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh.
.
Bila keadaan menjadi kusut dan tidak mudah terurai, barangkali kita perlu mencari seorang economist. Tidak perlu yang terlalu "pakar ekonomi" kerana economist mempunyai penyelesaian yang mudah. Dia hanya perlu "assume" dan terlerailah masalah. "Assuming" membuat mudah untuk kekusutan terurai.

Kerajaan Perpaduan menjadi topik yang terlalu sukar untuk diurai. Si polan A mahukan Kerajaan Perpaduan, si Polan B tidak mahukan kerajaan Perpaduan, si Polan C tidak faham kerajaan Perpaduan dan ramai lagi polan-polan yang mempunyai tanggapan berlainan dan pelbagai mengenai Kerajaan Perpaduan.

Apa, untuk siapa, bagaimana dan bilakah Kerajaan Perpaduan itu wujud?

Jawabannya: Assuming lain-lain faktor tidak berubah, "Apa" ialah Kerajaan Perpaduan; "untuk siapa" ialah untuk rakyat Malaysia keseluruhannya; "bagaimana" ialah dengan PAS menyertai semula Barisan Nasional sebagai PAS dan "Bila" ialah apabila PAS membuat keputusan untuk menyertai Barisan Nasional dan menjadi parti komponen Barisan Nasional seperti UMNO, MIC, MCA, PPP dan parti-parti komponen BN di Sabah dan Sarawak.

Masalahnya ialah "kemahuan tidak terhad manakala sumber-sumber terbatas atau berlaku "scarcity" dan terpaksa berdepan dengan "uncertainty". Bukankah ini juga merupakan masalah walaupun dalam mana-mana kerajaan samada BN, Pakatan Rakyat atau Kerajaan Komunis sekalipun?

Siapa yang tidak mahu Kerajaan Perpaduan?

1. Mereka yang memikirkan "utility" berkemungkinan memperolehi keistmewaan lebih dari kerajaan lain. Misalnya mengambil kira Pangkat dan kedudukan dalam kerajaan BN telah diisi kesemuanya dan akan memperolehi "jawatan kosong" dalam kerajaan lain yang bakal diwujudkan. Uncertainty nya pula ialah benarkah akan wujud kerajaan yang lain itu dan adakah "jawatan kosong" itu mereka akan perolehi. Adakah pula akan berlaku kekosongan dalam Kerajaan BN untuk diisi atau memang "NO VACANCY"?

2. Mereka yang mahu morobek kuasa daripada Kerajaan BN.

3. Mereka yang berkemungkinan bakal kehilangan kuasa dalam BN

4. Mereka yang berkemungkinan bakal kehilangan peluang beroleh kuasa bila Kerajaan Perpaduan dapat direalisasikan. Lalu mereka memperkecilkan dan meremehkan "Kerajaan Perpaduan".

5. Mereka yang pro Komunisma, pro konfrantasi, anti perpaduan dan pro terrorisma.

6. Mereka yang kurang yakin bahawa pengaruh dan kekuasaanya akan terhakis apabila bersaing dalam Kerajaan Perpaduan.

7. Mereka yang pesimistik dan menganggap bahawa Kerajaan Perpaduan itu hanyalah "angan-angan kosong".

8. Mereka yang kurang berdaya saing lalu berpegang kepada prinsip dan kaedah "di mana rumput hijau di situlah dia menapak".

9. Mereka yang selalu berfikiran bahawa dia saja yang boleh dan dia saja yang betul.

10. Dan lain-lain lagi. Kita pulangkan kepada ahli-ahli pilosophy dan saintis kemasyarakatan untuk membicarakannya.

Memanglah menjadi lumrah dalam kehidupan. Kita berdepan dengan pilihan. Kita terpaksa membuat pilihan. Kita tidak dapat semua yang kita kehendaki. Kita akan terlepas sesuatu kerana memilih sesuatu seperti kenyataan "Kos Melepas".

ALLAHUWALLAM.

Tuesday, June 9, 2009

KES SITI HAJAR: PENDERAAN YANG MELAMPAUI BATAS KEMANUSIAAN

Akibat Penderaan Majikan Keji dan Unggun Api Nerhaka . Dasar Jenis Iblis yang tidak berperikemanusiaan.
.
Ketahuilah oleh anda sekelian akan kekejaman yang melampaui batas ini (Berita Harian dan Harian Metro Link di hujung posting ini). Lebih dasyat dari tindakan Komunis dan Ah Long. Kerajaan mestilah bertindak dan melakukan sesuatu dengan agresif dan pantas. Kes seperti ini adalah kes berulang. Dewan Muslimah PAS juga harus bersuara dan mendesak kerajaan agar hukuman yang lebih setimpal dikenakan. Ini hanyalah "tip of iceberg". Mahukah majikan ini disimbah dengan air panas setimpal dengan perbuatannya? Jelas sikap majikan ini lebih hina dari sikap binatang.

“Selain diseksa, Siti juga diberi makan
nasi kosong dan lauk daging babi".

Dewan Muslimat PAS, Wanita UMNO dan Puteri UMNO harus bertindak dan membela kebenaran kepada ummah yang ditindas. Ini adalah penghinaan kepada mangsa sebagai wanita dan berugama Islam. Kalau umat Islam ditindas di bumi Iraq dan Palestin, kita bersuara. Kezaliman berlaku di depan mata kita, kenapa kita harus diam? Kendatipun apa agamanya dia perlu dibela atas dasar kemanusiaan, hak dan kebenaran. Pemuda PAS dan Pemuda UMNO harus melakukan sesuatu bagi membantu mangsa ini. INGAT, Teresa Kok (DAP), pernah membawa kes "Ketuk Ketapi" ke Parliment sedikit masa lalu sehingga Menteri Luar Malaysia terpaksa memohon maaf walaupun individu yang dimaksudkan akhirnya diketahui bukan warga Cina. Apakah kamu tidak berhak membela nasib mangsa yang malang ini?

Senjaliza akan membuka mata dan telinga mengikuti perkembangan kes penderaan ini.

Melecur disimbah air panas
Oleh Petah Wazzan Iskandar mailto:Iskandarwazzan@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Lima tahun selepas negara dikejutkan kes penderaan Nirmala Bonat, semalam seorang lagi pembantu rumah warga Indonesia yang didera kejam dengan muka dan badannya penuh kesan melecur, berkudis, bernanah serta luka dipercayai akibat disimbah air panas oleh majikannya, berjaya menyelamatkan diri. Siti Hajar, 33, dari Jawa Barat ditemui dalam keadaan lemah dan kesan kecederaan oleh seorang pemandu teksi berdekatan rumah majikannya di sebuah kondominium mewah di Mont Kiara di sini, kira-kira jam 8.30 pagi sebelum menghantarnya ke Kedutaan Besar Indonesia. Siti memberitahu pegawai kedutaannya, dia didera majikannya, seorang ibu tunggal beranak dua berusia 44 tahun sejak mula bekerja dengannya pada 2006.

Majikan Siti yang datang ke kedutaan selepas diajak berbincang mengenai kes itu juga dikatakan mengaku melakukan penderaan, termasuk menyimbah air panas ke muka dan badannya. Pihak kedutaan kemudian menyerahkan wanita itu kepada polis. Bercakap pada sidang media di sini, malam tadi, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Tan Sri Da’i Bachtiar, menyifatkan perbuatan majikan itu amat kejam dan mahu pihak berkuasa Malaysia mengambil tindakan undang-undang serta menghukum mereka yang melakukan tindakan tidak berperikemanusiaan itu.

“Kami terkejut melihat dengan keadaan Siti dan terus menghubungi majikannya untuk mendapatkan kepastian. “Majikannya tiba dua jam kemudian dan hasil perbincangan dengannya, wanita itu mengaku mendera Siti menggunakan air panas dan memukulnya, malah gajinya RM500 sebulan juga tidak pernah dibayar selama tiga tahun. “Selain diseksa, Siti juga diberi makan nasi kosong dan lauk daging babi.

Selanjutnya:......
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20090609011331/Article/index_html
http://www.hmetro.com.my/Tuesday/BeritaUtama/20090608233937/Article/index_html

UPDATE:

Selasa Jun 9, 2009
Majikan direman lima hari bantu siasatan kes dera amah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan reman selama lima hari bermula hari ini terhadap seorang wanita (Cina) berusia 43 tahun bagi membantu siasatan polis berhubung kes seorang majikan mendera amahnya di Lanai Kiara Kondominium, Mount Kiara semalam. Perintah reman terhadap ibu tunggal kepada dua anak itu dikeluarkan oleh Majistret Hafiza Sauni pada 10 pagi. Wanita itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan didenda dan sebatan jika sabit kesalahan.

NOTA:

Sebaiknya penjenayah yang tidak berhati perut ini juga dikenakan hukuman "membayar ganti rugi" yang setimpal dengan penyeksaan yang dilakukannya plus kos rawatan mengembalikan tahap kesihatan yang baik kepada mangsanya.

Apa kata anda jika dia dihukum dengan menyimbah air panas ke mukanya dan tubuh badannya sehingga melecur seperti yang dilakukannya terhadap Siti Hajar?

Update 12 June

Susilo telefon Siti Hajar. Siti Hajar dalam nada sebak menyatakan kepada Presiden: ''Walaupun badan saya sudah 'hancur', terima kasih kepada semua pihak terutama pemerintah Indonesia yang banyak membantu dan melindungi saya."

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0612&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm

PERCATURAN POLITIK MALAYSIA: PAS dan UMNO Pemain Utama.

PAS dan UMNO: Percaturan untuk Agama, Bangsa dan Tanahair.

Percaturan politik di Malaysia hanyalah diladeni oleh dua parti iaitu PAS dan UMNO yang menunjangi masyarakat teras Malaysia, Melayu dan bumiputera,. Kedua-dua parti ini berkongsi dan bersaingan sokongan masyarakat induk dan teras ini untuk mendapat kuasa memerintah atau sekurang-kurangnya menjadi pemain utama dalam sebuah pasukan pemerintah.

Hakikat bahawa Melayu dan Bumiputera adalah masyarakat induk dan teras di Malaysia tidak dapat disangkal. Masyarakat Malaysia yang terbentuk dari masyarakat “warna warni’ atau majmuk telah lama menerima hakikat ini dan telah berjaya membina kekuatan silaturahim sehingga rakyat Malaysia menikmati kemakmuran.

Menuntut keadilan dengan mengenepikan kontrak sosial, belum tentu menjamin akan kewujudan keadilan yang mutlak seperti yang dipinta dan diidamkan pihak tertentu. Tanpa kontrak sosial pun, pelaksanaan sesuatu system akan terpaksa berdepan dengan “human error” dalam sistem penyampaian yang memungkinkan kebarangkalian berlakunya ketidakadilan. Adil dan saksama bagi kita belum tentu adil bagi pihak lain. Begitu juga sebaliknya.

Menggelar atau melebel masyarakat teras sebagai apartheid juga tidak akan mengubah hakikat kewujudan masyarakat induk dan teras ini. Malahan mengancam mereka akan menebalkan lagi keterasan dan keindukan masyarakat ini untuk terus mempertahankan hak. Mereka akan lebih bersatu dan lebih kental dalam mempertahankan sifatnya. Oleh yang demikian mengancam kontrak sosial samalah dengan mengancam amalan tolak ansur, toleransi dan persefahaman yang telah sekian lama terjalin.

Menurut fakta sejarah, PAS adalah parti yang lahir dari “tulang rusuk UMNO”. Namun gagasan YM Dato’ Onn Jaafar yang bertindak membuka keahlian UMNO kepada semua, termasuk bukan Melayu menyebabkan “Golongan Ulama” dalam UMNO berpendapat bahawa UMNO pada masa itu sebagai menyeleweng dari perjuangan asal. Golongan alim ulamak itu telah bertindak keluar dan menubuhkan PAS. Perjuangan PAS asalnya berlandaskan Perjuangan Melayu yang disifatkan sebagai teras, “tiang” perjuang agama Islam dan masyarakat induk dan teras Malaya.

Hari ini, parti-parti politik yang mencanangkan perpaduan tidak kurang kelihatan sebagai unsur ancaman kepada perpaduan itu sendiri. Bila saja disebut kerajaan perpaduan, ramai yang merasa janggal dan tidak kurang yang cuba menghalang dari berlakunya ikatan semula masyarakat induk dan teras dalam sebuah Kerajaan Perpaduan.

PAS dan UMNOlah yang kini menjadi “pemain utama” dalam percaturan politik Malaysia. Parti-parti dalam komponen Barisan Nasional tidak menghadapi sebarang masalah rumit dalam permain catur pilitik ini. Bagaimanapun, PKR dan DAP pasti sedang menadah tangan ke langit mendoakan agar perencanaan Kerajaan Perpaduan ini terkubur sekurang-kurangnya sebelum PRU 13 diadakan.

Mukatamar PAS ke 55 yang baru saja selesai menampakkan dengan jelas usaha-usaha Pakatan Rakyat meniupkan jampi serapah dan mentera berbisa agar ideologinya dapat meresap ke dalam fahaman PAS. Usaha menyokong kumpulan erdogan amat ketara. Bagaimanapun jampi serapah dan mentera tidak dapat menembusi kekebalan para ulamak. TGNA sendiri tidak menolak sumbangan positif mereka tetapi dia juga tidak mengatakan bahawa PAS itu mesti menerima ideologi erdogan.

Sebahagian golongan pemikir dalam PAS menolak adanya fahaman erdogan dalam PAS. Mereka menyedari bahawa erdogan berkemampuan memusnahkan PAS dari dalam. Erdogan dikaitkan dengan Mustapa Kamal Aturturk yang fahamannya sejak dahulu ditolak mentah-mentah oleh PAS. Lalu, mereka mesti menjauhkan PAS dari erdogan. Namun menolak kenyataan tidaklah semudah menutupi sampah yang sedikit di bawah permaidani.

UNMO sudah awal-awal lagi menggerakkan anak caturnya dengan membuka pintu perundingan dan muzakarah kepada idea Kerajaan Perpaduan. Pakatan Rakyat pula sudah mula melupakan perkataan perpaduan dan menggengam istilah “kesepakatan”. Seolah-olah perkataan perpaduan itu amat menjijikkan bagi mereka.

Kini tinggal PAS dan UMNO yang mempercaturkan politik Malaysia. UMNO yang sudah mula kelihatan menapak semula keyakinan rakyat dan golongan muda setelah Dato Seri Najib Tun Razak mengambil alih kepimpinan negara mesti diperinci pergerakanya. PAS pula harus lebih berhati-hati kerana kali ini gilirannya mengatur gerak caturnya.

PAS pernah dijatuhkan ke dalam lubang oleh UMNO. Oleh itu, PAS tidak mahu mengulangi kesilapannya. PAS juga pernah ditinggalkan oleh DAP dalam Barisan alternatif pada September 21, 2001 kerana DAP merasakan bahawa alternatif mereka bersama dengan PAS tidak menguntungkan DAP. Luka PAS sudah sembuh namun parutnya masih ada. Pada waktu DAP meninggalkan PAS dalam Barisan Alternatif, PAS semakin unggul dengan memenangi Terangganu dan menambah kerusi Parlimennya dari 7 ke 27 kerusi. Tetapi DAP telah kehilangan kerusi LKS dan Karpal Singh. Nyata tanpa DAP, PAS masih unggul.

Kepimpinan PR juga pernah melukai PAS. Anwar Ibrahim sendiri pernah mengecam PAS sebagai parti yang menggugat perpaduan ummah semasa Anwar dalam UMNO. Karpal Singh terkenal dengan slogannya “over my dead body” dan DAP sendiri menolak hukum hudud mentah-mentah.

Krisis Perak, Kedudukan Exco di Pulau Pinang, dan Selangor memperlihatkan bahawa PAS bukanlah kuasa dominan dalam kerajaan PR. Mereka hanyalah “pencukup” (compliment) kepada kekuasaan DAP dan PKR yang masih ramai berjiwa DAP. Sesetengah menganggap PAS hanyalah boneka dalam Kerajaan PR di Pulau Pinang, Selangor dan Perak. Mereka ada fakta bagi menyokong kenyataan mereka. Sikap utilitarianism DAP dan PKR semakin lebih jelas apabila berahi merampas kuasa sering mereka laungkan sejak timbulnya formula 916. Tanggapan itu disokong dengan sikap yang ditunjukkan oleh PR yang mengenepikan hampir keseluruhan fungsi Badan Kehakiman dan provokasi yang melampau terhadap institusi raja dan pihak keselamatan khasnya Polis dan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. DAP dan PKR kini melihat keberadaan PAS dalam PR mengguntungkan mereka. Sudah pasti mereka tidak mahu menyebut tentang talak lagi dengan PAS seperti yang dilakukan dalam Barisan Alternatif dulu.

Kini PAS dan UMNO sedang bermain catur. Keupayaan dan kekuatan masing-masing tidak boleh diperkecilkan. Dalam masa yang sama, memperjudikan negara, bangsa dan agama sebagai taruhan tidaklah wajar dibentangkan sebaris dengan pangkat dan kedudukan. Sama seperti tidak wajarnya bertanya apa yang "kita dapat". Tanyalah apa yang dapat kamu sumbangkan untuk Agama, bangsa dan tanahair seperti dan selaras dengan yang pernah diungkap JF Kennedy.

Sunday, June 7, 2009

HUSAM SUDAH SEDAR TINGGI RENDAHNYA LANGIT DAN WARNA KAMBING.


Sejak awal-awal Husam memang bangga dengan pendiriannya supaya ulama berubah dan bertolak ansur dengan ideologi erdogan. Malah Husam dan penyokongnya bangga dengan gelaran erdogan bila TGNA membuat kenyataan bahawa "...ada juga baiknya erdogan dalam PAS kerana mereka memberi sumbangan positif....".

Dalam situasi lain, Husam semakin terlalu ghairah dan bangga bila dia disebut-sebut sebagai “orang Anwar” dalam PAS. Dia bangga kerana baginya “Anwar adalah the next Prime Minister of Malaysia". Husam bagaikan alpa bahawa "burung terbang di pipiskan lada”.

Husam memang selalu merasa selesa bagai anak emas TGNA dan bangga sebagai “agen tunggal” Anwar dalam PAS. Sebelum Muktamar 55 PAS, Husam gah dengan tanggapan ini. Kerana itu, Husam terlalu extra ghairah menyebut mengenai idea, formula dan teorinya menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional. Husam siang-siang LAGI mengambil pendirian "BIG NO NO kepada idea Muqabalah". Husam bagaikan terlalu ghairan dan tidak sabar-sabar menghalau Najib dari Puterajaya dan menguburkan idea 1Malaysia. Terlalu ketara niat Husam, bagai kesemuanya di hujung jarinya untuk mentalqin Barisan Nasional terutama UMNO. Tekadang dia kelihatan bagai sudah tidak mengindahkan kata Presidennya, TGHH. Seolah-olah DSAI adalah bossnya dalam politik. Seolah-olah dia adalah PASPKR.

Kini, setelah berakhirnya Muktamar Ke 55 PAS, segala-galanya berubah. Husam sudah mula menyelar partinya sendiri dengan mengatakan perwakilan Muktamar ke 55 dan PAS berat sebelah dan tidak adil. Husam mendakwa bahawa kekalahannya disebabkan sikap parti yang berat sebelah dan elemen luaran yang tidak berpihak kepadanya sepanjang kempen pemilihan kali ini. Kata Husam, "Saya tidak melaksana satu kempen agresif... dan kalau lihat banyak elemen yang tidak menyebelahi saya, termasuk program parti. Pada pendapat saya sedikit sebanyak berlaku berat sebelah dan saya tahu cabaran besar di hadapan saya terutama saya tidak boleh menyatakan secara terbuka kritikan atau pandangan saya yang berbeza“.

Dia juga kesal dengan gelaran “kambing hitam”. Kini baru sedarlah Husam akan tinggi rendahnya langit. Sepak terajang politik menyedarkannya. Bila dia berkata "Saya terima kekalahan ini dengan hati terbuka...“ ini sikap normal yang biasa ditunjukkan orang politik. Tetapi bila dia menyambung ”... sebab saya tahu lebih awal, saya akan kalah....” saya kurang yakin samada dia sebenarnya berkata luhur atau sesungguhnya pernah mengharap manisnya kemenangan.

Friday, June 5, 2009

MANOHARA AND THE “PINOT”


MANOHARA AND THE “PINOT”
by: Amanda's World.

Another fact about Manohara and her mother. This post definitely not to corner Manohara and her mother. But I think you guys have to know about this. Both this is true or not, it’s all back to each personal.
.
Who Is Daisy Fajarina
.
I read some thread again about Manohara. Obviously there are many victim of Daisy who swindled by this Mano’s mother. Beside telling those that she owns a castle in France, Daisy also scammed people included Ardi Bakrie’s mother. Not only by the million but also by the billion. Those victim mostly come from socialite who wanted to buy diamond and jewelry from Cannes (France) from Daisy as she told them that she could order it since she knew few in France as her business partner who would give a good price for them. When those gave her the money, Daisy ran away and dissapeard. No one could get her since she always move from one place to another just to avoiding people she tricked and were hunting her. And that’s why now, when “Manohara’s tragedy” appears on the TV screen, we know from Daisy herself that they’re living in a rent-house. Daisy was always telling people that the Bakrie private jet is belongs to her. Lol… Really, I don’t know what to say now.

Not only scammed them, Daisy also made up some stories about her luxurious life with her Francie husband. Said that her husband and she owned various wineries in France. Said that she owns a house/castle in Cannes just to be close to Bakrie’s family. Maybe that’s the reason why Bakrie’s Father didn’t give a bless for Manohara had a relationship with his son Ardie and maybe that’s the reason why Ardie choose to be silent for Mano’s tragedy.
.
About name “PINOT”

Does anyone know who is the real father of Manohara? France or American? Do you know where Manohara graduated from? It said that Manohara is uneducated and never graduated from any school/university.

“PINOT” is not the real name of Manohara. It taken from “Pinot Noir” a wine name. Maybe this is related to what Daisy told to those that she owned various wineries. And heard that Mano had (or maybe still) a special relationship with Ryan Haryanto (an Indonesian Racer,20 years old, who now lives in Singapore with his family).





























.
(Pics: Manohara and Ryan, Fajarina Ryan and Mano, Mano and Ryan and Mano and Ryan)

Thursday, June 4, 2009

Dasar Tutup Pintu, Dasar Tutup Pintu Hati dan Dasar Terbuka: Fasa I

Dasar Tutup Pintu Hati-Kuncinya selalu direbut syaitan supaya kta tidak bisa keluar bagi mencari dan menyibarkan kebenaran.

Dasar Tutup Pintu Negara Cina dalam sejarahnya mengakibatkan beberapa siri Perang Candu yang merugikan negara itu. Sistem Komunisma yang telah membelenggu ekonomi Cina berabad lamanya telah banyak mengajar rakyatnya untuk mengenali erti kemajuan, progress dan determinasi untuk bersaing merebut peluang untuk maju apabila sahaja peluang terbuka dan untuk berjaya.

Bila sistem dan amalan bercorak kapitalis mengalir dalam sistem mereka, mereka telah bersedia malah bagai mendapat ulam setelah pucuk baru sahaja dipetik. Yuppies-Young Urban Professional tumbuh bagai cendawan di musim hujan. Mengiringi kejayaan Cina itu, ialah perubahan dari kekuatan kuasa ketenteraan yang sedia ada bergerak seiring dengan kekuatan ekonomi. Kerana itu Cina mempunyai kuasa veto di Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu-UN.

Negara-Negara maju dan Negara-Negara dunia Ketiga, kecuali yang masih sebok berperang dan berkonfrantasi, bepusu-pusu ke Cina untuk merebut peluang perniagaan untuk kemajuan ekonomi negara dan kemakmuran rakyat mereka.

Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak ke Cina dengan pelbagai misi. Bersama Najib ialah 37 ahli-ahli Perniagaan dari Malaysia. Khabarnya 3 Perjanjian Persefahaman telah ditandatangani. Tentunya dapat menyambung lembaran harapan Malaysia-Cina untuk dapat menambah rancakkan aktiviti ekonomi dan meningkatkan hubungan bilateral.

Siapakah yang perlu risau dan gelabah dengan lawatan Najib ini? Janganlah ada juak-juak politik yang cuba memperkecilkan usaha ini dengan menutup pintu hati mereka dengan mengatakan bahawa Najib sesat di Cina dan tidak berjaya menjejaki tapak kaki ayahndanya.

Kerisauan dan kegelabahan mereka hanya didasari Dasar Tutup Pintu Hati terhadap perjuangan Najib untuk mengembalikan kegemilangan Barisan Nasional dan kegemilangan Negara sebagai negara yang amat pesat membangun di rantau Asia Tenggara. Malaysia mempunyai kelebihan dari segi kedudukan geograpi dan kelebihan sebagai negara yang berkeupayaan menjadi perantara dan mediator hubungan Cina dengan rantau Asia, Asia Barat dan Benua Eropah. Bagi mereka yang mengamal Dasar Tutup Pintu Hati, mereka akan hanya melihat Najib melalui "crystal ball" lalu mengatakan bahawa Najib lari ke Cina kerana takutkan hantu Altantuya atau mencari mentera dan bomoh bagi menghalau hantu itu!. Atau sekurang-kurangnya menganggap lawatan Najib ke Cina hanya buang masa sambil menghabiskan wang rakyat.

Dasar Tutup Pintu Hati telah banyak merobah landskap politik Malaysia. Semua yang dilakukan oleh pihak lain akan dianggap salah walaupun ada kebenarannya. Pihak polis yang menjaga keselamatan digelar anjing kerajaan jika tidak memihak kepadanya dan dianjung sanjung-ada harapan!, cerah masa depan! apabila memberi kerjasama kepadanya kendatipun itu memang tugas, kewajiban dan tanggungjawab polis. Keputusan Badan Kehakiman disanjung dijunjung bila memihak kepadanya dan dianggap zalim dan kejam bila keputusan penghakiman tidak memihak kemahuannya. Inilah salah satu ciri-ciri Dasar Tutup Pintu Hati.

Dasar Terbuka pula banyak menguntungkan Parti Islam Se Malaysia, PAS. Sejarah perjuangan PAS selama lebih 50 tahun berubah dan berubah mengikut kemajuan dan peredaran masa. Sejak PRU12, PAS mengalami innovasi yang menjadikan PAS memiliki "kuasa negosiasi" yang amat kuat berbanding mana-mana parti di Malaysia dalam kontek politik. Bola politik berada di tangan PAS. Kiranya Pakatan Rakyat mengkhianati PAS, Pakatan Rakyat akan jatuh. Kiranya PAS bersama dengan UMNO dan Barisan Nasional, Pakatan Rakyat akan jatuh. Kiranya PAS dapat menawan Melayu UMNO akan jatuh. Kiranya PAS bersatu dengan UMNO dalam Barisan, Pembangkang akan gigit jari. Itulah kuasa negosiasi yang amat besar yang ada dalam tangan PAS yang PAS mesti jaga bagai menatang minyak yang penuh.
.
Katakanlah apa saja kepada PAS, penyokong tegar PAS tidak berubah kerana kesedaran pucuk pimpinanan PAS mengenai Dasar Terbuka sudah meyakinkan mereka bahawa GPA dalam semester (selepas PRU12) ini, PAS sudah yakin akan dapat skor 4 flat. Mereka yakin "bumi Malaysia yang mengandungkan bayi-bayi Islam telah menerima anak-anak itu membesar dengan satu ketabahan yang amat tebal". Bohong kalau ada pihak yang mengatakan bahawa PAS dilanda sindrom "Takut Menang" kerana sebenarnya PAS lebih bersyukur dengan kesyukuran yang lebih dari mana mana pihak yang menyampah PAS.

PAS sudah tidak perlu bertanya lagi soal "apa yang kita dapat?" kerana PAS sendiri tidak pernah bertanya apa yang majoriti rakyat Malaysia ini kehendaki. Dalam kontek politik, apakah mereka condong kepada kerajaan Pakatan? Apakah mereka inginkan kerajaan Kebajikan? atau mereka cinta akan kerajaan Perpaduan? Kiranya mereka kembali bertanya "apa yang meraka dapat", mereka sebenarnya ingin kembali menghampiri Dasar Tutup Pintu Hati.

Berhentilah bertanya "apa yang kami dapat" kerana sesungguhnya apa-apa yang diperuntukkan oleh Allah SWT ke atas kamu tidak akan mampu dirampas oleh pihak lain. Berilah peluang kepada Dasar Terbuka agar semua yang "masuk" dapat dinilai dengan lebih bijaksana. Jangan kita terlalu alpa memungut bebatuan sedang kita terlupa mengambil intan permata.
.
Semoga Muktamar PAS yang ke 55 akan menguatkan lebih lagi Iman dan terus membuka hati mereka memperjuangkan yang hak dan mengalahkan yang bathil. Semoga PAS lebih mengenali antara batu dan permata dan mengenali antara musuh, musyrikin, kafirun dan jamaah. Allahuwallam.