Translate

Friday, April 2, 2010

PRK Parlimen Ulu Selangor: Dulupun PKR Berpesta.

KEPUTUSAN PRU 12, PAR,IMENT P.94-SELANGOR
P94 - HULU SELANGOR (63,593)
 Melayu: 53.9% Cina: 26.7% India: 19.0% Lain-lain: 0.4%

Datuk G. Palanivel Govindasamy (BN-MIC) 22,979

 Zainal Abidin Ahmad (PKR) 23,177
Majoriti: 198
Jumlah Undi: 47622
Undi Rosak: 1,466
% mengundi: 74.89


MP SAKIT. Siapa Berpesta mau PRK . Begitulah keadaannya dulu. Pemimpin-pemimpin PKR dulu mendesak supaya diadakan PKR sebaik sahaja Pakatan pembangkang kalah di Batang Pinang, Negeri Sembilan. Sebahagian pemimpin PKR sudah tidak sabar sehingga menyinggung perasaan ahli-ahli keluarga Arwah MP Ulu Selangor, Allahyarham Dato Dr Zainal Abidin Ahmad (PKR). Francis Xavier Subramaniam, Ketua Penyelaras PKR kawasan Rasa, seakan tidak sabar ingin menganyang Datuk G. Palanivel Govindasamy jika dia dicalonkan.

Kawasan Parliment Ulu Selangor terdiri dari  Melayu: 53.9% Cina: 26.7% India: 19.0% Lain-lain: 0.4%. Amalan dalam BN sering memberikan peluang kepada rakan-rakan komponen yang lain jika berlaku Pilihanraya walaupun peluang UMNO amat cerah dalam sesuatu kawasan yang menjadi rebutan memandangkan pengundi Melayu lebih ramai di kawasan berkenaan.

Kawasan Parlimen Ulu Selangor pada PRU12 adalah contoh yang typical. Apakah amalan ini akan dilakukan sempena PRK di Ulu Selangor pada kali ini?

Ramai yang sudah meramalkan bahawa pada Pilihan Raya Kecil ke 10: G.Palanivel Pasti Calun BN Dalam BN soal perkauman dalam memilih calon tidak wujud. Tolerasi dalam BN lebih kuat mestipun orang BN sering dituduh pembangkang sebgai racist.

Rasanya BN akan mudah menawan semula kawasan iniu jika persefahaman komponen BN akan terus utuh. Semua tahu, Ketua Bahagian PKR Ulu Selangor sudag hilang statusnya sebagai Ketua Bahagian kerana  AJK PKR meninggalkan PKR. Apakah ini petanda awal PKR akan dibenakan rakyat Ulu Selangor?

Thursday, March 25, 2010

FITNAH II. FITNAH SIAPA?- 300 Ahli dan Penyokong PKR Sertai Komponen BN.

Jika Fitnah II itu benar, kenapa pendokong perjuangan reformasi di selangor ini meninggalkan PKR beramai-ramai?

Dalam kesibukan pencacai Pakatan Pembangkang melebel Sodomi II sebagai Fitnah II, semakin pula terbongkar usaha pemimpin Pakatan pembangkang cuba merekayasa perbuatan FITNAH. Terbentang di hadapan mata kita kini bahawa mereka yang mendakwa diri difitnah rupanya "Juara Membuat dan Merekacipta Fitnah".
Pendedahan Yb Zulkifli Nordin, MP Kulim Bandar Baharu "Antaranya saya diminta membuat akuan bersumpah Perdana Menteri dan Datin Seri Rosmah terlibat dalam kes tersebut. "Malah saya sendiri pernah diminta membuat surat akuan bersumpah yang mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dengan pembunuhan Altantuya. "Ganjaran yang ditawarkan boleh menggoyangkan iman. Namun Datuk Yang Dipertua saya bersyukur kerana Allah melindungi saya daripada terlibat dalam fitnah tersebut," kata Zulkifli, adalah BUKTI YANG NYATA bahawa mereka yang mengatakan FITNAH adalah juga  orang yang sama MEREKA-CIPTA FITNAH. So siapa yang mendengar dan menerima fitnah ini?
Oleh kerana bahang permainan FITNAH ini, rakyat mula hilang kepercayaan dan keyakinan. Amat malang bagi negara ini jika pemimpin seperti ini diberikan peluang untuk memimpin.

Semakin DSAI kata dia difitnah semakin ramai meninggalkan PKR. Ramai sudah tidak yakin dengan kepimpinannya. Semakin ramai yang menolak tuduhan itu, Sodomi II, satu fitnah.

Kehilangan keyakinan ini jelas ternyata apabila seramai 300 ahli dan penyokong PKR di Kawasan Telupid , Sabah dalam kawasan Parliment Kinabatangan, meninggalkan PKR dan menyertai komponen Barisan Nasional, iaitu UPKO pada 22 Mac, 2010 yang lalu.. Kumpulan itu diketuai oleh Alexius Michael Angkangon. Alexius menyatakan bahawa "kami telah kehilangan kepercayaan kepada kepimpinan PKR". Alexius juga menyatakan bahawa akan berlaku exodus yang lebih ramai dari PKR ke Barisan Nasional selepas ini. Penyertaan mereka disambut oeh YB Datuk Ewon Ebin, Naib Presiden UPKO.

Now, Jika fitnah II yang digembar-gembur Pakatan Pembangkang berasas, kenapa semakin ramai yang meninggalkan PKR?.  Ringkasnya, jika pembohongan semakin tersingkap, maka  menuduh Fitnah II juga merupakan gerakan sia-sia dan membuang masa. Semuanya memuakkan rakyat.

Related:
-Hilang kepercayaan: 100 ahli PKR sertai UMNO

Tuesday, March 23, 2010

Ayam Tak Patuk Itik Tak Sudu. Siapa meradunya?

Ehud Barak tak pernah kata 1Malaysia meniru 1Isreal. Akan adakah utusan DSAI ke Israel supaya Israel mengutuk Malaysia kerana meniru 1Israel?

1. “It’s not that I’m oblivious to it, or unaffected by it, but you have to just get on with life.”. Demikian jawapan DSAI bila ditanya oleh Gideon Racman dari Financial Times. Media asing memang terkenal dengan sokongan mereka terhadap Pembangkang kepada Kerajaan Malaysia. Hatta, biarpun bukan DSAI sekalipun sebagai Ketua Pembangkang, mereka tetap juga akan menyokongnya kerana mereka memang lebih pro Pembangkang dan itu sifat dan naluri mereka.

2. Dalam isu 1Malaysia yang cuba dikatakan DSAI sebagai meniru 1Israel, awal-awal lagi kita faham sikap manusia "putar alam". Rakyat Malaysia sudah sedar bahawa DSAI adalah pemimpin yang sudah luntur dan pudar di negara sendiri. DSAI sedar bahawa tindakannya yang melobi dan bersahabat dengan kuncu-kuncu Israel telah memudarkan sokongan rakyat terhadap perjuangannya. Lalu, DSAI "putar alam" bawa 1 Malaysia tiru 1Israel!!. Cepatlah menunding jari kerana memanglah dia "Pakar Tunding Jari".

3. Rakyat tahu bahawa 1Malaysia berbeza dengan 1Isreal. Tirupun TIDAK cuma secara kebetulan kedua-duanya menggunakan "1". Anehnya persamaan ini pun dapat digunakan oleh Pakar Tunding Jari dan Putar Alam untuk menyibok dengan menjadikannya isu politik dan ramuan politik. Rasanya isu itu hanya akan memakan dirinya kerana selama ini, dialah yang bertindak dan melakukan banyak perkara yang menjadikan dirinya akrab dengan kuncu-kuncu Israel.

4. Rakyat Malaysia dapat lihat dan menilai sendiri bahawa Israel dan Ehud Barak secara peribadinya tidak pernah mengatakan 1Malaysia meniru 1Isreal. Tetapi DSAI sebok menyala-nya mengatakan Najib menirunya. Tak payah explainlah! Satu Malaysia dah faham nawaitu DSAI!

5. Dalam kontek 1Malaysia yang dikaitkan dengan 1Israel ini, anda kenalah faham....bila "gambler" politik kehabisan modalnya mulalah dia "sesat perkataan" dan "lali politik". Perkara yang BUKAN isu dianggapnya ISU BESAR. Nak tutup Sodomi dengan menggunakan "selimut antarabangsa" bukannya mudah. Ibarat "menutup bangkai ikan jerung dengan lampin bayi". Cerita begini, ayam tak akan patuk. itik pun tak akan sudu. Hanya putar alam dan pencacai sahaja yang meradunya!

Monday, March 22, 2010

PELACUR POLITIK DAN DUA PAKAR TUNDING JARI MALAYSIA.

Tak payah bagi tahu rakyat Malaysia siapa pakar tunding jari di Malaysia. Mereka semua dah tahu!

Rakyat Malaysia sedang mengkuti perkembangan pendedahan Dato Seri Zaharin Hasyim mengenai pembohongan Dato Seri Anwar Ibrahim semasa dia melaung-laungkan gagasan 16 September @ 916 dan "I have the number". Orang orang PKR, tiada seorangpun dari PAS, tidak juga Dato Haji Mahfoz Omar, diarah menjejaki MP-MP BN yang mengadakan lawatan sambi belajar di Taiwan. Elizabeth Wong, Tuan Chua dan Saifuddin Nasution (semua budak-budak PKR dan tiada seorang pun dari PAS) menjadi gembala dalam program "jejak MP BN" di Taiwan. Zaharin sebagai orang kuat dan sahabat akrab DSAI tentu tahu apa formula yang dibawa budak-budak PKR ke Taiwan. Sahabat Akrab sudah tentu tahu!!

Zaharin sudah pasti tahu "formula DSAI yang digunakan untuk menyelesaikan 916 dan "I have the number". Bila Zaharin meninggalkan PKR dan bercakap mengenai formula itu, Mahfoz pula kata ada Pelacur politik yang tidak patut bersarang di Parlimen. Benarkah Mahfoz lebih tahu, berbanding Zaharin, tentang apa yang berlaku dalam formula mathematik 916 dan "I have the number" yang berlaku dalam lab politik PKR? Atau Mahfoz sekadar menggunakan kepakarannya menunding jari?
"Mereka boleh untuk tidak bersama PKR dan PR tetapi mereka perlu melepaskan jawatan ahli Parlimen untuk kembalikan mandat itu kepada rakyat. "Inilah cara terbaik untuk mereka membuktikan dakwaan mereka PKR dan PR tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat. Bukannya menjadi pelacur politik yang membawa penyakit yang boleh merosakan masyarakat," - Pakar Tunding Jari Malaysia, Mahfoz Omar
Tidakkah Mahfoz sedar bahawa Zaharin yang meninggalkan PKR mempunyai "legitimate right" memegang jawatannya sebagai MP? Siapa sebenarnya yang menjadi pelacur politik sehingga ke peringkat pelacuran politik antarabangsa? Jika rakyat Malaysia, even rakyat biasa, tahu siapa yang melacurkan politik Malaysia hingga ke luar negara, takkan Mahfoz tak tahu!. Species ini even menjaja perbuatan sumbangnya ke luar negara. Kalau ini Mahfoz tah tahu, saya TAK TAHU apa nak kata lagilah!.

Kepakaran menunding jari kedua-dua Pakar Menunding Jari ini sukar ditandingi di Malaysia.

Anyway, Mahfoz ini memang gemar menunding jari ke arah orang lain. Janganlah pula lupa jenguk-jenguk orang sebelah tuu.. Dia lagi pakar tunding jari yang sudah terkenal. dan termasyur seantero Malaysia dan Nusantara. Yang pasti Zaharin lebih tahu kepakaran mantan sahabat akrabnya itu. Dia lah de Facto leader tunding jari Malaysia sebenarnya.

Sunday, March 21, 2010

Perkiraan Nyamuk.

Perkiraan Nyamuk: Akan berbunyi di telinga anda supaya meremangkan buru roma anda lalu mudahlah ia menyuntik "jarumnya"

Tsunami Politik sudah "tak main lagi". Dulu dilaung-laungkan ke hulu ke hilir terutama selepas saja PRU12. Kini laungan Tsunami Politik itu tidak lagi menguntungkan kerana Tsunami itu beralih arah Dia menyerang Parti Keadilan Rakyat-PKR sehingga bahteranya separuh karam. Pemimpin-pemimpin PKR dan rakan karib DSAI sendiri meninggalkan PKR dan dipecat atas kehendak "nyamuk" yang semakin kenyang darah anak-anak pribumi. Darah PAS sudah memenuhi perut nyamuk.

Melihat keadaan PKR yang terumbang-ambing, nyamuk sudah tidak lagi yakin dengan pengaruh dan kekuatan PKR. DSAI sudah tidak lagi relaiable bagi memberikan dan menjual sokongan-sokongan anak-anak pribumi. TGNA pun sudah tua. Jika mampu di rejuvenate , for whatever it takes, wahever its costs pasti akan dilakukan nyamuk. Tool pentinglah katakan!.  

The fading, DSAI, sudah tidak lagi mampu membisikan kata azimat di telinga TGNA. lambat laun ikatan DSAI-TGNA akan longgar dan bakal putus. Jika nyamuk bergantung harap pada ikatan ini, lambat laun, darah di perutnya akan akan kering. Ikatan itu terpaksa ditinggalkannya seperi nyamuk meninggalkan PAS dalam Barisan Alternatif suatu waktu dulu. Merugikan dan menjadi bebanan.

Nyamuk kini selalu terbang ke Sabah mencari darah baru. Darah anak-anak pribumi di Bumi Di Bawah Bayu. Kota Kinabalu, Penampang dan Keningau menjadi sasaran. Konon di sini ramai anak-anak pribumi yang tergamak melawan anak-anak pribumi sendiri! OTAK nyamuk penghisap darah!

Anak-anak Pribumi yang tidak tahu rasist diajar racist. Perpaduan anak-anak pribumi di Negeri Di Bawah Bayu cuba diracuni. Namuk tetap Nyamuk. Tindakan ini menguatkan lagi tanggapan bahawa "satu lawan satu dalam PRU 13" semakin kelihatan mustahil. DAP akan menguatkan cengkamannya di Sabah walaupun anak-anak pribumi sudah kenal nyamuk. menghisap darah dan membawa penyakit. Kerusi Parliment DAP kini majoriti dalam Pakatan Pembangkang. Nyamuk rasa yakin mampu menghisap darah anak-anak pribumi Sabah dengan senjata dan jarum-jarum itu. Dia mahu terus mengiyangi telinga anak-anak pribumi agar meremang bulu roma mereka dan mudah dia menyuntik jarum-jarumnya yang beracun itu.

Tapi, anak-anak pribumi Sabah ramai yang menggunakan "kelabu beracun".  Mereka bijaksana. Nyamuk jangan lupa di Negeri Di Bawah Bayu ini ramai kumbang dan rama-rama. Mereka juga bebas terbang. Jangan hairan kawasan-kawasan yang menjadi taman permainan anak-anak pribumi Sabah juga menjadi sasaran. Dan jangan hairan jika kawasan-kawasan  DUN yang menjadi sasaran untuk ditawan, akan menjadi milik Barisan Nasional lantaran di samping nyamuk yang menghisap darah ada  kumbang dan rama-rama  borneo yang juga cenderung menghisap madu. Upset sering menjadi cerita lumrah seperti selalu. Masa itu, semuanya akan hanya jadi sesalan yang tiada berguna.

Anak-anak pribumi Sabah. Awas! Jangan membuang sampah di merata-rata  tempat yang menjadi takungan dan syurga pembiakan Nyamuk Aedes. Nyamuk ini memang penghisap darah dan pembawa penyakit demam denggi. Terlalu berbahaya jika sampai ke tahap Deman Denggi Berdarah.

Ingatlah! Tiada Aedes Tiada Denggi.

Saturday, March 20, 2010

SEMANANJUNG GAZA VS SEMENANJUNG MALAYSIA

 Di Semenanjung Gaza dan Di Semenanjung Malaysia khasnya Pulau Pinang..dah hampir sama! Mungkinkah ianya akan serupa?

Di Semenanjug Gaza:
Serangan udara yang dilancarkan tentera Israel ke atas Genting Gaza bagi membalas serangan roket pejuang Palestin menimbulkan keadaan cemas pada perbincangan antarabangsa mengenai Asia Barat di Moscow, hari ini.

Ketegangan juga dilihat memuncak di Baitulmaqdis, di mana beribu-ribu anggota polis Israel bersiap-sedia untuk menghadapi kemungkinan berlakunya pertempuran baru di kawasan itu serta di sekitar Old City.

Pihak berkuasa mengenakan sekatan ke atas penduduk Islam Palestin ketika solat Jumaat hari ini di kawasan Masjid al-Aqsa. Paparan Penuh di sini

Di Semenanjung Malaysia:
Kerajaan Pulau Pinang Meroboh Gerai-gerai Melayu..Menurut Sivamurugan, tindakan kerajaan negeri itu hanya akan melebarkan jurang kekayaan antara etnik di negara ini khususnya orang Melayu dengan kaum-kaum lain. Beliau menambah, jika itu berlaku, sudah pasti ia akan menjejaskan ikatan perpaduan rakyat berbilang kaum.

Dengan apa yang berlaku menguatkan lagi apa yang telah diperkatakan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mendakwa Ketua Menteri, Lim Guan Eng seorang yang cauvinis, diktator dan berfikiran bahaya Paparan Penuh di sini

Lambat laun yang "hampir sama" akan menjadi "serupa"... Fikir-fikirkanlah..

ANWAR: MENGKHIANATI EKONOMI NEGARA DI LUAR NEGARA.

Di Luar negara Anwar bagai membaca doa menadahkan tangan agar ekonomi Malaysia jahanam.

Sedikit masa lalu Dato Seri Anwar Ibrahim mengutarakan keduduakn ekonomi Mlaaysia sbagai gelap dan merudum menggunakan fakta yang rekayasa IMF. Dia bersandarkan anggaran dan jangkaan IMF yang sememangnya bias terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia. Walaupun pertumbuhan 4.5% sang dinikmati dan disasarkan mencapai tahap pertumbuhan 6% tahun ini, namaun Anwar dan IMF masih melihat pertumbuhan ekonomi Malaysia terlalu nagatif dan hodoh.

Sejak dahulu, semasa kewujudan DEB (NEP)-Dasar Ekonomi Baru, Pertumbuhan ekomomi masih pesat. Ekonomi Malaysia pernah mencapai tahap pertumbuhan 7%. Jika tidak kerana serangan penyangak matawang, Soros dan IMF pada tahun 1997-98, ekonomi Malaysia mensasarkan 7.5%-8%. Pada masa itu DEB masih diamalkan. Ini membuktikan bahawa DEB BUKANlah faktor yang menentukan atau variable bagi pertumbuhan ekonomi atau bukan "critical success factor" pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Sebenarnya perbuatan Anwar sendiri yang menggambarkan kepada dunia bahawa ekonomi Malaysia "merudum" adalah fakor yang  lebih besar menghambat pertumbuhan ekonomi Negara. Kita harap Masyarakat kita sedar mengenai perbuatan Anwar memburu-burukkan ekonomi Malaysia di luar negara adalah satu usaha membantutkan ekonomi yang membawa kesan kepada seluruh rakyat Malaysia. Sukar untuk menolak bahawa perbuatan Anwar ini salah satu dari tindakan dan perbuatan  yang "mengkhiananti ekonomi Negara" di luar negara.

Ikuti lapuran mengenai kritikan Anwar terhadap ekonomi Negara ini di luar negara:-

The Opposition Leader insisted that dropping the New Economic Policy (NEP), first drawn up in the 1970s, would be more effective in helping poor Bumiputeras, a constant call by his political foes in Umno as well as Malay rights groups. “It needs to be dismantled because of the lost competitiveness,” he told a forum in London. Anwar’s frequent criticism of the NEP has often drawn flak along with the accusation that he is selling out "his race", a charge that he denies. “We have to regain it and enrich the country and then distribute wealth through a more transparent affirmative action policy,” the PKR de facto leader said. Paparan penuh di sini
Anwar terlalu bangga mengatakan bahawa Ekonomi Malayisa dihambat NEP. Sebenarnya ini bermaksud "ANWAR ADALAH ANTI-KEUTAMAAN KEPADA BUMIPUTERA DAN PRO PENGHAPUSAN HAK-HAK ISTIMEWA BUMIPUTERA"

Sl menegaskan bahawa semuga gerakan Anwar adalah 'SOLIDLY POLITIC". Atas dasar itu ekonomi Malaysia TIDAK akan dapat dipacu dengan nawaitu politik. Sebaiknya ANwar perlu memberikan komen ekonomi dengan mengenepikan nafsu politiknya agar "masyarakta yang celik ekonomi dan golongan muda yang professional" dapat melihat kejujuran politik Anwar. Jika Anwar meletakkan segala-gala termasuk segala kudrat pemikiranya semata-mata kerana "politik", Anwar hanyalah semakin menghampiri kejatuhannya.

PAKATAN PEMBANGKANG LEBIH BAIK JAGA TANGKINYA.

Tian Chua yang dilahirkan DSAI melalu gagasan Reformasi adalah seorang aktivist masyarakat. Dia kini menjadi rujukan dan "orang penting" PKR dan DAP.

Pemimpin-pemimpin PKR khasnya dan Pakatan Pembangkang amnya di Semenanjung Malaysia ramai yang lahir dalam era gagasan reformasi. Tidak hairanlah jika mereka yang mendapat tempat dalam kepimpinan Pakatan Pembangkang. Mereka ini adalah di kalangan 'aktivist" masyarakat yang bertukar menjadi aktivist politik. Tian Chua, Elizabeth Wong, Janice Lim, Teresa Kok adalah di antara pemimpin Pakatan Pembangkang yang kini menjadi aktivist politik yang asalnya aktivist masyarakat.

Di Sabah, di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat, sukar dicari seorangpun aktivist politik yang asalanya adalah aktivist masyarakat secara aktif. Tidak hairanlah bila kita temui ramai di kalangan pemimpin PKR dan Pakatan Pembangkang Sabah "berpolitik dulu baru menjadi aktivist masyarakat". Atau lebih tepat dikatakan bahawa mereka tidak akan menjadi aktivist masyarakat per se jika tidak mempunyai agenda politik. Ciri-ciri ini yang menjadikan Pemimpin Pakatan Pembangkang Sabah lebih cenderung memperkatakan dan mejadikan isu politik berbanding isu-isu permasalahan masyarakat atau permasalahan rakyat. Meskipun mereka mengetengahkan isu rakyat, suara rakyat, keadilan rakyat, kuasa keramat rakyat dan sewaktu dengannya, mereka lebih cnderung menggunakan pendekatan politik yang beragenda politik.

Akibat dari "agenda politik" yang menguasai ruang lingkup pemikiran Pakatan Pembangkang Sabah ini, maka setiap masalah rakyat, seolah-olah penyelesainya ialah politik. Soal kemiskinan diselesaikan dengan politik, soal PTI diselesaikan dengan politik, soal kekurangan kemudahan infrastruktur diselesaikan dengan politik, soal pendidikan anak bangsa diselesaikan dengan politik, soal akidah diselesaikan dengan politik, perubahan cuaca diselesaikan dengan politik, soal delivery system jabatan kerajaan diselesaikan dengan politik, soal habis atau kekurangan gula di dapur diselesaikan dengan politik. Kemarau, pembakaran terbuka, pembuangan sampah, penyeludupan, penaguhan dadah, Ikan bom, sayur beracun, kemarau, banjir; semua hendak diselesaikan dengan politik. Dapatikah dicapai penyelesaian dengan cara ini?

Malah barangkali soal nikah-cerai, sakit, kematian, drunk driving, buang bayi juga cuba diselesaikan dengan menggunakan pndekatan politik.

Bolehkah kita yakinkan rakyat yang daif dan miskin dengan isu "undilahlah aku kerana kalu kita kalahkan kerajaan maka selesailah masalah kemiskinan kamu?" Bolehkan kita yakinkan rakyat sesebuah kampung dengan hanya mengatakan kepada mereka "undilah aku kerana aku akan bina jalanraya emas di kampung kamu bila kau menjadi YB? Dapatkan kita meraih undi dengan menggunakan isu "kalau saya jadi YB masalah air di kawasan anda akan selesai?"

Oleh kerana ciri-ciri dan rupabentuk pemimpin politik Sabah, khasnya Pakatan Pembangkang, maka wujudlah kalangan pempimpin yang saling bersaing sesama mereka demi merealisasikan agenda politik masing-masing. Dalam masa yang sama mereka berkongsi "satu tangki penyokong" iatu tangki penyokong pembangkang di Sabah. Dalam banyak kejadian, setiap pilihanraya, pembangkang berpecah-pecah degan menyokong ketua mereka masing-masing. Tiada dalam satu masa di mana parti-parti pembangkang ini bersatu di bawah satu lambang. Bila berakhirnya Pilihanraya mereka mendapati diri mereka kalah teruk dan ramai yang "hilang wang pertaruhan".

Melihat akan keadaan ini, rasanya impin Pakatan Pembankang untuk melihat "straight fight", satu lawan satu hampir mustahil. Terlalu mengharapkan lain-lain Parti Pembangkang bersatu dalam Pakatan Pembangkang 'is just a wise dream", terlalu sukar direalisasikan kerana meraka yang mengajak untuk bersatu sekadar mahu menjadi "leader" yang ingin memperkuat kedudukannya. Manakala mereka yang diajak bersatu sekadar hendak dijadikan pengikut atau penyokong. Wise thinking huh!

Dalam keadaan ini, Pakatan Pembangkang Sabah lebih baik menjaga tangkinya. Tersilap sedikit, ia bakal bocor sendiri kerana bakal ditentang oleh kepimpinan dalamannya jika dia terlalu mengejar sokongan pembakang yang lain. Jangan nanti berlaku "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikandung Berciciran". Jika tidak, jadilah Pakatan Pembangkang parti yang self destruct. Sesama mereka bertelagah kerana masing-masing memiliki agenda politik peribadi, BUKAN AGENDA UNTUK RAKYAT (tetapi sering menyebut dan menjaja nama rakyat), yang terbuku di hati masing-masing. Maklumlah "lahir mereka sebagai aktivist politik" yang purely politik.