Translate

Saturday, March 20, 2010

PAKATAN PEMBANGKANG LEBIH BAIK JAGA TANGKINYA.

Tian Chua yang dilahirkan DSAI melalu gagasan Reformasi adalah seorang aktivist masyarakat. Dia kini menjadi rujukan dan "orang penting" PKR dan DAP.

Pemimpin-pemimpin PKR khasnya dan Pakatan Pembangkang amnya di Semenanjung Malaysia ramai yang lahir dalam era gagasan reformasi. Tidak hairanlah jika mereka yang mendapat tempat dalam kepimpinan Pakatan Pembangkang. Mereka ini adalah di kalangan 'aktivist" masyarakat yang bertukar menjadi aktivist politik. Tian Chua, Elizabeth Wong, Janice Lim, Teresa Kok adalah di antara pemimpin Pakatan Pembangkang yang kini menjadi aktivist politik yang asalnya aktivist masyarakat.

Di Sabah, di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat, sukar dicari seorangpun aktivist politik yang asalanya adalah aktivist masyarakat secara aktif. Tidak hairanlah bila kita temui ramai di kalangan pemimpin PKR dan Pakatan Pembangkang Sabah "berpolitik dulu baru menjadi aktivist masyarakat". Atau lebih tepat dikatakan bahawa mereka tidak akan menjadi aktivist masyarakat per se jika tidak mempunyai agenda politik. Ciri-ciri ini yang menjadikan Pemimpin Pakatan Pembangkang Sabah lebih cenderung memperkatakan dan mejadikan isu politik berbanding isu-isu permasalahan masyarakat atau permasalahan rakyat. Meskipun mereka mengetengahkan isu rakyat, suara rakyat, keadilan rakyat, kuasa keramat rakyat dan sewaktu dengannya, mereka lebih cnderung menggunakan pendekatan politik yang beragenda politik.

Akibat dari "agenda politik" yang menguasai ruang lingkup pemikiran Pakatan Pembangkang Sabah ini, maka setiap masalah rakyat, seolah-olah penyelesainya ialah politik. Soal kemiskinan diselesaikan dengan politik, soal PTI diselesaikan dengan politik, soal kekurangan kemudahan infrastruktur diselesaikan dengan politik, soal pendidikan anak bangsa diselesaikan dengan politik, soal akidah diselesaikan dengan politik, perubahan cuaca diselesaikan dengan politik, soal delivery system jabatan kerajaan diselesaikan dengan politik, soal habis atau kekurangan gula di dapur diselesaikan dengan politik. Kemarau, pembakaran terbuka, pembuangan sampah, penyeludupan, penaguhan dadah, Ikan bom, sayur beracun, kemarau, banjir; semua hendak diselesaikan dengan politik. Dapatikah dicapai penyelesaian dengan cara ini?

Malah barangkali soal nikah-cerai, sakit, kematian, drunk driving, buang bayi juga cuba diselesaikan dengan menggunakan pndekatan politik.

Bolehkah kita yakinkan rakyat yang daif dan miskin dengan isu "undilahlah aku kerana kalu kita kalahkan kerajaan maka selesailah masalah kemiskinan kamu?" Bolehkan kita yakinkan rakyat sesebuah kampung dengan hanya mengatakan kepada mereka "undilah aku kerana aku akan bina jalanraya emas di kampung kamu bila kau menjadi YB? Dapatkan kita meraih undi dengan menggunakan isu "kalau saya jadi YB masalah air di kawasan anda akan selesai?"

Oleh kerana ciri-ciri dan rupabentuk pemimpin politik Sabah, khasnya Pakatan Pembangkang, maka wujudlah kalangan pempimpin yang saling bersaing sesama mereka demi merealisasikan agenda politik masing-masing. Dalam masa yang sama mereka berkongsi "satu tangki penyokong" iatu tangki penyokong pembangkang di Sabah. Dalam banyak kejadian, setiap pilihanraya, pembangkang berpecah-pecah degan menyokong ketua mereka masing-masing. Tiada dalam satu masa di mana parti-parti pembangkang ini bersatu di bawah satu lambang. Bila berakhirnya Pilihanraya mereka mendapati diri mereka kalah teruk dan ramai yang "hilang wang pertaruhan".

Melihat akan keadaan ini, rasanya impin Pakatan Pembankang untuk melihat "straight fight", satu lawan satu hampir mustahil. Terlalu mengharapkan lain-lain Parti Pembangkang bersatu dalam Pakatan Pembangkang 'is just a wise dream", terlalu sukar direalisasikan kerana meraka yang mengajak untuk bersatu sekadar mahu menjadi "leader" yang ingin memperkuat kedudukannya. Manakala mereka yang diajak bersatu sekadar hendak dijadikan pengikut atau penyokong. Wise thinking huh!

Dalam keadaan ini, Pakatan Pembangkang Sabah lebih baik menjaga tangkinya. Tersilap sedikit, ia bakal bocor sendiri kerana bakal ditentang oleh kepimpinan dalamannya jika dia terlalu mengejar sokongan pembakang yang lain. Jangan nanti berlaku "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikandung Berciciran". Jika tidak, jadilah Pakatan Pembangkang parti yang self destruct. Sesama mereka bertelagah kerana masing-masing memiliki agenda politik peribadi, BUKAN AGENDA UNTUK RAKYAT (tetapi sering menyebut dan menjaja nama rakyat), yang terbuku di hati masing-masing. Maklumlah "lahir mereka sebagai aktivist politik" yang purely politik.

2 comments:

CUCU TOK WAN said...

susah dah nak diubah persepsi politik segala-galanya. Ia dah jadi barah dan kudis dalam struktur masyarakat Malaysia. Itu pasallah, orang politik dianggap sebagai golongan untouchable...

Sama ada sedar atau tidak, ada perbezaan pendekatan hukuman dan penerapan undang-undang antara orang bukan politik dengan orang politik.

yanmaneee said...

hermes
curry 7 shoes
moncler jackets
supreme clothing
yeezy 500 blush
supreme sweatshirt
outlet golden goose
birkin bag
curry shoes
off white nike