Translate

Thursday, March 18, 2010

ZAID PUN KATA "PENDATANG"!

 "Tidak dapat dipastikan samada species ini memutar lidah. Tetapi yang pasti lidahnya bercabang dua"

Zaid dengan nyata menganggap Orang Asli itu BUKAN BUMIPUTERA dengan merujuk Perlembagaan Persekutuan yang ditafsirnya. Sebaliknya Zaid menegaskan bahawa Orang Ali itu sebagai PUTERA BUMI. Anehnya, bila Zaid menggunakan istilah itu, dia tidak pula merujuk Perlembagaan Persekutuan. Dia menyebuat "anak putera bumi bertuah". Apa bezanya? Kenapa Zaid TIDAK menyebut "anak bumiptera bumi bertuah"? Apakah ini sebahagian dari unsur-unsur putar belit dan memutar lidah yang Zaid telah pelajari dan perolehi dari ajaran philosphy Anwar bin Ibrahim?
Saya terkejut. Bila pula Orang Asli ini dimasukkan dalam golongan “Bumiputera”? Saya terus merujuk kepada Perkara 153 and 161 Perlembagaan Persukutuan. Tak ada pula Orang Asli diberi keistemewaan sebagai Bumiputera.....Sepatutnya merekalah orang yang paling layak sekali kerana bukan sahaja sebagai Orang Asal dan anak putera bumi bertuah ini tetapi juga kerana mereka paling miskin. Orang Asli bukan dikategorikan sebagai Bumiputera, hanya “Malays and the Natives of Sabah and Sarawak” dianggap sebagai Bumiputera.... Inilah nasib Orang Asal di negara ini. Menteri sendiri tidak mengetahui status mereka, masakan mereka akan mendapat pertolongan dan pembelaan yang patut dan sewajarnya. Hanya “pendatang” yang terpilih oleh UMNO sahaja mendapat keistemewaan. Zaid Ibrahim [di sini]
 Zaid juga sudah menggunakan perkataan "Pendatang". Agaknya Zaid juga sudah mula mengatakan bahawa rakyat Malaysia yang terbentuk dari sejarah imigrasi sebelum merdeka, khasnya Cina dan India, adalah "pendatang"?. Look who is talking!

NOTA:
"Bumiputera" dterjemah sebagai "son of soil" atau native
"Putera Bumi" apa pula Zaid? bukankah juga "son of soil"?..Putar belit jenis apa ini?

1 comment:

Anonymous said...

Sebenarnya Zaid lah berketurunan pendatang secara teknikalnya sebab bapanya dari India..tetapi orang asli adalah penduduk asal yang se aslinya..orang melayu pun dah banyak campuran..