Tanduk mereka mula memanjang. Bilakah TGNA menyeru mereka bertaubat?
Bila Karpal Singh menyeru supaya DSAI bertaubat, kesannya hanya menjadi senjata musuh Pakatan Pembangkang, namun tidak lebih dari peluru plastik yang hanya mencederakan tapi tidak mampu membunuh. Karpl Singh masih sebagai Ketua Pasukan Pembelaan DSAI dalam Sodomi II. Dia juga masih pengerusi DAP walaupun bertaraf OKU.
Karpal Singh sudah terkenal dengan slogan "over my dead body" dan "lihat dulu muka dicermin" merujuk kepada kedudukan PAS yang minoriti dalam Pakatan Pembangkang. Pun begitu PAS masih tetap juga meneruskan "kesetiaannya" kepada DAP. Apakah keadaan ini menjamin keberpanjangan hubungan mereka? Atau PRM akan jadi parti "self destruct"?
Apabila DSAI mengatakan ekonomi Malaysia merudum dan bakal ranap, generasi muda yang celik IT dan berpendidikan mula bengang dengan kenyataan DSAI itu. Golongan muda faham informasi ekonomi dunia dan Ekonomi ASEAN khasnya Malaysia yang memacu ekonominya dengan baik berbanding negara-negara ASEAN yang lain. Kenapa DSAI sanggup menggunakan informasi IMF untuk menghalau pelabur asing dan memberi gambaran buruk mengenai ekonomi Malaysia?
Apabila DSAI bercakap mengenai merakyatkan ekonomi tetapi dalam situasi lain mengatakan ekonomi Malaysia ranap walaupun pertumbuhan 4.5% dan mensasarkan 6%, DSAI semakin mendedahkan pekungnya. Penyataan DSAI menelanjangkannya sebagai manusia hipokrit dan pembohong. Di hadapan rakyat yang tidak tahu menahu ekonomi, DSAI sanggup memutar belit fakta. Tetapi bagaimana generasi mudah yang berpendidikan dan yang memahami pembohongan ini? Sanggupkah generasi muda ini membiarkan DSAI terus-terusan membohongi rakyat biasa di negara ini? Bukankah pembohongan DSAI ini sekaligus membohongi golongan muda yang sentiasa memerhati pergolakan politik tanahair dengan rapat?
Beberapa MP PKR yang meninggalkan parti itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim keluar dari parti itu, ia diikuti oleh Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng pada 1 Mac dan kemudiannya Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri pada 3 Mac. Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (dipecat); satu demi satu mula membongkar kepincangan dan perlakuan songsang dalam PKR. Sebagai mantan orang dalam PKR merekalah yang lebih tahu penyakit dalaman PKR. Apakah orang PAS lebih tahu kepincangan dalaman itu berbanding mantan orang PKR? Janganlah bersikap lebih kuah dari nasi?
Bila Zulkifli Noordin bercakap mengenai "perkara sulit" yang turut dirahsiakannya, yang terdedah info kepadanya seperti kes Sodomi II, selama bersama DSAI dan keluarganya, DSAI bagai diserang demam sejuk. Dia mula berkata "Nothing Personal With YB. Zul". Tetapi melihat kepada " nafsu" DSAI dan DSWA membalun MP yang keluar dari PKR dan YB Zul yang dipecat, SL rasa YB Zul tidak kana berdiam diri. Masa akan menentukan bahawa "bom besar" akan tetap juga meletup.
DAP pula semakin ghairah menindas Melayu Pulau Pinang dan semakin berani bercakap negatif mengenai Islam dan Melayu. Gerai Melayu diroboh dan tanah mereka milik mereka yang bergeran sekalipun bakal dirampas. Kenapa sampai ke soal-soal yang asas ini pemimpin Islam dalam PKR dan PAS masih berdiam diri?. Kenapa PAS kedengaran masih terlalu bising dan sanggup berkompromi mengenai hukum islam dengan mempertahankan penindasan DAP ini?
Apakah sebahagian pemimpin PAS juga mula tumbuh tanduk menjejaki Pemimpin PKR dan DAP yang selama ini pempersetankan hak rakyat dan hukum Islam? Jika tidak kenapa mereka menjauhkan diri dan berdiam diri bila timbul perkara-perkara yang dilakukan DAP yang mengancam kepentingan Islam? Dan yang lebih penting ditanya: Bilakah "turn" TGNA menyeru mereka bertaubat?
No comments:
Post a Comment