Translate

Tuesday, March 16, 2010

Golongan muda tak minat politik?

 
Abu Hassan Hasbullah 
Lebih ramai pengundi muda dilihat cenderung menjadi pengundi non-partisan (tidak memihak) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan datang, demikian menurut analisis beberapa pemerhati politik.
Selain itu, perkembangan teknologi maklumat dan media baru menyebabkan golongan itu tidak lagi mengakses maklumat daripada media konvensional tetapi "mencipta" maklumat dan membentuk pandangan tersendiri.

"Mereka tiada lagi kepercayaan klasik kepada politik," kata Abu Hassan Hasbullah (kanan) ketika mengulas mengenai pengundi muda pada PRU13. Trend politik semasa dilihat antara penyumbang kepada senario itu berlaku. Read More
ULASAN SL

KENYATAAN bahawa golongan mudah TIDAK MEMIHAK menjelang PRU13, bagi SL, dibuat berdasarkan kepada tanggapan eksekutif atau rambang eksekutif. Ianya tidaklah dibuat secara pungutan atau kutipan data yang terperinci. Kenyataan ini mungkin berubah jika pungutan data dilakukan.

Siapakah golongan muda yang dimaksudkan dalam kenyataan ini masih juga samar-samar. Dalam pengkategorian yang konvensional, mereka yang berumur 40 tahun ke bawa masih dianggap "belia". Jika golongan ini diambil kira, maka kenyataan bahawa "mereka tidak memihak" amalah masih boleh dipersoalkan kerana pada peringkat umur inilah kecenderungan "berpolitik" subur dan aktif.

Pada PRU12 ramai penganalisa membuat kesimpulan bahawa golongan muda lebih ramai yang condong menyokong pembangkang. Kenyataan ini disokong oleh kenyataan-kenyataan di atas pentas oleh pemimpin-pemimpin pembangkang yang mengatakan bahawa "golongan muda mendokong perjuangan Pakatan Pembangkang". Atas sebab ini Angkatan Muda Keadilan diperkuat dan dilengapi lojistik untuk menguasai golongan muda.

Kenapa sejak akhir-akhir ini golongan muda dikatakan "tidak memihak"? Adakah kerana sokongan mereka kepada Pakatan Pembangkang kelihatan telah mereka tarik balik? Dan jika meraka masih menyokong Pakatan Pembangkang maka barulah dikatakan mereka "memihak @ masih menyimpan kepercayaan klasik kepada politk"?

Apabila Peralihah kuasa daripada Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi kepada TS Najib Tun Razak, analisa demi analisa dibuat untuk mengukur perubahan sokongan terhadap Najib yang sekaligus sokongan terhadap kerajaan. Finding menyatakan bahawa sokongan terhadap Najib semakin hari semakin meningkat terutama golongan intelek muda.

Dua faktor utama yang meningkatkan sokongan ini ialah Pertama: Kesungguhan dan keberanian Najib menghadapai cabaran untuk berubah atau rebah. Kedua: Ketidak benaran @ ketidak telusan janji dan ungkapan pemimpin-pemimpin Pakatan Pembangkang dan hubungan antara parti dalam Pakatan Pembangkang yang amat rapuh. Terlalu luas kagetori ini diulas. Cukuplah dengan menggariskan kategori besar ini. Hari demi hari kita dihidangkan dengan ketidak telusan dan kerapuhan Pakatan Pembangkang. Nilailah mengikut penelitian anda.

Bagi SL golongan muda yang minat dengan politik telah meningakat. Cuma mereka tidaklah menjadi pemain utama yang "mengelicik" bola politik itu ke palang gol. Mereka adalah pemerhari yang peka terhadap isu-isu politik. Lazimnya mereka yakni golongan intelek muda ini membuat keputusan bukan kerana berdasarkan kepetahan seseorang pemimpin berkata-kata tetapi kerana tindakan mereka yang lebih meyakinkan dan lebih telus. SL yakin bila golongan intelek muda ini berkata, rakyat akan mendengarnya dengan lebih tekun dari orang politik.

Secara keseluruhan, golongan muda inginkan kerajaan yang aman, toleransi, mempunyai masa depan yang cerah, mempertahankan semangat nasionalisma, mempertahankan perpaduan dan tidak berkonfrontasi. rengkasnya untuk mencipta negara Malaysia yang unggul di pentas dunia. Jika kita lihat di sekeliling kita. siapa agaknya yang lebih cenderung untuk dipilih oleh golongan muda ini?

2 comments:

SUARA RAKYAT said...

Orang muda lah minat politik. Cuba tanya siapa yang memasang bendera parti-parti semasa pilihanraya? siapa yang tunjuk perasaan, orang tua-tua kah? begini lah kalau membuat analisis atas meja, bermain dengan angka komputer.AYT merasa, mereka yang membuat andaian orang muda tidak minat politik, perlu melihat kembali andaian itu.

Anak X-PKR said...

Non Patisan-Kalo tidak memihak, tidak mengundilah tuu..bangang punya analisa. Itulah terlalu duduk lama dalam aircon..otakpun jadi beku.

Nak buat analisa kena turun padanglah..Lihat dan teliti baru buat komen. Kalo mataharipun tak nampak, mcm mana napak hala tuju golongan muda?

Gud komen SL.