Translate

Thursday, March 18, 2010

BILA GOLONGAN MUDA MENDOKONG

Mood golongan muda kini semakin lebih yakin dengan kepimpinan semasa negara.
Kehadiran Najib di tengah-tengah golongan muda yang intelek perlu dibaca oleh semua bahawa masa depan negara terpikul di  bahawa golongan muda ini.

Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak sendiri turun padang menemui golongan muda bagi mewujudkan keceriaan dan membina keyakinan golongan ini terhadap hal tuju negara di bawah teraju Najib.

Langkah Najib ini seakan satu sindirian terhadap Sayap Pemuda dan Puteri yang sebelum ini sering menjadi persoalan ramai. Kenapa Pemuda da Puteri UMNO masih belum berjaya menembusi golongan yang sebaya dengan mereka? Apakah mereka masih dengan program "kami-kami saja" atau "terlalu kekitaan"?

Najib telah memperlihatkan perubahan besar dalam sistem pentadbiran dan hubungan sosal. Najib sudah melangkahi "berubah atau rebah". Kini pengurusan negara berjalan lancar dan pertumbuhan ekonomi negara 4.5%, masih menaruh harapan tinggi akan mencecah 6%. Keadaan ini sudah pasti akan menggagalkan lagi usaha-usaha IMF yang mempunyai dalang di Malaysia untuk menawan ekonomi negara dan meruntuhkan maruah Malaysia di mata dunia.

Tindakan Najib mendekati golongan belia sudah pasti lebih mendekatkan lagi golongan muda ini dengan program dan aspirasi nasional. Perhatian terhadap golongan muda ini sudah pasti memerlukan tindakan susulan yang lebih berkesan yang dapat dopersesuaikan dengan kehendak dan selera golongan muda. Tanggapan bahawa golongan muda membelakangi kerajaan haruslah menjadi cabaran agar langkah Najib terus ditranformasi ke arah menjadikan golongan muda yang intelek dan aset negara yang amat bernilai.

Mood golongan muda kini sudah menhala ke pembentukan nilai-nilai kenegaraan yang sivik dan betamadun. Mahu tidak mahu, kerajaan mestilah berkorban dengan bersungguh-sungguh memelihara da komplimen mood ini. Program pembangunan belia ke arah membinaan insan yang berjati diri hendaklah dijelmakan dengan lebih serius, BUKAN sekadar kata-kata pujangga @ retorik tetapi dengan gerakan yang nyata sehingga menjadi realiti yang membanggakan.

Jika tidak samalah dengan gagasan pembangkang yang selama ini menipu golongan muda ini sehingga hampir hanyut dengan laungan reformsi yang sebenarnya bergelumang nawaitu politik yang rakus tanpa memperduli norma-norma asas bernegara sehinggalah menggadaikan maruah negara.

No comments: