Translate

Monday, May 18, 2009

UMNO SABAH. TIADA ALASAN BERPECAH.

Salleh dan Musa kelihat tersenyum lebar: Apakah ini ditafsir sebagai gagasan dan pakatan menjatuhkan kawan?

Bila DSP Salleh Said Keruak digugurkan sebagai calon MP Kota Belud bersama-sama Tan Seri Pandikar Amin Haji Mulia dan Datuk Datu Amir Kahar Tun Mustapha oleh YAB DS Datuk Musa Aman dalam senarai calon PRU12, ramai yang melihat itu punca keretakan dan usaha memilih team dalam UMNO Sabah. Pandangan itu ada asasnya kerana mereka yang digugurkan adalah teras dalam kepimpinan UMNO Sabah.
.
Salleh digugurkan sebagai calon MP Kota Belud dan Pandikar digugurkan sebagai calon ADUN Tempasuk. Kiranya mereka bukan "pemimpin teras", apakah mereka mendokong dan menyokong Datuk Rahman Dahlan dan Datuk Haji Musbah?
.
Sebagai pemimpin teras, Salleh, Pandikar dan Amir Kahar yang juga pemimpin kanan USBO, tidak berganjak dari UMNO. UMNO pun sedar bahawa USBO merupakan rumpun terbesar dalam UMNO manakala USBO juga sedar bahawa USBO adalah rumpun yang menunjangi UMNO di Sabah. Ujian kepada Salleh, Pandikar dan Amir Kahar itu tidak meretakkan UMNO Sabah, apatah lagi Datuk Seri Shafie Haji Afdal adalah Penasihat USBO. Meskipun Pandikar meletakkan jawatannya sebagai Ketua Bahagian UMNO Kota Marudu, namun ianya sebagai satu langkah dan tindakan memberi laluan kepada pemimpin kawasan Kota Marudu untuk menerajui kepimpinan UMNO kawasan itu. Kiranya Pandikar mengkhianati parti UMNO tidak mungkin dia dilantik Speaker Dewan Rakyat.
.
Shafie, Pandikar dan Salleh adalah pemimpin utama USBO, sebuah persatuan yang kini telah mendapat pengiktirafan di peringkat Nasional dan antarabangsa. Tidak nampak logiknya para pemimpin ini dituduh berpecah.
.
Sebagai sebuah parti yang besar, perebutan kerusi kepimpinan tetap berlaku. Namun bila "biduk lalu, kiambang bertaut" semula. Fakta ini yang berlaku dalam UMNO. Salleh Tun Said memenangi semula Kerusi Ketua UMNO Bahagian Kota Belud selanjutnya dilantik oleh Presiden UMNO sebagai Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Sabah, manakala Shafie dilantik Ketua Perhubungan UMNO Kedah. Saya lihat Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Musa Haji Aman amat selesa bekerjasama dengan Timbalannya Salleh Said Keruak. Saya tidak nampak adanya unsur-unsur perpecahan malah keretakan tidak terjadi.
.
Ada parti lain yang mengalami krisis kepimpinan sejak kemasukan parti itu ke Sabah. Perbalahan kepimpinan berterusan walaupun dalam kesibukan kempen pilihanraya PRU12. Sehingga hari ini, krisis kepimpinan itu masih berterusan dan tidak selesai. Inilah parti orang yang menyebut dan menuduh bahawa "Perpecahan UMNO semakin Parah?". Ada tanda (?) di hujung tajuk kerana penulisnya tidak yakin samada perpecahan itu benar-benar wujud. Barangkali tanda (?) itu hanya sebagai helah agar ianya tidak dilihat sebagai "fitnah". Sebenarnya apa jua perbuatan itu bermula dari "nawaitu". Sekiranya ia berniat memfitnah maka dosanya besar-"ibarat memakan bangkai saudara kandung".
.
Umum mengetahui bahawa ketidak beradaan Datuk Shafie Haji Afdal, Datuk Haji Lajim Haji Ukin, Datuk Ghapur Salleh, Datuk Bung Mokhtar Radin ke Mesyuarat Perhubungan UMNO yang lalu kerana tugas dan tanggungjawab tidak mengizinkan mereka menghadiri mesyuarat. Ianya tidak boleh diandaikan sebagai KEADAAN yang menunjukkan "Perpecahan UMNO Sabah yang parah; apatah lagi dikatan semakin parah.

Barangkali kerana kembalinya Musa, Salleh, Datuk Ghapur, Shafie, Lajim dan lainnya semeja dan sepakat menyebabkan pihak lain mula gentar lalu mula cuba menabur publisiti murahan yang mengabui mata rakyat. Kita hanya mampu berdoa agar nawaitunya tidak sebati sehingga ia menjadi fitnah yang amat dilaknat Allah AWT.

Bacalah:....
PERPECAHAN UMNO SABAH SEMAKIN PARAH?
http://www.sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=1404:perpecahan-umno-sabah-semakin-parah&catid=35:berita-sabah&Itemid=27

7 comments:

matrasad said...

"Kiranya Pandikar mengkhianati parti UMNO tidak mungkin dia dilantik Speaker Dewan Rakyat."

Terbalik tu. Pandikar dilantik speaker supaya dia tidak mengkhianati BN.

Hadiah sagu hati ni memang meluas dalam politik. Kalau tak, mana Rapidah kna kasi masuk Majlis Tertinggi UMNO?

Editor said...

Saya berminat nak masukkan blog anda sebagai salah satu blog pilihan untuk diulas dalam Suara Blog Utusan Malaysia. Boleh berikan nama saudari? Saya tidak boleh ulas blog2 tidak bernama.. TQ
p/s: email sy dlm blog saya...

Unknown said...

Perpecahan sebenarnya berlaku dalam pemikiran broker-broker politik yang mahukan situasi itu berlaku. saya tidak nampak hujah bernas yang disokong fakta penulis dalam sabahkini membuat andaian UMNO Sabah berpecah. parah pula tu.terlalu dangkal andaian kerana tidak hadir dalam "sekali" mesyuarat mengatakan sudah tidak menyokong dan berpecah. sebijaknya penulis buat dulu research dan tulis secara berhemah jangan membuat hipotesis tanpa sokongan. pembaca sekarang bukan lagi level Islamic Restoran. mereka sudah bijak buat penilaian.

Senjaliza said...

Sdr Matrasad,
"Terbalik tu. Pandikar dilantik speaker supaya dia tidak mengkhianati BN." -

Bagi saya idea ini "memutar belitkan fakta" supaya kelihatan buruk. Anwar pakar dalam bidang ini. 916 boleh jadi Aidil Adha. Dan 31 boleh jadi 0. Anihnya bukan sedikit yang TIDAK percaya!

Kalau Rafidah kena lantik MT saya tak jelous. Kalu itu kelemahan Najib BUKAN kerugian kepada Pembangkang. Kuasa dia dan dia kuasa. Takkan dia lantik Dr. Wan Azizah atau Elizabeth Wong atau Teresa Kok. Saya harus think wisely.

Anonymous said...

Sabahkini hanyalah cetusan rasa segelintir manusia `kecewa dan marah' yang merasa terpinggir,yang terlalu mengharapkan huluran bantuan dari kerajaan BN Sabah tanpa perlu bersusah payah mencari ruang dan peluang...TAK USAH LAYANLAH BENDA-BENDA MACAM NI...buang karan saja. Sama seperti blog SAPP... bising tapi tidak membina... biasalah tu...OTAK PENCEN!!!

SABAHKITA said...

Ada pepatah yang mengatakan "bahawa perang lisan itu lebih bahaya dari peperangan senjata". Keberhati-hatian perlu dalam setiap ungkapan kata-kata.

Sekadar renungan.

Ajin b. Gagah said...

Liza,
Oii Nah.. Ingatkan masaalah Politik Perak, Anifah vs Anwar dan Kelemahan Pegawai Penerangan UMNO sahaja yang hangat di bincangkan di pasaran media..
Namun konon nya masaalah perpecahan di kalangan pemimpin UMNO Sabah juga tidak terselamat dari tempias pergolakan politik ini.

Entah betul..entah tidak mereka-mereka yang terlibat secara lansung sahaja yang tahu.

Setakat ini belum ada pun ‘response’ yang resmi dari mereka yang tertuduh..

However, kerana saya mengenali kebanyakan nama-nama yang disebut-sebut ini secara lansung , Justru itu, teringin juga saya untuk berkongsi pendapat disini.
Apa lagi mereka ini kebanyakan nya terdiri dari ahli kumpulan USBO ( persatuan saya).

Apa yang saya nampak, artikel yang ditulis oleh anonymous (Admin) ini maseh dalam bentuk spekulasi atau khabar-khabar angin.
Kerana saperti kata saudara Musli, tidak cukup fakta untuk mengesah kesahihan berita ini.

Namun dalam sudut yang lain, berita ini ada lah logik dan bermungkinan. Kerana dalam dunia politik, apa-apa pun boleh jadi.

Untuk itu, saya telah membuat siasatan ringan semata-mata untuk mencari kebenaran yang perlu di risaukan.

Apa yang saya dapati, sememangnya al-kisah ini tidak tepat. Maseh dalam bentuk hipotesis si penulis. Tidak releven untuk dibesar-besarkan.

Apa yang saya nampak disini, timbul pula andaian yang menyayat hati. Contoh nya Datuk Pandikar di tuduh akan mengkhianati parti UMNO sekiranya beliau tidak di beri ganjaran. Ia itu dengan melantik beliau sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Selaku seorang individu yang terdekat dan mengenali Datuk Pandikar secara peribadi, saya rasa tuduhan tersebut sama sekali tidak Betul.

Beliau disyorkan oleh pehak atasan untuk jawatan tersebut berasaskan kebolehan serta pengalaman dan charisma semula jadi beliau dalam mengawal situasi; sapertimana yang kita nampak di Parliamen masa kini…

Namun untuk berhadapan dengan berita-berita yang panas saperti ini, Rasa nya kita perlu banyak kan Relaks...

Salam Liza