Translate

Tuesday, June 30, 2009

KEADILAN ALA DAP. SELEBIHNYA, PASRAH atau PAS SERAH?.

PASrah atau PAS serah saja semua kepada DAP dalam merencana keadilan ala DAP ini?

Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) mempunyai 24 ahli majlis. Mengikut keadilan ala DAP, lantikan ahli MPSP adalah mengikut komposisi berikut:-
  • 10 ahli dari DAP,
  • 9 ahli dari PKR
  • 3 ahli dari NGO dan
  • 2 ahli dari PAS.
Chow Kon Yeow, Pengerusi DAP Pulau Pinang, pula telah mengumumkan bahawa En Johari Kassim, AJK PKR Perhubungan Perhubungan Negeri Pulau Pinang dipecat dan keputusan dibuat pada mesyuarat Exco yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman, yang juga Timbalan Pengerusi PKR negeri. Seolah-olah TKM 1 ini juga merestui pemecatan ini. Atau sekurang-kurangnya TKM1 ini maklum tapi tak dapat buat apa-apa? Pengerusi PKR negeri, Datuk Zahrain Mohamed Hashim yang bertegas bahawa perlantikan Johari Kassim dikekalkan juga tidak membawa makna. Inilah keadilan ala DAP.

PAS pula hanya diberikan 2 kerusi di MPSP, berbeza satu kerusi berbanding NGO yang diberi 3 kerusi. Alahai!!!. Apa nak di kata, dah ketentuan IllAHi!!!!!!. Terimalah dengan rEdA!!!!!. Itulah nasib di bawah kerajaan ketuanan DAP. PASrah atau PAS serah saja kepada keadilan ala DAP.

Dilapurkan bahawa Johari Kassim menganggap keputusan itu dibuat oleh DAP BUKAN oleh EXCO Negeri Pulau Pinang. Barangkali kerana dia menolak keadilan ala DAP?

Bersedialah menerima keadilan ala DAP kerana juak-juaknya dalam Kelab Penyokong PAS sudah membisikan kata-kata hikmat!!, keramat!!, NikMat!! yang menjadikan sesetengah kita tanpa @ tak sedar PASrah..: "i love you" .

2 comments:

Anonymous said...

mmg pasrah .. tak terkata pun pas

lebai man said...

Salam Ziarah. Kejadian ini bukan menjauhkan PAS dari DAP, malah semakin dekat, kerana bagi PAS apa sahaja keputusan DAP adalah juga keputusannya. Dalam bilangan ini, ternyata PAS mempunyai angka yang sedikit, akan tetapi dalam DAP itu sendiri adalah wakil PAS.Mereka telah merge dalam gelap, untuk memerangkap PKR.