Translate

Sunday, June 28, 2009

UMNO SAMA DENGAN AYAHPIN DAN KOMUNIS-NIK AZIZ

Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat. Sejak akhir-akhir ini banyak mengeluarkan kenyataan yang merisaukan ramai pihak termasuk penyokong PAS. Suatu waktu dulu, TGNA pernah mengatakan bahawa Tuhan juga mencarut.

Mr. Cool, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin memberikan komen pendik mengenai kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan UMNO dengan Ayahpin dan Komunis. Sejak akhir-akhir ini TGNA lebih kerap mengeluarkan kenyataan yang merisukan ramai pihak ermasuk penyokong PAS. Menurut Mr Cool, TGNA tidak perlu meminta maaf daripada Umno ekoran kenyataannya menenagi kenyataannya itu, sebaliknya memohon ampun daripada Allah SWT.

“Sebagai ulama dan tokoh agama yang disegani, Mursyidul Am Pas itu sepatutnya lebih mengetahui hukum membuat tuduhan yang boleh mencemarkan imej sesuatu pihak,” katanya mengulas gesaan banyak pihak yang mahu Nik Aziz minta maaf kerana menyamakan Umno dengan Ayah Pin dan komunis.

Kerajaaan yang ditunjangi oleh UMNO telah menggagalkan kegiatan komunis di bumi Malaysia dan menolak kembalinya Cheng Peng ke Malaysia. Kerajaan juga telah memusnahkan struktur pusat kegiatan Ayahpin dan menangkap mereka yang mendalangi ajaran sesat itu. Oleh itu kenyataan TGNA itu menghairankan ramai pihak. Apakah TGNA mula mencarut lagi dalam usianya semakin tua ini seperti katanya Tuhan juga mencarut?
READ MORE........

3 comments:

Anak X-PKR said...

Tun M dulu pernah melebel PAS lebih bahaya dari komunis. PAS melenting. Kini PAS juga buat perkara yang sama. Balas dendam atau double standard?

lagenda said...

Salam Ziarah......

Apa yang nak menghairankan jika seorang Tok Guru mengeluarkan kenyataan menuduh UMNO ni sama dengan Komunis dan Ayah Pin .Bagi beliau UMNO ini sejahat-jahat parti dan tidak layak untuk bermuzakarah atau berbincang dengan parti PAS.Apa yang UMNO telah buat kepada PAS pun saya tak tahu sampai beliau sanggup menuduh UMNO yang seagama dan sebangsa dengan mereka sampai macam tu sekali........

matrasad said...

Haha bagi mereka yang tidak memahami komunis, memang UMNO nampak macam bukan komunis.

Padahal, konsep kawalan harga, kawalan ketat kerajaan tengah, konsep rancangan kerajaan 5 tahun, konsep civil service yang besar, konsep pengetengahan kuasa untuk mengawal hidup dan ekonomi tempatan kepada kerajaan tengah, semuanya idea komunis.

Tanpa disedari oleh orang-orang yang kurang pemahaman tentang apa itu komunis sebenarnya, UMNO sememangnya menggunakan banyak polisi komunis dan sosialis.

Ramai yang berkomen bahawa perbandingan Nik Aziz itu kurang tepat, tapi tiada yang mampu memberikan hujah secara "factual" tentang apa sebenarnya yang kurang tepat.