Translate

Wednesday, July 1, 2009

Apa Dah Jadi?: "What is CAT"?

Penunjuk Perasaan Menunjukkan Spanduk antara lain berbunyi-"What is CAT?, Jangan cabul maruah kaum India, Guan Eng 'walk your talk', What is DAP's real agenda, Tukar ADUN Seri Delima dan 'Jom Ubah' Guan Eng cakap kosong".

"Guan Eng jangan larikan diri dan tidak perlu bersembunyi lagi malah kami tidak mahu mendengar kata-kata serta janji manis yang kononnya mahu membela dan mempertahankan hak penduduk kampung......"Mereka sering kata tiada wang tetapi kami difahamkan DAP akan membina ibu pejabat parti yang baru yang dianggarkan bernilai RM4 juta, mana mereka dapat duit ini semua? Daripada pemaju ke? Siapa yang ingin dibela di sini?"

Demikianlah, laungan penunjuk perasaan yang mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng keluar untuk menemui mereka. Mereka menagih janji-janji Kerajaan Pakatan Rakyat yang tidak ditunaikan. Mereka menentang tindakan kerajaan Pulau Pinang yang hendak merobohkan rumah-rumah mereka di Kampung Buah Pala, Bukit Gelugur, Pulau Pinang, kawasan yang mereka katakan telah mereka duduki sejak 100 tahun yang lampau..

Apa dah jadi?

5 comments:

Ashley Ahmed said...

Salam,

CAT tu kucin,

org tua2 sini, selalu kata perangai macam kucin atau alim kucin,

apa maksud dia?

kucin ni nampak saja baik, tapi curi lauk, dah tu suka kencin merata.

Tu bidalan orang2 tua.

Ajin b. Gagah said...

Liza,
Dari apa yang saya lihat, nampak nya kes ini sengaja di besar-besarkan oleh pehak media.

Setakat ini, kita maseh belum lagi mendapat statement dari KM Penang, kenapa? tak kan susah untuk menghubungi beliau.

Lagi pun, macam mana kita pasti kes ini bukan lanjutan dari kerajaan sebelum PR ambil alih kuasa?

However, berasaskan pengalaman saya selama berpuluh tahun bertugas dengan kerajaan, masaalah yang paling rumit untuk di kendalikan ada lah hal yang berkaitan dengan tanah.

Sama ada ia nya tanah persendirian, tanah rejab, tanah kerajaan dsn, bilamana ia nya terlibat dengan 'pengambilan', pasti akan timbul masaalah. Apa lagi kalau ia nya berupa pencerobohan.

kadang kala nya, hal-hal saperti ini boleh megujudkan peperangan, saperti di Israel-Palestine. Justru itu, perkara yang melibatkan tanah pasti nya di kategori kan sebagai 'sensitif'.

Oleh itu kita kena tangani nya dengan serius dan hati-hati. Dalam masa yang sama, peranaan politik seharus nya di kurangkan.

'Political exploitation', selalu nya tidak akan menyelesaikan masaalah ini. Terlalu banyak idea dan pendapat yang bertentangan pun akan lebih mengeruh kan keadaan. Selalu nya berakhir dalam keadaan 'kalah-kalah'.

Dalam kontek yang ditimbulkan dalam blog ini, terasa terlalu banyak 'politicking' sehingga menunding jari untuk mempertahan kan kebenaran masing-masing.

Namun masaalah pokok yang berkaitan dengan isu tanah tetap terbengkalai.

kalau difikirkan, kes ini boleh diselesaikan oleh pehak penguasa tanah saperti Tuan Pegawai Daerah, Juruukur Daerah, Ketua Daerah, Ketua kampong dan mereka-mereka yang terlibat (empunya tanah dan pemaju).

Selalu nya kes ini dapat di selesaikan dengan jaya nya kalau orang-orang politik tidak banyak campur tangan.

Namun apa yang terjadi kini, di ibaratkan sebagai ' nasi sudah menjadi bubur'. Dimana 'mainan politik di dehulukan, masaalah tanah rakyat di kemudiankan'.

Fikir-fikir kan lah, Liza

Salam
(Note: This comments had been posted earlier on another blog which have the same topic)

YANG GAMBI said...

Itulah habuan yang penduduk Kg Buah Pala dapat, bila menolak UMNO/BN pada PRU 12 lalu......

Dapat BALA......... puaslah deme terjerit, terlalak cari Guan Eng, masa kerajaan BN dulu tidaklah sekejam itu......

Senjaliza said...

Terima kasih, Sdr. Junah, Tuan Engineer Solymone, Dan Sdr. Yang Gambi. JUNAH betul. Sekarang DAP sudah nampak peluang, Perkampungan India, DAP rampas, musnahkan buat pembangunan. Lalu ke mana Mereka nak lari? Karpal di bukit gelugur dah tebal DAP. Indian kena aniayah tetap DAP juga. Biarlah ada kesedaran.

Semakin mereka bertolak ansur semakin kampung mereka tergadai atau lenyap! Istilah "Bala" oleh Yang Gambi menjadi relevant.

GUAN ENG TETAP JUGA TAPUK MCM OSTRICH. TAPI BUNTUT "labui-labui" kata orang Brunai.

Saya Rakyat Malaysia said...

CAT is Complaining, Accusing and Twisting!