Translate

Saturday, January 30, 2010

"Semua Salah UMNO-BN": Pembangkang Yang Tiris. Rakyat Yang Muak.

 
Najib Sibuk dengan program rakyat dan program Nation Building tanpa menghirau nyanyian sumbang musuh politiknya. Memang Najib di kagumi DSAI.
 
CM Pulau Pinang sudah mula dianggap Diktator oleh Rakan dalam Pakatan. Rakyat pula membakar gambarnya
 
Pasukan Keselamatan dianggap sebagai anjing-anjing kerajaan walaupun mereka menjadi tunjang keselamatan dan "sosial order".

Polis, SPRM, Badan Kehakiman, Askar, Rela, Pemuda UMNO, Puteri UMNO dan Wanita UMNO adalah kumpulan sasaran Pembangkang yang mesti diserang saban waktu. DS Najib adalah individu utama sasaran pembangkang untuk dibogelkan walau dengan apa cara sekalipun. Hatta komunis Cheng Ping lebih dimuliakan pembangkang dari pemimpin Negara yang berjuang mengembalikan ketenteraman dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Saban hari, sasaran-sasaran ini dihalakan dengan muncung scud politik sehingga kehancuran parti sendiri lalai ditangani. Politik, politik, politik. Nak ambil puterajaya X sejuta menguasai minda dan kemahuan politik yang tidak terhad.

Pembangunan ummah, perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama, pencipataan belia yang exel dalam ilmu dan pendidikan sudah dikesampingkan. Pondok usang yang tidak berpenghuni asalkan tersangkut bendera BN pasti akan menjadi cover atau centerfold paparan media Pembangkang. Menara kemegahan negara.-Sorry No room for it!. Pembakaran semangat rakyat supaya menentang kerajaan menjadi agenda utama. Jika lebih banyak kepala babi dan kepala lembu bertaburan, bagi pembangkang, lebih baik kerana scud politik lebih berbisa. Manakala agenda Nation Buildings sudah padam dari PC politik pembangkang. APA sudah jadi dengan politik Pembangkang?

Oleh kerana budaya politik yang luar biasa ini, bila berlaku ketirisan politik pembangkang samada diduga atau tidak, maka keadaannya sukar dikawal sedang budaya politik sukar dikikis. hentam,! hentam! hentam! Lawan tetap lawan!

Pembangkang, untuk kembali kepada budaya pertembungan politik yang konvensyenal minus kontrovasial amat sukar. Mengetengahkan program neo-pembangunan rakyat yang sekian lama dikesampangkan akan menghadapi skiptisima dan enigma yang menebal. Pembangkang sudah lalai dik keselesaan PRU12. Keselesaan inilah yang telah meruntuhkan tebing pertahanan Pakatan Rakyat akhir-akhir ini. Lupa perkataan "don"t take for granted", tetapi lantang dengan altantuya!..altantuya! reformasi! reformasi! sehingga kanak-kanak yang tidak tahu ertinya dan hujung pangkalnya mula melagukan nyanyian altantuya dan reformasi. Lalai lagi!

Now, dari Perlis, singgah sekejap di Pulau Pinang dan Selangor, sehingga ke Sarawak dan Sabah semakin jelas Pembangkang mula ditolak dengan drastik. Keadaan sudah sukar dikawal. DSAI pula menghadapi tekanan kes Liwat. PKR sudah pening. Tekanan Tsunami Politik semakin deras dan hebat ke atas PKR. DAP dan PAS sudah mula kelihatan memilih jalan selamat malah semakin berkerut dahi menghala dengan tangan terbuka ke DSAI. "Dato Seri apa dah jadi?, apa nak buat?.

DSAI pula dalam masa yang sama terpaksa menangkis scud ciptaanya yang datang dari pelbagai arah. Pemimpin-pemimpin dalam Pakatan mula berhentap sesama sendiri. Selangor, Pulau Pinang dan Sabah menjadi gelangang gusti memposisikan kedudukan politik untuk bakal menjadi teknokrat dan politikus ulung!. Dalam tak sedar, puterjaya yang dikejar semakin jauh, semakin kabur. DS Najib pula semakin selesa semakin sebok dengan rakyat, dengan program Nation Buildings tanpa mendengar lagu-lagu "merdu" yang melalaikan . UMNO-BN yang dianggap menjijikkan mula segar dan PRU13 semakin meyakinkan untuk menjadi genggaman. Pembangkang, masihkan dengan formula "semua salah UMNO-BN?

LATEST UPDATE:
Krisis politik pembangkang amat serius - PM
30/01/2010 1:23pm

Pekan 30 Jan. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan krisis politik pembangkang terutama di Pulau Pinang berada pada tahap amat serius.

Beliau menafikan UMNO menjadi dalang terhadap apa yang berlaku dalam pakatan pembangkang. IKUTI DI SINI

3 comments:

Unknown said...

RATA2 sebahgian org Melayu dah muak,fed up dan TAK kisah dgn HIDUP/Mati UMNO dan BN NASIONAL.....

Ini adalah disebabkan beberapa pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu,saperti berikut nya;
1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.
2. Melemahkan sistem kehakiman negara.
3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu,masa PAS perintah,
4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.
5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.
6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.
7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.
8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.
9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.
10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.
Hukum2 Allah saperti Hudud diperLEKEHkan dan SEKULARISMA didahului
11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.
12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.
13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani ? 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.
14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.Kes pulau BATU PUTIH,menampilkan keLEMAHAN...
15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.
16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu,drp memperBAIKI MeCD...
17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.(cuma mampu capai 15-18%saja equiti untuk
org MELAYU..!!)
18.MemBIARkan MCA dan MIC memanipulasikan UMNO/BN selama 50 tahun...satu contoh:Men Kesihatan Liow,minta peruntukan rm150juta setahun untuk vaksin cervical cancer sbb ramai wanita Cina yg kena cancer ini,tapi untuk nk tolong peniaga2 MIM,Mara dah habis
peruntukan....
19.UMNO cuma tolong kumpulan UMNO Elitis,GuangXi Putra(yg ada koneksion &kaki ampu dlm UMNO)tapi
ahli2 biasa tak di endahkan....
20.Kadang2 org Melayu rasa di anak tiri kan,kerana undi org Melayu seolah tak ada nilai,tetapi apabila org Melayu dah "FED UP & MELUAT",tiada MAAF bagiMU,UMNO...!!
FIKIR2KAN LAH menjelang PRU 13(2012/2013)....!!!!!!!!!!

ZORRO TEAM MALAYSIA

Unknown said...

Sekiranya kita nak BANTU membuat sesuatu,bagi menentukan kuasa POLITIK MIM terus RELAVAN,teruskan usha kita sebagai BLOGGER PERJUANG!

Sekiranya BLOGGER PERJUANG MIM ingin membantu,untuk menguatkan kuasa politik MIM:-

Mesti "BERANI kerana BENAR",apabila
buat round,to check,to note and then to COMMENT and to KRITIK MEMBINA,pd puak2 65000 pemimpin UMNO ala "Little Napolean" atau "Little Firaun"...lebih baik lagi link kan kepada Blog Perdana Menteri,supaya Najib tau secara terkini,siapa yg buat apa,siapa yg tak kisah,siapa yg berjiwa RAKYAT,siapa tidak..
Siapa yang sakau,dan apa yg disakau
(eg peruntukan tertentu,subsidi, loan Tekun,loan MARA,bantuan2 kpd rakyat miskin dsb)
JADI kan ini(round2/jalan2 cari fakta),SATU permulaan yg berkesan demi kesinambungan,kekuatan dan kembali relevan UMNO/BN kpd rakyat Malaysia....!!!!
ANNA ingin mengesyorkan agar
puak2 UMNO yg masih TIDOR,tak kisah,tak peduli,dikenakan tindakan
berat..Memang ada yg dah kena pun!
tapi dah jadi mcm darah daging atau BUDAYA negatif agaknya,tak jalan juga!!!,malah ada yg dah digantung keahlian,dapat jadi calun pula & menang(Bagan Pinang!)

Ini boleh mnyebabkan jadi"State of Denial",tentang masalah2 dalaman UMNO secara menyeluroh,KITA MASIH ada KUASA,KITA BOLEH GUNAKAN... tapi ini bolih backfire dan jika cara perlaksanaan nya kurang bijak
bolih menyebabkan RAKYAT lagi meluat dan marah....!!!!eg permit untuk kereta lebih 15tahun,tgk apa jadi?,kenaikkan minyak,harga brg2dsb...dan kalau disebabkan cukai GST,harga barang2 naik lagi.... tak tau apa akan jadi PRU 13(2012)nanti....Mungkin UMNO/BN akn betul2
TENGGELAM mcm cerita "2012"...!!

ANNA MONTANA

Anonymous said...

Zorro team malaysia...

Sayangnya, undi penentu bukan ditangan anda, tetapi ditangan kami..ahli-ahli UMNO.

Awak tak payah tunggu PRU ke-13, apalagi nak cecah kaki ke Putrajaya,baik awak muhasabah diri, tengok cermin, tanyalah diri awak tu SIAPA... pandai-pandai nak ajar kita (ahli UMNO) nak buat apa..phuiiii!!

Berjuang untuk Melayu konon, tapi bersekedudukan dengan musuh melayu(DAP & KEADILAN)..!!

kalau UMNO tak beri pada orang-orang UMNO, nak beri pada siapa buat.. pada orang-orang PAS, DAP,PKR?? Awak ni ada otak taruh mana...???

Jangan mimpikan bulan dan bintang untuk PRU ke-13 nanti... kemenangan PAKATAN PEMBANGKANG dalam PRU ke-12 itu cuma sekadar nasib.. kira `fuluk' bah itu. Yang perlu dipertahankan dalam PRU ke-13 nanti... boleh ke, dengan keadaan kerajaan-kerajaan pembangkang dibeberapa buah negeri yang sedang huru-hara sekarang ni.. maklumlah, diperintah oleh `kera-kera yang mendapat bunga...' alahai kesiannya..