Translate

Sunday, January 31, 2010

PRU Sarawak: Mata Kenyalang Terang. Daya Ingatannya Baik. Ape, Cawat?

Pakai Cawat engkau kate? Agi idop agi ngelaban! Kamik biasak kata'  Wahi Guru Gerai Nyamai.

YAB Perdana Menteri mengatakan bahawa Krisis politik parti pembangkang serius dan BN tiada kaitan dengan krisis tersebut. Orang DAP Pulau Pinang pula sudah mula membalas "scud poitik" PKR yang berbunyi CM Pulau Pinang, LGE, "diktator dan komunis" dengan alasan bahawa pemimpin PKR Pulau Pinang itu "mengamuk" kerana tidak diberi kelulusan untuk mendapat konsesi pengurusan Padang Golf. Ini bereti perang scud politik dalaman Pakatan Rakyat akan berterusan. memang serius seperti kata PM.

Siang-siang lagi Pakatan Pembangkang Bercelaru Dan Hilang Arah Tuju, Kata Penganalisis Politik tanahair, Dr P. Sivamurugan, Pensyarah sains politik di Universiti Sains Malaysia. Kenyataan ini sukar disangkanl apabila Pengerusi Penaja Pakatan Rakyat Malaysia, Datuk Zaid Ibrahim sendiri terlibat dalam krisis kepimpinan dalam parti, PKR.

Kedatangan YB Tengku Razaleigh Hamzah dalam gagasan 100K yang berkait dengan isu royalty minyak Kelantan BUKAN lah modal besar kepada Pakatan Rakyat. Ianya lebih kepada "sokongan persaudaraan" kepada PAS dan rakyat Kelantan. Siapa tahu bahawa Ku Li akan dapat membina semula jambatan kepada Kerajaan Perpaduan yang dimusnahkan PKR dan DAP?

Dalam masa Pakatan Rakyat berkrisis, Sarawak pula sebuk dan bakal terlalu sebuk dengan rancangan pembanguan luarbandarnya. Baru baru ini Sarawak mendapat RM3.7 Billion untuk Pembangunan Luar Bandar di bawah peruntukan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diumumkan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal semasa majlis perjumpaan rakyat di Kampung Noor Islam di Kuala Lawas.

Selang sehari selepas pengumuman Shafie itu, Suruhanjaya Piliharaya Malaysia-SPR pula mula membuat persiapan PRU Sarawak. nampaknya "mata kenyalang cukup terang". Berikutan itu, arahan sudah diberi supaya SPR negeri berkenaan membuat persediaan terutama merangka anggaran bajet terutama membabitkan aspek logistik,"-Pengerusi SPR.

Sebagai Rekod, PRK di Batang Ai, PKR memilih Jawah Gerang bekas orang kuat BN yang tidak pernah kalah dalam piilihanraya selama lima penggal berturut-turut. Mmanakala BN memilih pendatang Baru, Malcom Mussen Lamoh, seorang jurutera. Harapan PKR telalu tinggi namun orang pilihannya yang tidak pernah kalah selama lima penggal kecundang. Majoriti Malcom-BN sebanyak 1,854.

Setelah kalah, Portal berita Malaysiakini pada 11 Julai 2009 melaporkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyalahkan kekalahan pembangkang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Batang Ai disebabkan pengundi yang memakai cawat dan tidak "reti" mengundi dengan betul.

So, Kita nak ingatkan, Kenyalang selain terang matanya, daya ingatannya juga baik. Pribumi Sarawak yang merasa terhina dengan jolokan "CAWAT" sudah pasti menanti kedatangan pembangkang dengan satu lagi "pengajaran" baru. Pengajaran dari pribumi Sarawak yang terkenal mempertahankan maruah bangsanya. Agi Idop Agi Nealaban!

-Dari Bujang Senang 
 
RELATED

1 comment:

Anonymous said...

Alalala... dibilangnya nenek moyangku yang pakai cawat tu ndak hensom..cehh, yang dia pakai berserabut dengan rupa paras ndak terurus tu, lawa ke?? Bongoh betul...

Tapi, yang pastinya.. rakan-rakan dan sahabat2 kita di Sarawak.. telah bersedia untuk sapu bersih PRU yg akn datang ni... insyaallah, kalau tiada aral melintang, kami akan turun berkampung dengan kawan2 disana waktu PRU nanti...!! Tak perlu sambutan meriah.. kerana kami dan anda, susah nak dibezakan.. SABAH & SARAWAK.. WE ARE 1MALAYSIAN.